﷽
Assalamualaikum,
Mari kita terus mengenali Allah.
Allahumma Ya Wahhab, Ya Wahhab, Ya Wahhab,
yang maha Menolong, sesungguhnya yang menolong diriku, Engkau ya Wahhab menolongku dengan memberiku roh yang dihiasi dgn sifat-sifat mulia rabbaniah.
Engkau ya Wahhab memberiku makan kepadaku ketika daku dalam rahim ibuku, Engkau menolong mendegupkan jantungku sejak daku di dalamm rahim ibuku sehingga kesaat ini, Engkau menolongku dengan mengajarku menghisap susu, makan, merangkak, berdiri, berjalan sehingga berlari, menolongku membuang najis dalam tubuhku, membunuh kuman yang menjangkitiku, mengeluarkan karbon dioksid dalamm tubuhku dan memasukkan oksigen dalam tubuhku.
Ya Wahhab, Engkau juga menolongku untuk daku melangkah ke sekolah, Engkau menolongku waktu daku kepayahan di sekolah, di kolej dan universiti. Engkau juga menolongku mendapatkan pekerjaan dan rezekiMu dalam bentuk wang ringgit dan harta benda, pakaian, makanan, rumah dan kenderaan.
Allahumma ya Wahhab, sebegitu banyak dan tidak terbilang....
أمين يا رب العالمين 😊
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletebarakallah
indahnya..