13 June 2017

Resepi Bosou Makanan Tradisi Orang Kadazan Dusun

Resepi Bosou Makanan Tradisi Orang Kadazan Dusun | Bosou juga dikenali sebagai jeruk ikan sungai atau tonsom. Bosou merupakan makanan tradisi orang Kadazan Dusun di sabah. Ia juga sama seperti pekasam ikan namun cara membuatnya berbeza.

Menurut sejarah Bosou terhasil kerana pada zaman dahulu tiada peti ais kelengkapan yang canggih seperti hari ini. Jika hasil tangkapan ikan banyak, mereka akan memprosesnya membuat jeruk dengan bahan tambahan garam dan pangi ( buah kepayang ). Dimana Bosou boleh tahan sehingga 6 bulan atau 1 tahun.

Bosou di proses menggunakan ikan sungai namun hasil tangkapan sungai lain juga boleh digunakan seperti udang.

Resepi Bosou Makanan Tradisi Orang Kadazan Dusun
Bosou


Resepi Bosou

Bahan-bahan

  1. Ikan Sungai
  2. Rebung muda - di potong-potong
  3. Tuhau - potong-potong
  4. Halia - potong mancis
  5. Lada Putih
  6. Sedikit Pangi
  7. Nasi 
  8. Sedikit garam
  9. Balang

Cara membuatnya

  1. Ikan sungai yang masih mentah di potong sederhana, kalau boleh baik buang tulangnya.
  2. Ikan yang telah di buang tulangnya, rebung muda, halia, nasi, tuhau dan lada putih di campur kesemuanya sekali dan da masukkan kedalam balang. Gaul sehingga sebati.
  3. Pengunaan bahan adalah bergantung kepada kehendak masing-masing seperti halia. tuhau, nasi dan rebung muda. Agak-agak agar tidak telalu sikit dan banyak.
  4. Masuk sedikit garam dan panji dan gaul sehingga sebati.
  5. Tutup balang tersebut.
  6. Simpan selama 2 minggu ( jeruk )
  7. Selepas dua minggu siap untuk di hidangkan.
Nota Tambahan

  1. Pastikan semua bahan yang di gunakan di cuci terlebih dahulu. Ikan dan rebung di tos betul-betul sehingga air tiada.
  2. Nasi sejukkan dahulu dan jangan bagi masak sangat.
  3. Lada putih boleh di tukar cili api. Masukkan terus tanpa potong-potong.
  4. Ikan sungai ikut suka.
Selamat mencuba


10 comments:

  1. xpernah lg aku mkn tu bosuo, aku suka mkn hinava ja unnie..

    ReplyDelete
  2. sy makan ambuyat guna penyepit je dgn ikan rebus dan pucuk katong semasa di Papar 20 thn lps.

    ReplyDelete
  3. Even ju seorang dusun tp nda perna mkn lagi ni sbnrnya xD

    ReplyDelete
  4. Bahan2 dia byk kak ana tak pernah dgr ni unni. Hehe

    ReplyDelete
  5. unni, ndak masuk di tekakku ni, tapi husband ok ja makan ...

    ReplyDelete
  6. pernah dengar tapi tak pernah makan..mungkin boleh dicuba kot
    https://umifuzy.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Unik nama resepinya... Tentu rasanya pun sana kan...

    ReplyDelete
  8. i wish i could try one fine day..eh..dah kenapa speaking..hahahaha...

    ReplyDelete
  9. Klo x taru pangi bulih ka? Susah ba mau dpt pangi😂

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^