02 June 2017

Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah

Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah | Laban Rata merupakan Sebuah Resthouse untuk para pendaki Gunung Kinabalu. Bagi pendaki yang telah menjejaki Gunung Kinabalu, nama Laban Rata memang sangat Familiar dan pastinya merindui tempat. Tempat ini merupakan salah satu tempat yang menarik di Gunung Kinabalu.

Dalam Trip Jelajah Borneo Sabah Part 2 Unni bersama 9 rakan lain telah melaksanankan misi menawan Gunung Kinabalu. Dimana Laban Rata merupakan Resthouse yang kami di tempatkan. Boleh baca :

  1. Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Part 1
  2. Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Part 2


Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah
Laban Rata terletak 6.0KM dari Pondok Timpohon Kundasang 3272M di atas paras laut. Laban rata mempunyai sebuah cafe dan beberapa bilik untuk para pendaki berehat sebelum meneruskan perjalanan para subuh hari. Laban Rata merupakan sebuah Resthouse di bawa Hotel Sutera Harbour Kota Kinabalu yang bertaraf 4 Bintang.


Bilik Laban Rata Gunung Kinabalu

Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah

Disebabkan ketibahan Unni tang terlajak awal di laban rata seawal jam 3.48 so unni buat siapkan bilik (cek in) untuk kawan-kawan yang masih dalam perjalanan. Hanya mengunakan tag name semasa pendakian. Bilik ini menempatkan 6 orang. Selipar turut disediakan. Tilam, batal dan selimut sangat la empuk boleh jadi tak bangun subuh. Hahahahahaha

Memang selesa da rasa macam tengah melancong kat bilik 4 bintang. Cuma ruangan yang agak sempit dan tiada bilik air. Bilik air di tempatkan di luar yang berasing lelaki dan wanita. Tapi kat sini di jamin kamu memang tak mampu nak pegang air apatah lagi nak mandi walaupun hot water di sediakan.

Cafe Laban Rata Gunung Kinabalu

Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah

Cafe Laban Rata ini dibuka 3 kali sehari

Dinner : 4.00 pm - 07.00 pm
Supper : 02.00 am - 04.00 am
Breakfast : 07.00 am - 10.00 am

Jika kehadiran kamu tidak tepat pada masanya, makanan sisa akan terus di buang dan cafe ini akan terus dikemaskan dan dibuka pada jam sebelumnya. So bila ada rakan kamu belum sampai di galakan bungkus makanan untuk mereka. Makan la banyak mana pun, makanan takkan habis kerana pihak cafe akan sentiasa topup sehingga masa makan tamat.

Makanan yang di sediakan di sini merupakan makanan yang berkhasiat dan bertenaga untuk para pendaki. Berbagai jenis makanan turut di sajikan. Makanan kat sini memang sedap nama pun Hotel bertaraf 4 bintang. Rindu nak makan sini. Kambing, ayam, daging dan macam-macam lagi ada. Yang pastinya bersih dan halal.

Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah
Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah

Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah
Pencuci mulut yang pelbagai. Buah-buahan tempatan yang segar. Kuih muih tradisional Sabah juga turut di sajikan di sini.

Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah
Bahagian minuman panas. Part ini paling di gemari. Sejuk-sejuk menikmati necafe atau tea panas. Memang menyegarkan.

Package makan dan tidur di laban rata ini adalah sekali package untuk pendakian Gunung kinabalu. So bayar sekali sahaja lepas tu tak perlu risau.

Gunung Kinabalu bukan sahaja di gemari oleh para pendaki dalam negara tetapi turut di gemari oleh pendaki-pendaki dari luar negara. Merupakan Gunung tertinggi di Malaysia dan Asia. Salah satu daya Tarikan Negeri Sabah. Sudut Pameran Turut disediakan di Laban Rata.

Laban Rata Gunung Kinabalu Sabah
Jika inginkan suasana yang menarik kamu boleh menikmati makan di luar cafe laban rata ini. View dia memang cantik. Picture hasil perkongsian kawan unni kat group wasap. Nampak tak awan tu. Yeah laban Rata ni terletak di atas awan.



Selain daripada Resthouse Laban Rata terdapat juga resthouse lain di atas Gunung Kinabalu ini seperti Gunting Lagadan Hut, Panar Laban Hut, Waras Hut dan Pendant Hut. Semua bergantung kepada proses pengurusan kamu di Kinabalu Park.Bagi para pendaki tempat memang tidak asing lagi bagi mereka.

Nak rasa sendiri suasana Laban Rata?? kena la mendaki gunung kinabalu!! hihihihi

Sekian.

2 comments:

  1. wah unni...kak mv belum lagi smpi sana

    ReplyDelete
  2. Sudah rasa suasana di Laban Rata. Tapi salah timing bah masa naik tu. Time hujan, memang air sejuk gila. Mau berus gigi/ buang air kecil pun bfikir 3-4 kali ��

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^