Resepi Ikan Masak Belada | Hari ini unni ingin kongsikan resepi ikan masak belada. Bagi peminat makanan pedas boleh la follow resepi unni ni kan. Ikan masak belada juga di gelar Ikan Masak Mandar bagi orang-orang bugis. Penyedian memang sangat senang dan ringkas. Unni memang suka masakan ni, tapi kena rajin beli ikan.
Masakan Semudah ABC masakan ni tanpa perlu mengoreng ikan terlebih dahulu. Haaa sebelum ni kena goreng ikan terlebih dahulu kan tapi kali ini unni share resepi yang lain sikit. Rasa dia pun memang meletop, super meletop.
Resepi Ikan Masak Belada |
Resepi Ikan Masak Belada
Bahan-bahan
1. Ikan 4 ekor
2. Cili Api ikut kepedasan
3. Lada besar - 4 biji
4. Bawang Putih - 3 ulas
5. Bawang Merah -3 ulas
6. Kemiri ( buah keras ) - 1 biji
7. Sedikit lada putih
8. Air asam jawa
9. Sedikit gula
10. Sedikit garam
11. Sedikit minyak
12. Sedikit air.
13. Bawang besar - 1 biji
Cara Membuatnya
1. Ikan di siang dan di cuci sebersihnya. Tos ikan.
2. Cili api, 3 biji lada besar, ladang putih, bawang merah, bawang putih dan kemiri di tumbuk selumatnya ( kalau mahu blande pun boleh ). Manakalah 1 biji bawang merah dan lada besar di hiris-hiris.
3. Panas kan kuali dan naikkan sedikit minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga naik bau.
4. Kemudian masukan air asam jawa dan air, gaul sehingga rata dan mendidih.
5. Bila dah mendidih masukkan ikan yang telah di tos tadi. Gaul dan biarkan seketika ( periuk di tutup ).
6. Masukkan bawang besar dan lada besar yang telah di hiris-hiris tadi kemudian gaul perlahan-lahan.
6. Pastikan kuah tidak kering sentiasa gaul perlahan-perlahan sehingga ikan masak dan kuah menjadi kering.
7. Siap untuk dihidangkan.
Nota Tambahan.
* Hirisan bawang besar dan lada besar boleh juga tidak digunakan, unni tak guna sebab tak ada stok. Guna je bahan-bahan yang ready stok yang penting lada wajib ada.
* Gaul ikan perlahan-perlahan agar ikan tidak hancur semasa di masak.
* Kalau nak guna ikan goreng pun boleh.
Selamat mencuba
unni....sedapnyeee...kak lina nak cuba lah nnt
ReplyDeleteAmboii unni.. sedapnyeee... Rajin unni masak..
ReplyDeletesedap tapi unni mana gmabr ikannya..haha
ReplyDeletesedap berkuah (^_^).
ReplyDeleteamboi...bukan main lgi..dah terror masak boleh kawen dah ni
ReplyDeleteMENYELERAKAN TU...
ReplyDelete