Bukit Lee Man Kui, Tawau | Merupakan salah satu bukit yang digemari oleh kaki hiking. Bukit ini merupakan kawasan bukit yang paling dekat dengan Pusat bandar Tawau. Bukit Lee Man Kui ini agak terkenal bagi mereka yang suka melakukan aktiviti jogging dan senaman.
Misi Mei 1 Month 1 Hill diteruskan memandang 1 Mei 2017 merupakan cuti Umum hari pekerja so kami sepakat memilih tarikh tersebut untuk Misi Mei 1 Month 1 Hill dan lokasi kami adalah Bukit Lee Man Kui.
Bukit Lee Man Kui terletak di Mile 5, Jalan Sin Onn. Terletak 7.9 KM dari bandar Utama Tawau 17 minit perjalanan. Bukit Lee Man Kui merupakan kawasan Tanah persendirian so frree je la, anytime boleh datang. Sepanjang perjalanan naik hanya di temani dengan Buah Kelapa sawit.
Kebanyakan orang-orang cina akan berjogging di sini pada sebelah petang. But kami datang sebelah pagi so memang tak orang yang hiking. Hahahahaha..
Starting Point 4022M .. Allahamdulilah penyertaan seramai 14 orang. Tudung Kuning belah kiri tu kak Ann merupakan Orang kuat ( guide ) pendakian kali ini.
See hiking dalam keadaan panas terik.. padahal baru jam 8 lebih.
Perjalanan hanya ditemani dengan kelapa sawit. Menuju ke puncak Lee Man Kui ni mepunyai banyak jalan. Just Pilih nak jalan dekat ka nak jalan jauh. Tapi kami memilih untuk jalan jauh ( 4022M ) kerana view yang bermacam-macam dan menempuh hiking yang sebenar ( kalau nak jalan dekat bukan hiking namanya kan )😀😀 Sebenarnya Unni jeles kat gambr budak betiga ni!! Hahahaha.
Cabaran Pertama bukit Lee Man Kui ni adalah perjalanan naik turun bukit. Jalan yang berliku-liku.
Bila jumpa tempat cantik maka selfie la jadinya. Lalu di kawasan Ladang Koko.. Kalau jalan dekat memang tak jumpa satu apa pun. Hihihii.. Part 1 wajib bergambar.
Tebing ni salah tempat yang cantik nak ambil gambar. Janji berani panjat then make sure tak gayat. Part 2 tempat wajib bergambar.
Cabaran kedua melalui kawasan yang licin sikit jak, tapi jalan ni agak tinggi naik dan sampai atas semua mengukir senyuman dan say Subahanallah.
Subahanallah.. Cantik kan.. Tu la Puncak Bukit Lee Man Kui, tapi time ni kami jauh lagi..kena pusing ladang sawit ni baru sampai.
Part 3 tempat wajib bergambar.
Teruskan perjalanan naik turun bukit.
Part 4 tempat wajib bergambar.. Ini merupakan tasik semulajadi. Tasik Badar namanya ( menurut sumber yang tidak diketahui )
Bila da penat pandai-pandai la cari port nak rehat. Kat sini tak ada pun pondok rehat disediakan.
Takala berada dibawa puncak happy kemain dorang ni.. Unni seperti biasa hanya tukang photograph. Part 5 wajib ambil gambar.
Perjalanan menuju puncak kini ditemani semak samun. Kelapa sawit da x kelihatan tapi tempat ni bakal pupus untuk penanaman kelapa sawit.
Menuju Puncak. Cabaran tiga mencari puncak dalam keadaan semak samun hanya berpandukan laluan kecil.
See proses kerja-kerja sedang giat dijalankan.. tapak kat bawah da kosong. Maybe one day tempat ini akan pupus untuk penanaman pokok kelapa sawit.
Allahamdulilah, Subahanallah Semua berjaya sampai ke Pucak !!! very nice View. Tepat jam 10.04 kami sampai di puncak, berehat, selfi dan sebagainya.. Jam 11 akan meneruskan perjalanan turun semula.
View Dari Puncak Bukit Lee Man Kui.. Bukit Gemuk Pun nampak dari sini ( rujuk anak panah )
Part 5 wajib la ambil gambar. Puncak Bukit Lee Man Kui perjalanan 4 022M.
Semasa perjalanan turun kami memilih jalan dekat jak. Jumpa la view ni so part 6 wajib ambil gambar.
Allahamdulilah seramai 14 orang untuk misi Mei 1 Month 1 Hill walaupun tak seramai misi April tapi tetap semangat dan kegembiraan ada. Harap Bukit Lee Man Kui ni akan terus kekal. In shaa Allah untuk misi Jun 1 Month 1 Hill akan dipercepatkan ( di buat dalam bulan mei ) sebab jun kan da masuk Ramadhan.
Make sure nak datang sini kena bawa kelengkapan ( air, makan ) yang secukupnya sebab kat sini tak ada kelengkapan termasuk tandas.
Tips Mendaki Bukit Lee Man Kui, Tawau
1. Bawa bekalan air secukupnya.
2. Pastikan memakai kasut.
3. Pastikan kamu melalui jalan yang jauh bagi menikmati keindahan.
4. Pastikan salah sorang daripada pendaki tahu jalan ke puncak.
5. Datang di waktu petang atau awal pagi.
Sekian.
Bestnye unni. Kalau dekat mesti kak ana join juga. Lama tak berusrah 😊
ReplyDeletePart ambil gambar tu memang wajib lah. Tambah lagi kalau dah penat hiking gini 😊
ReplyDeletewahh seronoknya
ReplyDeleteNama bukitny pun unik.
ReplyDeleteMungkin ambil sempena nama seseorang.
hebat Unni tapi tak risau ke sebab kalau kat area pokok sawit ni ada haiwan menjalar..semua yg pergi semua perempuan ke..ishh mcm inspektor pencen pulai aihh..hehe
ReplyDeleteSemoga Unni dan kawan2 selamat dimasa lain semasa mendaki bukit..
kuat rupanya unni ni...akak irda ni jalan sikit je dah semput...apalagi kalau naik bukit..wuarghjh surrender
ReplyDeletecantik view atas tu. alhamdulillah nikmat Allah bagi
ReplyDeleteBagusnya unni. Seronok ada geng hiking ni. Apa2pun. Sentiasa berhati2 yer.
ReplyDeleteTahniah uni n rakan2 brjaya smpai ke puncak
ReplyDeleteAsalam..betul2 lah cantik pemandangan kat sana..
ReplyDelete