﷽
Assalamualaikum,
Mari kita terus menikmati kelazatan makrifatullah.
Allahumma Ya Hakam, Ya Hakam, Ya Hakam,
sesungguhnya Maha Menetapkan Peraturan dan menetapkan Hukuman.
Engkau menetapkan peraturan dan landasan 3I (iman, islam dan ihsan) sebagai peraturan hidup hambaMu. Sekiranya hidup mengikut peraturan lain, maka hukuman akan dikenakan.
Sekiranya hati tidak beriman dan tidak yakin Allah ya Rozzaq telah menjamin rezeki dunia, dan terus mengejar dan bermati-mati dan bersungguh-sungguh mengejar kerana tidak beriman kepada Ya Rozzaq, lebih yakin kepada ikhtiar sendiri, maka hukuman ya Hakam adalah kekecewaan dunia dan akhirat.
Sekiranya hati tidak beriman kepada Rasulullah saw iaitu meninggalkan cara dan peraturan hidup sederhana yg ditunjuki oleh Baginda, hukuman ya Hakam ialah kesibukan dunia yang memenatkan dan tiada kesempatan utk ibadah kepada Allah, terjebak dalam riak dan ujub yang hukuman ya Hakam ialah muflis iaitu amalan menjadi debu yang berterbangan..
Allahumma Ya Hakam yang menetapkan peraturan 3I, iman, islam dan ihsan untuk hidupku sebagai abdi dan khalifahMu, tundukkan kami kepada peraturanMu ya Qohhar, pimpin kami atas landasan 3I.
Allahumma Ya Haadi, perhatikan kami dan awasi kami dan cegahlah kami agar kami tidak tergelincir dari landasan 3I.
Allahumma Ya Bashir, Ya Khobir, Ya Raqib. Sekiranya daku tersasar dan Engkau Ya Hakam ya Latif ya Halim menghukumku di dunia ini dengan hukuman yang penuh kelembutan dan kesantunan, daku redha ya Allah, asalkan saja daku terselamat dari hukuman nerakaMu ya Muntaqim..
aamiin.. terima kasih dik atas perkongsiannya..
ReplyDelete