30 June 2017

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan | Assalamualaikum, Allahmdulilah seluruh umat islam telah berjaya menjalani Rukun Islam yang ketiga berpuasa di bulan Ramadhan dengan izin Allah dan tiba la syawal Bulan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Dalam beraya sakan tetiba keluar cerita pasal kuih ulat bulu ni dan baru la dapat tahu Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan.

Tahun ini Biskut raya Ulat Bulu telah menjadi viral kerana rupanya yang betul-betul nampak seperti real. Sebenarnya perancangan memang nak buat Biskuit Ulat Bulu untuk raya Tahun ini. Unni siap update kat laman sosial Facebook baca kat SINI. Namun keadaan kesihatan tak mengizinkan so terpaksa buat bisukut lain ( bahan semua da beli ). Rupanya ada hikmah di sebaliknya.

Kisah beraya rumah kawan telah memberi Unni satu ilmu yang unni agak ketinggalan, banyak lagi perlu belajar, sungguh rendah ilmu agama dalam diri ini. Di rumah sahabat dia hidangakan pelbagai jenis biskut raya termasuk Biskut Ulat Bulu namun bentuknya tidak la menyerupai ulat bulu warna je sama.

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan

Hukum Membuat Kuih Dan Biskut Berbentuk Haiwan

Unni ajukan soalan kepada sahabat '' Kenapa tak letak cips buat mata ulat bulu ini?''

Sorang Sahabat menjawab '' Kita tidak boleh buat makanan yang menyerupai bentuk binatang, sama ada buat atau pun membelinya.''

Namun ada pendapat yang berbeza dalam hukum membuat kuih dan biskut berbentuk haiwan ini.


Hukum Haram Taswir.

Tidak diperbolehkan membentuk kuih dan biskut  yang lainnya dalam bentuk gambar makhluk bernyawa. Berdasarkan Hadits, ia menunjukkan bahawa Hukumnya adalah “HARAM TASWIR ” (menggambar makhluk bernyawa).

Sabda Rasulullah SAW

“Setiap pembuat gambar tempatnya di neraka. Kelak Allah akan membuatkan untuknya gambar yang pernah ia buat (semasa di dunia) lalu gambar itu menyiksa dirinya di neraka Jahannam.” (HR. Muslim No. 2110)

Dari Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata, '' Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ''

“Sesungguhnya manusia yang paling keras siksaannya disisi Allah kelak dihari kiamat adalah pembuat gambar.” (HR. Bukhari 5950 dan Muslim 2109)

“Yang menjadi haram taswir kerana TASWIR adalah menggambar makhluk yang memiliki nyawa seperti berupa patung, gambar di dinding, gambar yang dilukiskan di kain, kertas. Baik (diproduksi) secara massal pada pabrik tekstil atau dilukis dengan kuas, pulpen ataupun dengan bantuan peralatan modern. Termasuk larangan menggambar makhluk bernyawa sesuai dengan bentuk aslinya atau hanya hasil imajinasi semata, kecil ataupun besar, dibuat cantik atau dibuat jelek. Termasuk di dalam larangan, seseorang membuat garis-garis membentuk sebuah kerangka tulang. 

Kesimpulannya,

semua pengharaman ini kerana mengambarkan makluk yang memiliki nyawa seperti gambar-gambar imiginasi yang telah di anggap orang-orang yang hidup semasa zaman Fi'raun dan para pemimpin pasukan perang salib serta bala tenteranya. (Fatawa Al Lajnah Ad Daimah 1/696).

Para Ulama telah menegaskan bahawa haram membuat gambar makluk bernyawa termasukkan Kuih , biskut, kek dan sejenisnya. Dengan demikian diharamkan membuat kuih dengan bentuk menyerupai makhluk bernyawa dan dilarang memperjual belikannya.”


Hukum Dibolehkan

Namun ada pendapat yang mengatakan ia di bolehkan kerana bersifat tidak kekal. Jum layan pendapat Ulama pendakwah terkenal negara Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus.


Hukum Syubhat

Hukum Syubat adalah ketidakjelasan atau kesamaran, sehingga tidak bisa diketahui halal haramnya sesuatu secara jelas. Syubhat terhadap sesuatu bisa muncul baik karena ketidakjelasan status hukumnya, atau ketidakjelasan sifat atau faktanya. Jika ada keraguan dan was-was tentangnya ia boleh jatuh kepada hukum Syubhat. 

Dari An Nu’man bin Basyir RA, berkata pernah mendengar  Rasulullah SAW bersabda

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat -yang masih samar- yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia bisa terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.” (HR. Bukhari no. 2051 dan Muslim no. 1599)

Secara kesimpulannya, Lebih baik di tinggalkan dan mengambil langkah selamat daripada terlibat dengan dosa larangan daripada Allah kerana ia nya samar-samar dan tidak jelas.

Moga bermanfaat

Wallahualam.

17 comments:

  1. Daripada datangnya was-was lebih baik jangan buat kan...

    ReplyDelete
  2. Memang wajar juga haram kerana makan benda yang pelik. Kurang akhlak rasanya..

    ReplyDelete
  3. tahun ni viral dengan biskut raya ulat ni ,,tapi sepanjang CCL pergi beraya kawan-kawan , tak de pulak diorang beli or buat kuih raya macam ni,btw thanks for info

    ReplyDelete
  4. Kalau boleh kita elakkan aje laa.. kalau nak buat juga jgn lah mcm hidup sgt.. buat buruk sikit hihi

    ReplyDelete
  5. unni, kak pip nak tanya, jadi kalau kita print gambar kita / gambar haiwan, then letak atas meja / gantung di dinding, tu mcm mana pula? hal2 kecil macam ni, tapi hukumnya, adui ... menakutkan bunyinya ...

    ReplyDelete
  6. tq ats prkongsian ni ye unni... busyra bru tau.. huhu

    ReplyDelete
  7. MV buat juga ulat bulu..tapi x lah macam ni..ni bikin nda beselera mau makan

    ReplyDelete
  8. kekadang kan org yg buat kuih tu syok sendiri sampai terbuat mata ulat bulu, tu yg jd sebijik mcm ulat bulu ... haha apa pun ulat bulu mg comel, sampai org buat biskut, hukum tetap hukum, amalkan insyaALLAH SELAMAT DUNIA AKHIRAT

    ReplyDelete
  9. serius...yg mana dah tahu hukumnya tu...
    kena lebih berhati-hati ya...:)

    ReplyDelete
  10. Baru tahu info pasal hukum ni. Terima kasih banyak ya. Yang femes bahulu bentuk ikan jgak. Tapi ikan boleh dimakan kan. Setakat ni, kalau ada makanan berupa haiwan yang tak boleh dimakan, rasa tekak agak geli nak masukkan dalam mulut. Kuih ulat? No no no.

    ReplyDelete
  11. selamat Yana buat bentuk bunga ja hehehe =)

    ReplyDelete
  12. Tue la, kan sekarang nie ada pelbagai jenis ragam manusia yang kadang-kadang suka buat benda pelik-pelik.. nak makan pun pikir dua tiga kali.. Thanks for the info Unni..

    ReplyDelete
  13. kalau sudah was2 tu baik tinggalkan ... thanks perkongsiaannya unni dan selamat hari raya!

    ReplyDelete
  14. betul unni. tinggalkan jangan buat kann :)

    ReplyDelete
  15. baru tahu ada hukum ni. tp saya tak minat la biskut ulat bulu tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^