Showing posts with label Bicara Pagi. Show all posts
Showing posts with label Bicara Pagi. Show all posts

14 March 2017

Bicara Pagi #32 ~ Dosa-dosa Besar

﷽
‎
Assalamualaikum,

Tahukah kita antara dosa-dosa besar yang sangat di laknat oleh Allah SWT dan tidak akan mendapat redha dari Allah SWT selagi mana kita tidak bertaubat kepadaNya. Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang besar jika  pelakunya  tidak melakukan taubat nasuhah  hingga diampunkan dosanya oleh Allah. Rasulullah telah ditanya tentang dosa-dosa besar.

Dari Anas radliallahu 'anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكَبَائِرِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ

"Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh orang dan bersumpah palsu". 

[ HR Bukhari ]

Antara dosa besar tersebut:

1.  Syirik kepada Allah
2.  Derhaka kepada kedua ibubapa
3.  Membunuh
4.  Bersumpah dengan sumpah palsu

Jangan kita menyekutukan Allah SWT kerana ia seolah-olah jatuh dari langit lalu di sambar oleh burung atau dierbangkan angin ke tempat yang jauh

'' Sesungguhnya orang yang mempersekutukan ( sesuatu dengan ) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penologpun''.

QS Al Maidah ayat 72

Setiap anak tidak boleh la menyakiti kedua ibu bapanya, baik dengan perkataan, tindakan mahupun perbuatan, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa-dosa besar selepas perbuatan syirik.

Janganlah kamu membunuh sesama manusia kerana ia adalah perbuatan yang sangat terkutuk dan jangan la kamu bersumpah diatas sumpah yang palsu sehingga mengianiya orang lain.

Moga kita semua di jauhkan daripada dosa-dosa besar yang boleh menjauh kan jarak kita dengan Allah. Mari lah kita sama-sama mengejar Redha Allah.

Moga bermanfaat.

Coretan

13 March 2017

Bicara Pagi #31 ~ Tiga Golongan Mustajab Doa

 ﷽‎
 Tiga Golongan Mustajab Doa


Assalamualaikum,

Siapa kah golongan yang doanya mustajab? ada tiga golongan orang-orang yang doanya mustajab iaitu doa yang terus sampai ke langit ke-7 ( terus sampai di sisi Allah SWT )

Dari Abu Hurairah ia berkata Rasulullah SAW bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ 

"Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa musafir, dan doa orang tua untuk anaknya."

[ HR Tirmizi ]

Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:

1.  Doa dari orang yang dizalimi
2.  Doa orang yang  sedang bermusafir
3.  Doa dua ibu bapa kepada anak

Sebagai muslim kita sentiasa dituntut untuk berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa.

Kita di cegah daripada menzalimi orang lain. Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada golongan ini sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita.

Bantu lah orang yang sedang bermusafir walaupun hanya penunjuk jalan.

Semoga kita mendapat doa yang baik dari orang yang sedang bermusafir dan dari kedua ibubapa kerana doa mereka mustajab di sisi Allah.

Moga bermanfaat.
Coretan Hati

12 March 2017

Bicara Pagi #30 ~ Banyak Ketawa Mematikan Hati

Bicara Pagi #30 ~ Banyak Ketawa Mematikan Hati


Assalamualaikum,

Apakah kita tahu bahawa banyak ketawa itu mampu mematikan hati??

Dari Abu Hurairah dia berkata, 

Rasulullah SAW bersabda: 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُكْثِرُوا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

'' Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati." 

[ HR Ibnu Majah ]

Walaupun kita tahu bahawa ketawa adalah fitrah manusia, namun perlu berkadaran bukan berlebihan. Jangan sampai kita melakukan sesuatu yang sia-sia.

Kata Abul-Fath Al-Busti, seorang penyair terkenal:

Berikanlah istirehat pada tabiat kerasmu yang serius
Relekkan dahulu dan hiasilah dengan sedikit gurau senda
Tetapi jika engkau berikan gurau senda kepadanya, jadikanlah ia
Seperti kadar engkau memasukkan garam kepada makanan

Kata Al- Mawardi

Jangan berlebihan dalam tertawa kerana ia akan mematikan hati:

وَأَمَّا الضَّحِكُ فَإِنَّ اعْتِيَادَهُ شَاغِلٌ عَنْ النَّظَرِ فِي الْأُمُورِ الْمُهِمَّةِ ، مُذْهِلٌ عَنْ الْفِكْرِ فِي النَّوَائِبِ الْمُلِمَّةِ. وَلَيْسَ لِمَنْ أَكْثَرَ مِنْهُ هَيْبَةٌ وَلَا وَقَارٌ، وَلَا لِمَنْ وُصِمَ بِهِ خَطَرٌ وَلَا مِقْدَارٌ.

