Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts

04 January 2017

Dunia

Dunia



Wahai sahabat
Apa yang kita cari di dunia ini??
Apa yang kita inginkan di dunia ini??
Ingin menjadi siapa di dunia ini??

Dunia, dunia dan dunia...
Segalanya Dunia..

Dunia
Betapa ramai yang lupa daratan,
Betapa ramai yang ingkar,
Betapa ramai yang tidak bersyukur,
Betapa ramai yang derhaka dan berkhianat,

Wahai sahabat
Mengapa kita Lupa Tujuan kita hidup didunia?
Mengapa kita mengejar kenikmatan dunia?
Mengapa kita memuja kenikmatan dunia?

Tahukan kita?
Dunia yang di kejar hanya sementara,
Dunia yang dipuja hanya sia-sia,
Dunia yang ada hanya persimpangan,

Wahai sahabat,
Lupa kah kita akan akhirat?
Lupa kah kita yang kekal selamanya?
Lupa kah kita akan hari pembalasan..

Ingatlah..
wahai sahabat..
Buka hati, buka minda
Jawapan ditangan ANDA..

Dunia
Kredit Picture MFR Studio

Coretan Hati

03 January 2017

Bicara Pagi #24 ~ Diam


Diam

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi menegur
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan

TAPI..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya

KERANA

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud

MAKA

jika merasakan DIAM itu terbaik
seharusnya kita DIAM
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak
berkatalah sehingga mereka DIAM..

Sumber : Wana Azmi

22 December 2016

Bicara Pagi #22 ~ Redha



Assalamualaikum,

Pernah tak kita tidak REDHA dengan sesuatu??

Apa itu REDHA?? Redha ialah menerima sesuatu dengan rasa tenang dan ikhlas tanpa ada rasa kecewa dan tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT samaada baik atau buruk, Redha merupakan sifat MAKRIFAH serta mahabbah kita kepada Allah untuk mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya.

Apa jadi kalau kita tak redha atas kesalahan orang lain?

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..." .

Di hari pembalasan kelak kita akan meniti titian sirat dan amalan kita akan dilewatkan untuk dihisap. KENAPA??

Sebab Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang orang yang kita tak redha tu. sorang sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Padahal ketika itu semua orang berebut-rebut nak masuk syurga dahulu.

Selalu mendengar "merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!" .

Tapi kita tak sedar bukan dia sahaja tertangguh masuk ke syurga tapi diri kita sendiri. Bahkan mungkin dia lebih dulu masuk ke syurga.. SEBAB??

Sebab sesudah meminta maaf kepada kita urusan dia selesai. Tapi kita?? seribu orang kita tak redha maka tunggu la kita seribu orang itu meminta maaf.

Ketahuilah Bertaubat itu ada dua perkara!! Bertaubat kepada yang Maha Pencipta dan meminta maaf kepada orang yang kita pernah sakiti. Jika orang itu tidak memaafkan maka itu urusan dia dengan Allah. Dan ini yang bakal terjadi jika kita tak REDHA atas kesalahan orang lain.

Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Yang baik dibalas baik yang jahat di balas jahat. Allah itu ada maka biar Allah selayaknya membalasnya, biar Allah menghakimi dan biar dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang. tak boleh baiki masa silam. tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Sedangkan Allah itu maha Pengampun apatah lagi kita hamba yang kerdil. Belajar memaafkan akan membuat kita lebih tenang.

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Salinglah kita bermanfaan dan memohon maaf seikhlasnya supaya tiada yang tertinggal sisa baki titik hitam di dalam hati. In Sha Allah.

Wallahulam.

Sekian.
 Coretan Hati

20 December 2016

Bicara Pagi #21 ~ Gelap

Bicara Hati #21 ~ Gelap

Assalamualaikum,

Pernah kan kita merasai GELAP??? namun setiap hari kita ditemani gelap iaitu ketika datang malam hari.. Maka sinari la hidup ini.

Malam gelap hadirnya Bulan menyinari

Nak cahaya di dunia??
Pasang lilin.

Nak cahaya dalam kubur??
Al-Mulk + Tahajjud.

Nak wajah bercahaya-cahaya di akhirat??
Perbanyakkan sebut LA ILAHA ILLALLAH.

Jum buat persiapan bersama-sama kelak nanti ada cahaya menyinari kita. Sesungguhnya Allah telah memepemudahkan segala urusan kita di dunia.

