23 April 2017

Bicara Pagi #44 ~ Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa

﷽‎ 

Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa

Assalamualaikum,

Allah mendatangkan ujian kepada seseorang dalam pelbagai bentuk antaranya kesakitan, untuk mengangkat darjat atau kedudukan seseorang di sisi Allah. Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap ujian yang dilaluinya.

Dari 'Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

"Tidak ada satupun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya''.

[ HR Muslim ]

Allah mendatangkan musibah atau ujian dalam bentuk kesakitan juga bertujuan untuk menghapuskan dosa seseorang.

Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit, akan digugurkan segala dosa seperti dedaun berguguran kecuali dosa besar seperti dosa syirik

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا

'' Tidaklah seorang muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya ". 

[ HR Bukhari ]

Moga kita bersabar dengan setiap ujian musibah mahupun penyakit


7 comments:

  1. Susah nak bersabar semasa sakit sebab rasa lemah sgt masa tu. Tp kena berusaha utk didik rasa sabar dan berlapang dada utk ujian yg diturunkan kepada kita.

    ReplyDelete
  2. Kita ni setiap masa diuji. Bila sihat ujian, sakit pon ujian. Sentiasa kena bersabar hadapi semua ujian 😊

    ReplyDelete
  3. betul kata cik epal tu,kita sentiasa hidup dalam ujian,moga kita menjadi umat yang bersabar sentiasa

    ReplyDelete
  4. SESI TERJAH BLOG RAKAN BLOGGER.

    Betul tuh unni. Uyul pun sekarang sakit sakit, kifarah dosa orang kata.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  5. Ujian tu dtgnye tak kire masa.. time sakit time sihat.. kene terus bersabar.. tp tula kengkadang kita manusia ni bila sakit, dah rasa lemah kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas prkongsian unni. :)

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua berada dalam golongan orang yang bersabar...

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^