Adapun tertawa, apabila seseorang membiasakannya dan terlalu banyak tertawa, maka ia akan melalaikan dan melupakannya dari melihat perkara yang penting. Orang yang banyak tertawa, tidak akan memiliki wibawa dan kehormatan. Orang yang terkenal banyak ketawa tidak akan memiliki kedudukan dan martabat.

Dari Abu Hurairah ia berkata: 

Suatu ketika Nabi SAW mendatangi sekelompok sahabat yang sedang tertawa sambil berbincang. 

Rasulullah SAW bersabda :
'' Demi jiwaku ditangan Nya, andai kata kalian tahu apa yang aku ketahui nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis''.

 [ HR Ibnu Hibban ]
5.  
Wasiat Hasan Al-Bana

Jangan terlalu banyak tertawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah akan tenteram dan tenang.

Cikgu dulu selalu pesan kalau nak exam, jangan terlalu banyak ketawa nanti ilmu hilang ( lupa ). Tapi ia adalah realiti tawa berlebihan mematikan hati then menyebabkan kita jadi lupa. So kurang tawa dalam kehidupan dan tambahkan senyuman.

Moga bermanfaat

Coretan Hati

10 March 2017

Bicara Pagi #29 ~ 10 Wasiat Rasulullah SAW

10 Wasiat Rasulullah SAW

Assalamualaikum

Sebelum wafatnya Baginda Rasulullah SAW, Baginda telah meninggalkan 10 wasiatnya kepada seluruh umat islam

عَنْ مُعَاذٍ قَالَ أَوْصَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَشْرِ كَلِمَاتٍ قَالَ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُتِلْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَعُقَّنَّ وَالِدَيْكَ وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ وَلَا تَتْرُكَنَّ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَإِنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَلَا تَشْرَبَنَّ خَمْرًا فَإِنَّهُ رَأْسُ كُلِّ فَاحِشَةٍ وَإِيَّاكَ وَالْمَعْصِيَةَ فَإِنَّ بِالْمَعْصِيَةِ حَلَّ سَخَطُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِيَّاكَ وَالْفِرَارَ مِنْ الزَّحْفِ وَإِنْ هَلَكَ النَّاسُ وَإِذَا أَصَابَ النَّاسَ مُوتَانٌ وَأَنْتَ فِيهِمْ فَاثْبُتْ وَأَنْفِقْ عَلَى عِيَالِكَ مِنْ طَوْلِكَ وَلَا تَرْفَعْ عَنْهُمْ عَصَاكَ أَدَبًا وَأَخِفْهُمْ فِي اللَّهِ 

Dari Mu'adz Bin Jabal Berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara. Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar. Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu. Janganlah kamu meninggalkan solah fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T. Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T ". 

[ HR Ahmad ]

1. Tidak melakukan syirik walaupun engkau dibunuh.

2. Tidak derhaka kepada kedua ibubapa walaupun disuruh berpisah bersama harta/isteri.

3. Tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana dia terlepas daripada tanggungjawab Allah.

4. Tidak minum arak (sesuatu yang memabukkan) kerana ia punca segala maksiat.

5. Tidak melakukan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah.

6. Tidak lari dari medan perang walaupun semua rakan kamu telah terbunuh.

7. Tidak berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya.

8. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan.

9. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak (dalam mendidik jika mereka melakukan larangan) sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. 

10. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah (tanamkan rasa takut kepada Allah dalam diri mereka).

Moga Bermanfaat

Coretan Hati

08 March 2017

BICARA PAGI #28 ~ Husnul Khuluq

BICARA PAGI #28 ~ Husnul Khuluq


Assalamualaikum

Husnul Khuluq membawa maksud akhlak yang baik. Sebagai seorang yang beragama islam kita WAJIBlah bersifat Husnul Khuluq.