Dalam Surah Luqman, ayat 20, Allah SWT berfirman yang tafsirnya:

“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir (seperti kesihatan dan kekayaan) dan yang batin (seperti ilmu pengetahuan dan akal).”

Wallahualam..

Coretan Hati

17 December 2016

Bicara Pagi #20 : 6 Kehebatan Dhuha

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Assalamualaikum,

Tahukan kamu akan kehebatan Dhuha?? Dhuha bukan hanya kunci rezeki tapi Dhuha adalah....

1. Sedekah. Rasulullah SAW bersabda :

Setiap tulang sendi menjelang pagi memerlukan Sedekah. Untuk itu, Setiap Tasbih adalah sedekah, setiap Tahmid adalah sedekah dan setiap Takbir adalah sedekah, menyeru makruf dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Semua perbuatan itu adalah sama nilainya dengan dua rakaat solat sunat Dhuha.” - Riwayat Abu Dzar.

2. Kunci Rezeki. Allah SWT akan memberi nya rezeki yang cukup.

Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.” - HR Abu Darda

3. Diampunkan dosa, seperti Firman Allah SWT :

Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nercaya akan dimpuni dosa-dosanya walaupunsebanyak buih lautan.” - HR Tarmidzi.
4. Golongan Orang-orang yang bertaubat. Dalam Firman Allah SWT:

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT.”

Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

- HR Hakim

5. Orang-orang yang istiqamah dengan dhuha, Allah telah menjanjikan masuk  ke syurga melalui pintu khas yang di sediakan oleh Allah SWT. dalam Firman Allah SWT

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

- HR At-Thabrani

6. Sesiapa yang melakukan Dhuha 2 rakaat maka tercatat sebagai ahli ibadat dan orang-orang yang taat.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”

 - HR At-Thabrani

unni anje

16 December 2016

Bicara Pagi #19 ~ Tawakal

Bicara Pagi #19 ~ Tawakal

Assalamualaikum

Nabi SAW bersabda :

'' Seandainya kamu Bertawakal kpada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nercaya kamu diberi rezeki diberi rezeki
seperti burung diberi rezeki ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.''

[Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar al-Khattab RA ]

Tawakallah dalam setiap perkara dengan irigan doa dan usaha.

14 December 2016

Bicara Pagi #18 ~ Perbetulkan Cara Pandangan

Assalamualaikum,

Nabi Musa a.s melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahabat-sahabatnya menutup hidung malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah, isi perut yang terburai..!

Akan tetapi Nabi Musa berkata, "ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"

Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana Nabi Musa boleh berkata demikian? Lalu Nabi Musa menjawab, "AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN !"

Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang waima MUSUH KITA sekalipun. InsyaAllah! Hati kita akan bertambah senang dan tenang..!

Jadilah seperti LEBAH, Walaupun hidup di dalam lautan sampah, BUNGA juga yang dicarinya.
Janganlah jadi seperti LALAT, Walaupun hidup di taman yang indah, SAMPAH jua yang dinantinya.

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci.

"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..! KERANA HANYA ORANG YANG  HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"

08 December 2016

Bicara Pagi #16 ~ 5 Gred Solat

Bicara Pagi #16 ~ 5 Gred Solat


 5 Gred Solat

😩 Gred E
Bila azan,buat tidak Tahu, Tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.

😔 Gred D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.

😌 Gred C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

😊 Gred B
Bila azan, terus berwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau.

😄 Gred A
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.

Apakah GRED solat Kita ?
Kalau exam kita nak GRED A jak

Solat macam mana? Ingatlah!!!

Solat adalah perkara PERTAMA yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti bukannya result exam.

Solat terjaga Insya Allah benda lain pn Sama- samalah kita BALANCE kan hal dunia & hal akhirat.

07 December 2016

Bicara Pagi #15 ~ Petua Hidup Tenang


1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

Moga bermanfaat Untuk semua

06 December 2016

Bicara Pagi #14 ~ Dialog TUHAN dan manusia




Dialog TUHAN dan manusia

Tuhan : "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"

Hamba : "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."

Tuhan : "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"

Hamba : "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."

Tuhan: "hamba Ku solat witir saja."

Hamba : "Ilahi, aku letih sekali, apa tidak ada cara lain?"

Tuhan : "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."

Hamba
: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."

Tuhan : "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakana YA ALLAH.."

