08 June 2017

Resepi Ikan Masak Asam Jawa Masakan Paling Mudah

Resepi Ikan Masak Asam Jawa Masakan Paling Mudah | Semalam jiran Unni pi memancing, Allahmdulilah lumayan juga hasil dia, dapat la juga Unni rezeki 3 ekor ikan sungai ni. Mancing kat sungai jak. Kalau kat sabah ikan ni panggil Ikan Talapia tak sure pula panggilan kat tempat kamu. Masakan paling mudah di sediakan main campak-campak je.

Memandangkan rezeki yang tak di sangka-sangka, so kita masak jak bahan yang sedia ada, nak masak belada tapi kemarin da buat Ikan Masak Belada. Umah unni tak ada peti ais so memang kena masak malam tu juga. Hasilnya jadi la Ikan Masak asam jawa. Itu jak bahan yang ada.. Senudah ABC!!


Resepi Ikan Masak Asam Jawa Masakan Paling Mudah
 Ikan Masak Asam Jawa 


Resepi Ikan Masak Asam Jawa

Bahan-bahan

1. 3 ekor ikan
2. Air asam jawa
3. Cili api
4. Bawang Merah - 2 ulas
5. Bawang Putih - 3 ulas
6. Bawang Besar 1 biji
7. Lada besar - 2 biji 
8. Kunyit
9. Sedikit garam

Cara Membuatnya

1. Ikan di siang dan di cuci sebersihnya, kemudian letak sedikit kunyit dan asam jawa gaul bersama-sama ikan dan perap seketika.
2. Sementara perap ikan, panaskan kuali dan naikkan minyak. Bila minyak da mendidih goreng ikan tersebut. Ketepikan seketika
3. Lada merah, cili api, bawang besar dan bawang merah 1 ulas di potong-potong manakala 1 ulas di tumbuk bersama-sama bawang putih
4. Panaskan kuali, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan masak sehingga naik bau kemudiaan masukkan bahan-bahan yang di potong-potong tadi.
5. Bila da naik bau masukkan air asam jawa secukupnya, ikut cita rasa masing-masing, gaul sehingga mendidih dan masukkan garam secukupnya.
6. Kemudian masukkan ikan yang telah di goreng tadi. Gaul sehingga mendidih dan rata.
7. Siap untuk di hidangkan.

Nota Tambahan

*Ikan bergantung dengan kamu, nak guna ikan apa pun boleh jak.
*Bawang besar dan lada besar tak guna pun boleh, ikut la.
*Step 6 tu kalau kamu suka kuah boleh la masukkan ikan kejap je, tapi kalau suka yang pekat-pekat masak sampai kuah kering, biar pekat.

Selamat Memcuba

9 comments:

  1. Atukoii rindu pula mau pigi memancing ini... hoho

    ReplyDelete
  2. pfffttt...semakin berkeroncong perut den tgk lauk ni hahaha

    ReplyDelete
  3. ikan tilapia ni memang fav akak ni...best giler....

    ReplyDelete
  4. sedap..pernah masak ikan keli asam jawa...letak tepung jagung sikit bagi pekat kuah...memang perghh

    ReplyDelete
  5. peuwwww kenapa byk up entri menu masak ni unii =D Tkana lagi mninguk siang. mereput anak tekak xD

    ReplyDelete
  6. ikan talapia ni kalau sy suka buat goreng garing lepas tu buat cili ala sambal penyet sbb takut berbau...

    ReplyDelete
  7. Sedap nampak boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  8. simple saja masakannya.. boleh try nanti masa sungkai

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^