Seorang Muslim sewajarnya memiliki husnul khuluq  dalam setiap tindak laku kita. Antara ciri akhlak yang baik ialah memiliki wajah yang ceria, sentiasa menebarkan kebaikan dan mencegah keburukan.

Dari Abdullah bin Mubarak bahwasanya ia menjelaskan tentang husnul khuluq berkata :
" Berwajah ceria, menebarkan kebaikan dan mencegah keburukan." 
 [ HR Tirmizi ]

1.  Berwajah ceria antaranya sentiasa melemparkan senyuman dan tidak bermasam muka.

2.  Menebarkan kebaikan tanpa mengira makhluk, bangsa, agama mahupun keturunan.

3. Lakukan kebaikan kepada kawan dan lawan kerana ia adalah akhlak yang baik.

4. Cegah keburukan yang ada disekeliling dengan hikmah dan bijaksana selari dengan akhlak muslim.

Coretan Hati

01 March 2017

Bicara Pagi #27 ~ Ganjaran Kebaikan selepas Kematian

Bicara Pagi #27 ~ Ganjaran Kebaikan selepas Kematian


Assalamualaikum

3 amal kebaikan akan terus tercatit kebaikannya walaupun telah meninggal dunia iaitu :

1. Ilmu Pengetahuan yang diajarkan kepada orang lain.
2. Anak-anak yang soleh.
3. Sedekah Jariah.

Rasululllah bersabda :

'' Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya ''.

[ HR Ibnu Majah ]

Coretan Hati

19 January 2017

15 Balasan Kepada Orang Yang Meringankan Solat Fardu

15 Balasan Kepada Orang Yang Meringankan Solat Fardu
Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian kepada semua berkenaan orang-orang yang meringankan solat fardu.

Apa itu solat fardu??

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan keatas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu dengan menurut rukun solat yang ditentukan.

1. Subuh 2 rakaat
2. Zohor 4 rakaat
3. Asar 4 rakaat
4. Magrib 3 rakaat
5. Isyak 4 rakaat

Firman Allah SWT.

'' Dan mereka yang tetap memelihara solatnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga firdaus; mereka kekal di dalamnya''. (Al-Mu'minun 9,10,11)
Solat merupakan Rukun Islam yang petama. Tiang agama dan Penhulu segala amal. Bgaimana pulak orang yang suka meringgankan solat? Iaitu orang-orang yang sibuk dengan uruan dunia sehingga mengabaikan solat.

15 Seksaan dan balasan dari Allah kepada orang-orang yang meringankan solat iaitu

1. 6 balasan di dunia
2. 3 balasan ketika di cabut nyawa
3. 3 balasan di kubur
4. 3 balasan di akhirat

6 Balasan Di Dunia

❤  Di cabut kerberkatan diri ( tiada kebaikan )
❤ Terhapus wajah orang soleh dari wajahnya.
❤ Segala amalan baik tidak mendapat ganjaran.
❤ Doa tidak di angkat ke langit ( tidak dimakbulkan )
❤ Tiada saham baginya bila orang-orang mukmin berdoa untuk seluruh umat islam.
❤ Keluar roh tanpa aman ( mati dalam keadaan tidak selamat )

3 Balasan ketika di cabut nyawa

❤ Mati dalam keadaan hina.
❤ Mati dalam keadaan lapar.
❤ Mati dalam keadaan dahaga.

3 Balasan di kubur

❤ Di sempitkan kubur sehingga tulang rusuk bersilang.
❤ Dinyalakan api dalam kubur ( dipanggang siang dan malam )
❤ Di belit oleh ular yang berapi dan berkuku besar.

3 Balasan di akhirat

❤ Malaikat akan membawa sebuah rantai ( saiz 70 Hasta ) akan di belenggu ketekuknya,dimasukkan dari mulutnya dan dikelurkan dari duburnya. ( satu gelung rantai itu jatuh ke bumi maka satu bumi tebakar )
❤ Allah tidak akan melihatnya.
❤ Tidak di ampunkan dosa-dosanya dan akan di azab yang sangat pedih.

