﷽
Assalamualaikum,
Allah mendatangkan ujian kepada seseorang dalam pelbagai bentuk antaranya kesakitan, untuk mengangkat darjat atau kedudukan seseorang di sisi Allah. Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap ujian yang dilaluinya.
Dari 'Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
"Tidak ada satupun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya''.
[ HR Muslim ]
Allah mendatangkan musibah atau ujian dalam bentuk kesakitan juga bertujuan untuk menghapuskan dosa seseorang.
Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit, akan digugurkan segala dosa seperti dedaun berguguran kecuali dosa besar seperti dosa syirik
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
'' Tidaklah seorang muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya ".
[ HR Bukhari ]
Moga kita bersabar dengan setiap ujian musibah mahupun penyakit
Susah nak bersabar semasa sakit sebab rasa lemah sgt masa tu. Tp kena berusaha utk didik rasa sabar dan berlapang dada utk ujian yg diturunkan kepada kita.
ReplyDeletebetul kata cik epal tu,kita sentiasa hidup dalam ujian,moga kita menjadi umat yang bersabar sentiasa
ReplyDeleteSESI TERJAH BLOG RAKAN BLOGGER.
ReplyDeleteBetul tuh unni. Uyul pun sekarang sakit sakit, kifarah dosa orang kata.
Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Ujian tu dtgnye tak kire masa.. time sakit time sihat.. kene terus bersabar.. tp tula kengkadang kita manusia ni bila sakit, dah rasa lemah kan.. hehehe..
ReplyDeleteterima kasih atas prkongsian unni. :)
ReplyDeleteSemoga kita semua berada dalam golongan orang yang bersabar...
ReplyDelete