Resepi Ambuyat Aka Kepurung Makanan Tradisional Sabah | Ambuyat atau kepurung merupakan satu makanan yang sama namun di bezakan dari segi penyediaan. Ambuyat aka Kepurung ini merupakan makanan yang berasas kan Sagu. Makanan ini menggunakan sagu kalau sagu tak ada boleh ganti dengan tepung kanji. Unni guna selalu guna tepung kanji sebab sagu susah nak dapat kat sini.
Namun rasanya juga berbeza-beza mengikut bahan yang di gunakan. Bahan-bahan bergantung kepada cita rasa masing-masing, namun bahan utama yang sering digunakan adalah ikan atau ikan sardin dan sayur yang bersesuaian.
Unni akan berkongsi menu Ambuyat atau kepurung yang paling mudah!! Ini juga merupakan salah satu makanan kegemaran Unni. Seminggu wajib makan 3 kali.
Cara penyediaan Ambuyat Aka Kepurung
Pebezaan antara Ambuyat dan Kepurung adalah dari segi penyediaan sahaja.
Jika penyediaan seperti ini akan di gelar Ambuyat, Dimana sagu di letakkan di tengah-tengah dan lauk pauk di letakkan di sekitarnya. Guna lauk bergantung kepada cita rasa. Selain Sagu, lada juga adalah bahan wajib yang perlu ada.
Penyediaan seperti ini pula di panggil Kepurung. Di Mana Sagu dan lauk pauk di campurkan sekali dalam satu bekas. Sagu pula di bulat-bulat kecil terlebih dahulu sebelum di masuk bersama-sama lauk yang lain.
Unni lebih suka buat versi Kepurung kerana lagi senang da sedap.
Cara Membuat Ambuyat Aka Kepurung
Bahan-bahan Ambuyat Aka Kepurung
1. Sagu / tepung kanji
2. sayur kacang panjang dan kangkung
3. Kacang Tanah
4. Ikan masak / sardin
5. Lada
6. Garam secukupnya
7. Limau
8. Lada
Cara membuat sagu Ambuyat Aka Kepurung
1. Bancuh sagu/ tepung kanji [ rujuk video di atas ]
2. Bulat kan seketul-seketul letak dalam besen yang berisi sedikit air [ Rujuk gambar di bawah ] bagi penyediaan versi kepurung jika versi ambuyat tidak perlu
Cara Membuat Lauk Ambuyat Aka Kepurung
1. Goreng kacang tanah dan tumbuk sampai halus
2. Rebus sayur kacang, bersama-sama sayur kangkung.
3. Jika guna ikan, ikan ditumbuk sampai lumat kalau guna sardin hancurkan isi sardin guna sudu.
4. Bila kedua-dua sayur sudah masak, masukkan ikan / ikan sardin yang telah tumbuk[ api perlahan ]
5. Masukkan kacang kedalam sayur
6. Letak garam secukupnya danbiarkan mendidih
7. Campurkan sayur bersama-sama sagu [ macam gambar cara 2 kat atas ]
8. Tumbuk lada dan letakkan sedikit garam dan sediakan di tempat yang berasingan.
8. Lada dan limau letak ikut suka ke mangkuk masing-masing
9. siap!!
Resepi yang unni kongsikan ini adalah versi kepurung. jika ingin membuat versi ambuyat just perlu menyediakan Sagu. dan lauk di masak berasingan dan di sediakan si tempat yang berasingan.
Selamat Mencuba
Uniknya masakan orang sabah...
ReplyDelete3 thn di Sabah byk kali ajak hubby mkn ambuyat tp dia x nk.insaAllah kalo ke Sabah mesti try
ReplyDeletesy tak pernah makan lagi tapi dhubby rajin ke Sabah dan dia suka sangat...huhu..
ReplyDeletesila pos! heheh
Makanan wajib bg ju skluarga. Setiap hari mmg parent mkn ni 😄😄
ReplyDeletetinggal la aku dgn parents mu klu bgini..hari2 makan ambuyatttt
Delete