'' Sesungguhnya orang pertama yang dihitamkan wajahnya pada hari Qiamat adalah orang-orang meninggalkan solat.''

Dalam neraka Jahanam terdapat satu Lembah yang di gelar lembah Lamlam yang didalamnya didiami oleh ular-ular yang lebarnya seperti belakang seekor unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Maka di dalam lembah ini lah orang-orang yang suka meringgankan / meninggalkan sembayang akan di siksa.

Wallahualam.

Moga bermanfaat.

Coretan Hati

06 January 2017

Bicara Pagi #26 ~ 7 Tanda Allah Sayang

Bicara Pagi #26 ~ 7 Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum,

Tahukah kita sesuatu yang Allah turunkan adalah tanda sayangnya Allah terhadap kita semua.. Segala yang berlaku pasti ada ada hikmat. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang ( Ar Rahim )

“Sungguh Allah lebih penyayang terhadap hamba-hamba-Nya daripada seorang ibu terhadap anak bayinya” [HR Bukhari dan Muslim]

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Az Zumar: 53)

7 tanda Allah sayang

1. Diberikan kesedihan kerana dengan kesedihan itu kita sering menyebut namaNya

2. Diberikakn kesakitan kerana denagan kesakitan itu kita sentiasa memohon kesembuhan dariNya Bahkan Allah menarik dosa-dosa kecik.

3. Diberikan kehinaan kerana Allah mahu kita memohon kemulian dariNya

4. Diberikan kemiskinan kerana Allah mahu kita meminta padaNya

5. Diberikan penderitaan kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat denganNya

6. Diberikan kesusahan dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha

7. Diberikan kehilangan dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dariNya

Oleh itu jangan teralu banyak ketawa. jangan terlalu banyak bersuka ria kerana Allah akan jauh dari kita.. Sesungguhnya ujian itu berlaku kerana dua perkara sama ada hidaya ataupun kifarah..Jangan pernah mengeluh dengan perjalanan hidup dan bersyukur setiap nikmat yang kita rasai..

Wallahualam.. moga bermanfaat untuk semua..

Sekian

Coretan Hati

05 January 2017

Bicara Pagi #25 ~ 7 Golongan Yang Di Naugi Di Hari Qiamat


Assalamualaikum,

Tahu kah kita golongan-golongan yang di naungi hari hari Qiamat nanti?? Ada 7 golongan ketika di Dunia mereka sering amalkan dengan redha ALLAH iaitu :

1. Pemimpin yang adil atau Imam

2. Orang yang sentiasa beribadat

3. Seseorang yang sentiasa terpaut pada Masjid.

4. Dua orang saling mencintai kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang di ajak berzina dengan seorang wanita lalu menolaknya kerana takut akan kepada Allah

6. Orang-orang yang bersedekah dalam diam

7. Orang-orang yang berzikir di waktu sunyi dan menangis kerana Allah

[ Hr Bukhari dan Muslim]

Waallahualam.. Moga bermanfaat untuk semua...

Coretan Hati

03 January 2017

Bicara Pagi #24 ~ Diam


Diam

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi menegur
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan

TAPI..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya

KERANA

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud

MAKA

jika merasakan DIAM itu terbaik
seharusnya kita DIAM
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak
berkatalah sehingga mereka DIAM..

Sumber : Wana Azmi

23 December 2016

Bicara Pagi #23 ~ Zikir



Assalamualaikum,

Laailaha illallah. Sudahkah kita berzikir hari ini??

Apa itu Zikir?

Zikir merupakan bahasa arab yang membawa maksud INGAT dalam bahasa melayu. Siapa yang kita perlu ingat?? Tentunya ingat kepada Allah. Ingat Allah!! KuasaNya, kebesaranNya, nikmatNya,PenglihataNya, pendengaranNya, nikmatNya, nerakaNya, syurgaNya dan segala apa yang hubung kait dengan Allah itu la di katakan zikir.

Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sesungguhnya orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.

"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat." Al-A'laa 14-15

Zikir ini luas dan kelebihan yang banyak. Ia mampu menghidupkan hati yang gelap, ia mampu menenaNgkan AMARAH, ia mampu menjauhkan kita dari sifat yang keji, ia mampu menjauhkan kita dari api neraka dan ia mampu membawa kita ke syurga.

