Showing posts with label Resepi Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih-Muih. Show all posts

16 June 2017

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese | Hidangan yang santai untuk minum petang dan sarapan pagi. Sesuai juga di hidangkan semasa berbuka puasa. Unni ni memang hantu cheese so apa jak makanan berasakan cheese memang licin jadinya.

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese ni mudah jak, hanya mengunakan 6 bahan utama siaplah macam ni, Cheese dia memang meleleh, first dapat resepi ni petang tu juga unni buat, resepi ni unni dapat dari Facebook tahun lalu rasanya. 
Resepi Roti Gulung Sosej Cheese
Roti Gulung Sosej Cheese 

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese

Bahan-bahan

1. Sosej
2. Roti Gardenia
3. Cheese keping
4. Telur
5. Serbuk roti
6. Minyak

Cara membuatnya

1. Sosej di rebus terlebih dahulu sehingga masak, tos kan dan sejuk.
2. Roti gardenia di golek menggunakan penyelek ( guna apa-apa pun boleh ) biar roti tu mampat dan tak serap minyak sangat time goreng.
3. Letak 1 keping cheese di atas roti kemudian letakkan satu sosej yang telah direbus tadi.
4. Gulung cheese, sosej dan roti bersama-sama..
5. Celupakan gulung tadi di bersama telur ( telur pukul sampai kembang dulu )
6. Golekkan gulungan roti yang telah di celup telur tadi diatas serbuk roti.
7. Panaskan kuali dan goreng.
8. Pastikan api tidak terlalu kuat agar sebuk roti tidak hangus.
9. potong roti ikut suka dan lihat la cheese meleleh
10. Siap untuk di hidangkan.

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese
Edit by Google Picture

Kamu follow je step pic kat atas ni.. Tak sempat nak snap cara-cara nak buat so pinjam gambar google jak yer..

Info penting

1. Roti pastikan gardenia nak guna roti cheese garden pun boleh. Pastikan tak guna roti yang biasa-biasa sebab kualiti tak sama, Unni penah cuba guna roti biasa selain gardenia dan cheese garden time goreng tu roti hancur. Maka hatiku pun turut hancur.. cia cia cia
2. Pengunaan cheese pun sama juga. Unni selalu guna jenama chesdale penah guna cheese keping lain jadi sama jgk tapi cheese tak meleleh macam jenama Chesdale
3. Serbuk roti boleh di ganti dengan biskut cracker ( 4 segi ) yang dihancurkan.

Selamat Mencuba

05 June 2017

Resepi Sanggar Pappek Makanan Tradisi Orang Bugis

Resepi Sanggar Pappek Makanan Tradisi Orang Bugis | Sanggar Pappek atau dalam Bahasa melayunya pisang penyet. Sanggar pappek merupakan makanan tradisi orang bugis yang mana sanggar membawa maksud pisang dan pappek membawa maksud penyet. Menu ini merupakan salah satu makanan yang popular di kalangan orang bugis di Sabah. Makan sekali pasti nak lagi.

Cara pembuatannya agak mudah dan ringkas. Namun sanggar pappek ini wajib di makan bersama sambal belacan untuk melengkapkan kesedapannya. Makan tanpa sambal mesti tak lengkap. Lagi pedas lagi sedap.

Resepi Sanggar Pappek Makanan Tradisi Orang Bugis
Sanggar Papppek

Resepi Sanggar Pappek

Bahan-bahan Sanggar Pappek

1. Pisang Mentah
2. Minyak masak

Cara membuat Sanggar Pappek

1. Pisang di buang kulitnya.
2. Kemudian goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
3. Pisang yang telah di goreng di pappek ( penyet ) guna lesung batu.
4. Goreng semula pisang yang telah di pappek sehingga ranggup ( bergantung dari selera kamu nak gariang atau tak )
5. Siap untuk di hidangkan.

Sambal Sanggar Pappek

Bahan-bahan Sambal Sanggar Pappek

1. Bawang merah 2 ulas - digoreng dan tumbuk
2. Bawang Putih 3 ulas - digoreng dan tumbuk
3. Tomato - di goreng dan tumbuk
5. Belacan
5. Cili Api
6. Garam
7. Limau

Cara membuat Sambal Sanggar Pappek

1. Bawang puith, bawang merah dan tomato digoreng sehingga kekuningan.
2. Cili api di tumbuk dan masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi.
3. Sebatikan tumbukan semua bahan-bahan dan masukkan belacan.
4. Masukkan garam secukupnya dan Limau
5. Siap untuk dihidangkan.

Nota Tambahan

*Resepi sambal boleh di gubal mengikut cita rasa kamu masing-masing.
*Pastikan pisang tersebut mentah ( pisang muda ), kalau pisang da masak tak sesuai di gunakan.
*Sanggar pappek ni sedap dimakan time panas-panas da sejuk rasa tak berapa nak sedap.
*Bagi mengelakkan tangan bergetah semasa mengupas pisang, pisang di rendam dalam air yang bercampur sedikit garam

Mudahkan. Kalau unni suka makan garing-garing dan penyet sampai nipis so bila goreng da rasa macam kerepok pun ada. So sedap..

Selamat mencuba