01 June 2017

Resepi Sambal Telur Hancur Ikan Bilis Masakan Paling Ringkas

Resepi Sambal Telur Hancur Ikan Bilis Masakan Paling Ringkas | Resepi ini merupakan resepi yang paling ringkas di sediakan. Bagi yang malas ke pasar boleh la mencuba resepi Sambal Telur Hancur Ikan Bilis ini sangat udah, ringkas, senang dan sedap. Then paling special adalah pedas. Sampai jilat pinggan. Memandangkan mood malas menjelang jadi kita buat menu yang paling ringkas dan bahan sedia ada.

Resepi Sambal Telur Hancur Ikan Bilis Masakan Paling Ringkas
Sambal Telur Hancur Ikan Bilis

Resepi Sambal Telur Hancur Ikan Bilis

Bahan-bahan Sambal Telur Hancur Ikan Bilis

1. Ikan Bilis 1 gengam - di goreng
2. Telur 3 biji
3. Cili Api ikut kepedasan - di kisar
4. Lada merah 2 biji - di potong-potong
5. Bawang putih 3 ulas - di kisar
6. Bawang Merah 2 ulas - di kisar
7. Air Asam Jawa
8. Sedikit garam
9. Sedikit gula
10. Sedikit minyak

Cara-cara membuat Sambal Telur Hancur Ikan Bilis

1. Ikan bilis di goreng sehingga garing da ketepikan
2.Bawang putih, bawang merah, cili apa di kisar bersama-sama.
3. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
3. Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa dan gaul sehingga rata.
5. Kemudian tambahkan sedikit garam dan gula sehingga cukup rasa dan kacau perlahan-lahan shingga kuah mendidih.
6. Apabila kuah mendidih, masukkan telur satu persatu.
7. Jangan kacau dahulu tunggu sehingga telur keras sedikit kemudian baru la di gaul keseluruhan.
8. Masukan ikan bilis yang telah di goreng tadi dan ratakan.
9. Akhir sekali masukkan lada merah yang telah di potong-potong dan gaul sehingga rata.
10. Siap untuk di hidangkan!!!

Sumber : Reena

Nota tambahan

*Kalau tak guna ikan bilis pun tak pa sebab menu asal adalah Sambal Telur Hancur then Unni gubal jadi sambal telur hancur ikan bilis.
* Kalau guna ikan bilis pastikan kepala dan perut nya telah dibersihkan.
* Telur tu pastikan Gred A & B kalau guna gred C boleh letakkan 4 biji.

Selamat Mencuba.


5 comments:

  1. nice resepi . boleh cuba untuk sahur nanti

    ReplyDelete
  2. Menu simple tapi membuatkan kita tmbh berkali2 nasi. Hee

    ReplyDelete
  3. Resipi ni nanti kena cuba. Rugi kalau tak cuba

    ReplyDelete
  4. Salam unni cam sedap jerr tak pernah buat walau nampak senang hiii. Betol tu pose2 nih nak cari yg ringkas dan mudah ..

    ReplyDelete
  5. Fav kak ana ni. Selalu makan dengan roti je. Tp memang takde ikan bilis pun. Hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^