Sesungguhnya Ingat la kita kepada Allah nercaya Allah akan ingat kepada kita. Dalam FirmanNYA.

"Jika engkau ingatkan Aku, Aku ingatkan engkau. Dan hanya pada Tuhanlah hendaknya kamu berharap."

Demikian juga dengan apa yang berlaku ke atas Wali-wali dan para Nabi. Kenapa mereka memperolehi kelebihan, keistimewaan dan juga kemuliaan, (karamah hidup) kerana mereka benar-benar menguasai "Zikir Ma'rifat". 

Kisah Nabi Ibrahim AS walaupun dicampak ke dalam api, baginda tidak mengalami apa-apa walaupun seurat bulu roma pun tidak hangus. KENAPA?? kerana Baginda berzikir (ingat) kepada Allah.

Kisah Nabi Nuh a.s. walaupun seluruh kaumnya mati kelemasan kerana bah (banjir) besar, tetapi dia selamat. Apakah rahsia menyebabkan dia selamat. KENAPA?? kerana Baginda sentiasa berzikir (ingat) akan Allah. Zikir-zikir Nabi Nuh a.s. menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya.

Itulah  rahsia zikir yang terlalu besar nikmatnya sehingga mampu memberi kelebihan kepada seseorang. Mampukah kita sentiasa ingat (zikir) kepada Allah?? 

Berzikirlah merupakan tanggungjawab kita terhadap Allah dalam usaha untuk "Kamil-mukamil" denganNya.

"Kekeramatan atau kemuliaan itu datang tanpa disedari. Yang nampak karamah seseorang itu adalah orang lain yang berada di luar kehidupannya."

Wallah hu ta'ala a'lam.......

Sekian.
Coretan Hati

22 December 2016

Bicara Pagi #22 ~ Redha



Assalamualaikum,

Pernah tak kita tidak REDHA dengan sesuatu??

Apa itu REDHA?? Redha ialah menerima sesuatu dengan rasa tenang dan ikhlas tanpa ada rasa kecewa dan tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT samaada baik atau buruk, Redha merupakan sifat MAKRIFAH serta mahabbah kita kepada Allah untuk mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya.

Apa jadi kalau kita tak redha atas kesalahan orang lain?

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..." .

Di hari pembalasan kelak kita akan meniti titian sirat dan amalan kita akan dilewatkan untuk dihisap. KENAPA??

Sebab Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang orang yang kita tak redha tu. sorang sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Padahal ketika itu semua orang berebut-rebut nak masuk syurga dahulu.

Selalu mendengar "merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!" .

Tapi kita tak sedar bukan dia sahaja tertangguh masuk ke syurga tapi diri kita sendiri. Bahkan mungkin dia lebih dulu masuk ke syurga.. SEBAB??

Sebab sesudah meminta maaf kepada kita urusan dia selesai. Tapi kita?? seribu orang kita tak redha maka tunggu la kita seribu orang itu meminta maaf.

Ketahuilah Bertaubat itu ada dua perkara!! Bertaubat kepada yang Maha Pencipta dan meminta maaf kepada orang yang kita pernah sakiti. Jika orang itu tidak memaafkan maka itu urusan dia dengan Allah. Dan ini yang bakal terjadi jika kita tak REDHA atas kesalahan orang lain.

Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Yang baik dibalas baik yang jahat di balas jahat. Allah itu ada maka biar Allah selayaknya membalasnya, biar Allah menghakimi dan biar dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang. tak boleh baiki masa silam. tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Sedangkan Allah itu maha Pengampun apatah lagi kita hamba yang kerdil. Belajar memaafkan akan membuat kita lebih tenang.

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Salinglah kita bermanfaan dan memohon maaf seikhlasnya supaya tiada yang tertinggal sisa baki titik hitam di dalam hati. In Sha Allah.

Wallahulam.

Sekian.
 Coretan Hati

20 December 2016

Bicara Pagi #21 ~ Gelap

Bicara Hati #21 ~ Gelap

Assalamualaikum,

Pernah kan kita merasai GELAP??? namun setiap hari kita ditemani gelap iaitu ketika datang malam hari.. Maka sinari la hidup ini.

Malam gelap hadirnya Bulan menyinari

Nak cahaya di dunia??
Pasang lilin.

