﷽
Assalamualaikum,
Allah menjadikan kita berbeza, dari pelbagai kaum dan bangsa untuk saling berkenal mesra bukan saling bermusuh dan berbeza.
Dari Anas Bin Malik, Nabi SAW bersabda,
عَنِ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ
Janganlah kalian saling membenci, saling mendengki, saling memusuhi dan jadilah hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal seorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga malam. Jika keduanya bertemu, masing-masing menghindar. Yang terbaik adalah yang memulai salam
[ HR Ahmad ]
Janganlah kita saling mendengki antara satu sama lain dan saling memusuhi antara satu sama lain dengan sebab kita berbeza dan tidak bersetuju.
Jadilah kita hidup saling mengasihi antara sesama Muslim kerana kita dijadikan oleh Allah bersaudara dan janganlah kita tidak bertegur sapa sesama muslim melebihi tiga malam.
Janganlah apabila bertemu sesama Muslim kita saling menghindar atau menjauhi atau tidak mahu bertegur sapa kerana muslim yang terbaik adalah yang memulakan ucapan salam apabila bertemu tanpa mengira siapa mereka.
Moga bermanfaat
semoga kita tidak jadi orang yang dibenci mahupun membenci
ReplyDelete