16 June 2017

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese | Hidangan yang santai untuk minum petang dan sarapan pagi. Sesuai juga di hidangkan semasa berbuka puasa. Unni ni memang hantu cheese so apa jak makanan berasakan cheese memang licin jadinya.

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese ni mudah jak, hanya mengunakan 6 bahan utama siaplah macam ni, Cheese dia memang meleleh, first dapat resepi ni petang tu juga unni buat, resepi ni unni dapat dari Facebook tahun lalu rasanya. 
Resepi Roti Gulung Sosej Cheese
Roti Gulung Sosej Cheese 

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese

Bahan-bahan

1. Sosej
2. Roti Gardenia
3. Cheese keping
4. Telur
5. Serbuk roti
6. Minyak

Cara membuatnya

1. Sosej di rebus terlebih dahulu sehingga masak, tos kan dan sejuk.
2. Roti gardenia di golek menggunakan penyelek ( guna apa-apa pun boleh ) biar roti tu mampat dan tak serap minyak sangat time goreng.
3. Letak 1 keping cheese di atas roti kemudian letakkan satu sosej yang telah direbus tadi.
4. Gulung cheese, sosej dan roti bersama-sama..
5. Celupakan gulung tadi di bersama telur ( telur pukul sampai kembang dulu )
6. Golekkan gulungan roti yang telah di celup telur tadi diatas serbuk roti.
7. Panaskan kuali dan goreng.
8. Pastikan api tidak terlalu kuat agar sebuk roti tidak hangus.
9. potong roti ikut suka dan lihat la cheese meleleh
10. Siap untuk di hidangkan.

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese
Edit by Google Picture

Kamu follow je step pic kat atas ni.. Tak sempat nak snap cara-cara nak buat so pinjam gambar google jak yer..

Info penting

1. Roti pastikan gardenia nak guna roti cheese garden pun boleh. Pastikan tak guna roti yang biasa-biasa sebab kualiti tak sama, Unni penah cuba guna roti biasa selain gardenia dan cheese garden time goreng tu roti hancur. Maka hatiku pun turut hancur.. cia cia cia
2. Pengunaan cheese pun sama juga. Unni selalu guna jenama chesdale penah guna cheese keping lain jadi sama jgk tapi cheese tak meleleh macam jenama Chesdale
3. Serbuk roti boleh di ganti dengan biskut cracker ( 4 segi ) yang dihancurkan.

Selamat Mencuba

9 comments:

  1. Mau ditry ni nanti lepas bulan puasa ��

    ReplyDelete
  2. Sedap ni. Akak bookmark dulu. Nanti nak cuba =D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, nanti nak try buat la..

    ReplyDelete
  4. yang ini memng terbaik..
    buat sendiri memang lagi umph..
    paling sedap buat minum petang makan panas-panas masa cheese tengah cair lagi..
    terliur pulak..

    ReplyDelete
  5. Mudah dan sedap. Kanak2 confirm suka makan roti gulung hotdog cheese ni

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak buat resepi ni.. Dok google nak cari balik resepi ni tejumpa blogspot unni. Terbaik la... Nak buat ni😊. Favourite ku dan anak2😋

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^