Nak cahaya dalam kubur??
Al-Mulk + Tahajjud.

Nak wajah bercahaya-cahaya di akhirat??
Perbanyakkan sebut LA ILAHA ILLALLAH.

Jum buat persiapan bersama-sama kelak nanti ada cahaya menyinari kita. Sesungguhnya Allah telah memepemudahkan segala urusan kita di dunia.

Dalam Surah Luqman, ayat 20, Allah SWT berfirman yang tafsirnya:

“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir (seperti kesihatan dan kekayaan) dan yang batin (seperti ilmu pengetahuan dan akal).”

Wallahualam..

Coretan Hati

17 December 2016

Bicara Pagi #20 : 6 Kehebatan Dhuha

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Assalamualaikum,

Tahukan kamu akan kehebatan Dhuha?? Dhuha bukan hanya kunci rezeki tapi Dhuha adalah....

1. Sedekah. Rasulullah SAW bersabda :

“ Setiap tulang sendi menjelang pagi memerlukan Sedekah. Untuk itu, Setiap Tasbih adalah sedekah, setiap Tahmid adalah sedekah dan setiap Takbir adalah sedekah, menyeru makruf dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Semua perbuatan itu adalah sama nilainya dengan dua rakaat solat sunat Dhuha.” - Riwayat Abu Dzar.

2. Kunci Rezeki. Allah SWT akan memberi nya rezeki yang cukup.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.” - HR Abu Darda

3. Diampunkan dosa, seperti Firman Allah SWT :

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nercaya akan dimpuni dosa-dosanya walaupunsebanyak buih lautan.” - HR Tarmidzi.
4. Golongan Orang-orang yang bertaubat. Dalam Firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT.”

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

- HR Hakim

5. Orang-orang yang istiqamah dengan dhuha, Allah telah menjanjikan masuk  ke syurga melalui pintu khas yang di sediakan oleh Allah SWT. dalam Firman Allah SWT

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

“Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

- HR At-Thabrani

6. Sesiapa yang melakukan Dhuha 2 rakaat maka tercatat sebagai ahli ibadat dan orang-orang yang taat.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”

 - HR At-Thabrani

unni anje

16 December 2016

Bicara Pagi #19 ~ Tawakal

Bicara Pagi #19 ~ Tawakal

Assalamualaikum

Nabi SAW bersabda :

'' Seandainya kamu Bertawakal kpada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nercaya kamu diberi rezeki diberi rezeki
seperti burung diberi rezeki ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.''

[Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar al-Khattab RA ]

Tawakallah dalam setiap perkara dengan irigan doa dan usaha.

15 December 2016

Bicara Pagi #18 ~ 7 Kalimah Perlu Di Amalkan

Bicara Pagi #18 ~ 7 Kalimah Perlu Di Amalkan

Assalamualaikum

7 kalimat yang harus di amalkan setia

1. Bismillahirrahmannirrahim - Setiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulilah - Setiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagafirullah - Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4. InsyaAllah -J ika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5. Laa hawla walaaquwwata illaah billaah - Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

 6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun - Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7. Lailaha illallah - Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Jum Jadikan Kalimah ini sebagai amalan harian!!


14 December 2016

Bicara Pagi #18 ~ Perbetulkan Cara Pandangan

Assalamualaikum,

Nabi Musa a.s melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahabat-sahabatnya menutup hidung malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah, isi perut yang terburai..!

Akan tetapi Nabi Musa berkata, "ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"

Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana Nabi Musa boleh berkata demikian? Lalu Nabi Musa menjawab, "AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN !"

Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang waima MUSUH KITA sekalipun. InsyaAllah! Hati kita akan bertambah senang dan tenang..!

Jadilah seperti LEBAH, Walaupun hidup di dalam lautan sampah, BUNGA juga yang dicarinya.
Janganlah jadi seperti LALAT, Walaupun hidup di taman yang indah, SAMPAH jua yang dinantinya.

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci.

"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..! KERANA HANYA ORANG YANG  HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"

13 December 2016

Bicara Pagi #17 ~ Wordlesss

Bicara Pagi #17 ~ Wordlesss

Assalamualaikum

Bicara Pagi #17 ~ Wordlesss