Hamba : "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."

Tuhan : "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."

Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.
.
Tuhan
: "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun..Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."

Malakat : "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."

Tuhan : "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."

Malaikat : "Ilahi, dia tetap tidur."

Tuhan : "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."

Malaikat : "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"

Tuhan : "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??
.
Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI...

Ampuni kami hambaMu yang lemah ini.

05 December 2016

Bicara Pagi #13 ~ Allah Menolong hamba-hamba-Nya

bicara pagi


'' Barang sesiapa memberi kelapangan pada seorang mukmin daripada sesuatu kesusahan dunia, maka Allah akan melapangkan dia daripada suatu kesusahan di hari kiamat. Dan barang sesiapa yang menutupi aib seseorang mukmin, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Dan barang sesiapa yang memberi orang dalam kesusahakan ( kemiskinan ), maka Allah yang memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong hamba-hamba-Nya selama mana ia menolong saudaranya.''

[ H.R Muslim ]

04 December 2016

Bicara Pagi #12 ~ Wanita



Khas buat WANITA ..

Sebelum Islam datang.
Pada zaman Jahiliah dulu,
Perempuan ni tak ada nilai pun,
Malah dibunuh hidup² sejak bayi

Bila Islam datang,
Islam angkat martabat kita,
Setinggi-tingginya.
Tapi.
Bersyukur kah kita harini?

Sekarang.
Kita yang jatuhkan martabat diri sendiri,
Aurat tutup tak sempurna,
Solat entah kemana,
Al-Quran?
Tak habis² pulak dengan masalah hati.
Rindu pakwe tu,
Rindu skandal ni,

Allah.
Sedar tak kita?
Rasulullah bersusah payah tegakkan Islam
Perjuangkan Islam.
Tapi,
Kita harini hargai tak prrjuangan baginda?
kata nak masuk syurga,
nak jumpa nabi.

Jadi?
Berubah lah.
Ajal tidak mngira usia.
tidak mengira masa.

Biarlah kita menjadi salah satu faktor Islam bangkit.
Bukan jadi faktor Islam jatuh!

03 December 2016

Bicara Pagi #11 ~ Tiga UKuran Kehebatan Seseorang

Bicara Pagi #11 ~ Tiga UKuran Kehebatan Seseorang
Bicara Pagi #11 ~ Tiga UKuran Kehebatan Seseorang

Kehebatan seseorang terdapat pada tiga perkara :

• Kemampuan menyembunyikan KEMISKINAN, sehingga orang lain menyangkamu berkecukupan kerana kamu tidak pernah meminta.

• Kemampuan menyembunyikan AMARAH, sehingga orang mengiramu merasa redha

• Kemampuan menyembunyikan KESUSAHAN, sehingga orang lain mengiramu selalu senang

[ Kitab Manaqib Imam Syafi’i, karya Al Baihaqi, 2/188 ]


02 December 2016

Bicara Pagi #10 ~ Berkorbanlah

Bicara Pagi #10 ~ Berkorbanlah
Wahai si penuntut ilmu,

Berkorbanlah.

1 ) Kalau perlu berpuasa untuk beli kitab, berpuasalah.

2 ) Kalau perlu berniaga agar dapat musafir bertalaqqi dengan guru, berniagalah.

3 ) Kalau perlu menahan sedikit lapar agar dapat hadir ke daurah-daurah ilmu yang jauh, bertahanlah.

4 ) Kalau perlu tidur 2,3 jam saja sehari berjaga malam untuk faham satu-satu bab, lakukanlah.

5 ) Kalau perlu baca berpuluh kali bahkan ratusan kali untuk hadam sesuatu permasalah, bacalah.

6 ) Kalau perlu solat sunat berkali-kali agar daya fokus makin tajam, solatlah.

7 ) Kalau perlu menyemak puluhan mu'jam untuk faham satu perkataan, semaklah.

8 ) Kalau perlu bertemu puluhan guru untuk faham sesuatu bab, lakukanlah.

9 ) Dan kalau perlu menangis kerana letihnya menuntut ilmu, menangislah.
InsyaAllah di situ adanya kekuatan

Perjalanan menuntut ilmu ini terlalu panjang.

Tubuh pasti PENAT,
mata pasti LETIH,
tapi insyaAllah jiwa pasti TENANG.

Hidup tanpa ilmu bagaikan malam tanpa bintang