Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts

15 June 2017

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatur Qadar | Lailatur Qadar atau malam Al-Qadar adalah satu malam yang hanya berlaku pada bulan ramadhan di mana pada malam tersebut ayat Al-Quran telah diturunkan.

Malam Lailatul Qadar


Apa itu Malam Lailatur Qadar

Malam Lailatur Qadar merupakan satu malam di bulan ramadhan pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadanyang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya, namun dikhususkan 10 malam terakhir terutama pada salah satu malam ganjil ( malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29 ). Waktunya dikira apabila masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar.

Merupakan malam yang penuh berkat dan  lebih baik dari seribu bulan juga telah di jelaskan dalam Surah Al-Qadr Ayat 97

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
A003
Malam Lailatul QadarMalam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Allahuakbar.

Berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat isyak berjemaah dan solat tarawih kerana orang yang solat isyak berjamaah dan solat tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatur Qadar.

Satu Kaedah Mengetahui Malam Lailatur Qadar

Kata Imam Ghazali

Merujuk kepada awal ramadhan jika awal Ramadhan jatuh pada hari

Ahad dan Rabu : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-29 Ramadhan
Isnin : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-21 Ramadhan
Jumaat dan selasa : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-27 Ramadhan
Khamis : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-25 Ramadhan
Sabtu : Malam Lailaitur Qadar pada malam ke-23 Ramadhan

Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

Sejarah Ringkas Malam Lailatul Qadar 

Apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah SWT telah menurunkan Surah al-Qadr yang menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Tanda-tanda Malam Lailatur Qadar

1. Matahari akan terbit pada pagi dengan keadaan jernih, teduh seolah-olah tanpa sinar. Dari Abi bin Ka'ab, Rasulullah SAW bersabda :'' Subuh hari malam Lailatur Qadar itu matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip dengan bejana hingga matahari itu naik''. [ HR Muslim ]

2. Udara dan angin sekitar terasa tenang. Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda : “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan

3. Manusia akan merasakan satu ketenangan dan keseronokan beribadah yang diturunkan oleh Malaikat, yang berbeza dengan hari-hari lain.

4. Sesetengah individu akan mendapat mimpi sebagaimana sebahagian sahabat dulu.

5. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Taala.


Malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haid atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).

Allahukabar malam yang penuh keberkatan dan ganjaran. Moga kita bersama-sama mengejar ganjaran di 10 malam terakhir ramadhan dan moga kita menjadi orang-orang yang terpilih.

Wallahualam

Moga bermanfaat

12 June 2017

Apa itu Nuzul Quran?

Apa itu Nuzul Quran ? |  Nuzul Quran merupakan Peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW dan berterusan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun sehingga menjadi lengkap kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. peristiwa ini berlaku pada Malam jumaat bersamaan malam 17 Ramadhan ( 6 ogos 610M ) ketika Rasulullah SAW berusia 41 tahun, peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah sedang beribadat di Gua Hira.


Apa itu Nuzul Quran?

Nuzul membawa maksud turun  atau berpindah, di mana berpindah dari atas ke bawah.Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Firman Allah dalam Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5



ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)”

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna kepada seluruh umat islam. Quran di turun oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk di sampaikan kepada seluruh manusia namun masih ada yang menolaknya.

Al-Quran adalah HUDA ( petunjuk ) dan FURQAN ( pembeza ). Huda membawa makna Al-Quranlah yang seharusanya menjadi panduan dan memimpin kehidupan manusia kerana Al-Quran itu jelas, mana yang benar dan tidak, mana yang wajib dan sebaliknya. Furqan pula membawa makna piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, ‘al-haq’ (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Quran dan ‘al-bathil’ (kepalsuan) adalah apa saja yang dinyatakan sesuatu yang tidak benar oleh Al-Quran.

Peristiwa ini bukan hanya sekadar memperingati turunnya Al-Quran tapi adalah untuk kita semua tahu dan menghayati isi Al-Quran itu sendiri. Moga kita menjadikan Quran itu sebagai Huda dalam hidup kita sendiri.

Wallahualam.

Moga bermanfaat.
2062


30 May 2017

Kisah disebalik Ramadhan

Kisah disebalik Ramadhan | Kisah ini mengisahkan tentang kisah-kisah yang berlaku di bulan Ramadhan. Terdapat banyak kisah di sebalik Ramadhan yang perlu kita hayati. Dengan peristiwa-peristiwa seperti inilah insyaAllah kita akan lebih berjaya menghayati Bulan Ramadhan.

Kisah disebalik Ramadhan


Kisah Di sebalik Ramadhan 1

Hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah

Terjadinya perang pertama di dalam Islam iaitu Perang Badar. Perang ini ialah perang yang berjaya memisahkan antara yang benar dan yang bathil (tidak benar). Semasa perang ini jugalah terbunuhnya firaun ummah iaitu Abu Jahal, musuh utama Islam.

Hal ini telah diceritakan oleh Dr Said Ramadhan al Boutie dalam kitabnya Feqh al Sirah al Nabawiyyah pada halaman 158. Al Mubarakfourie juga ada menyatakannya di dalam al Rahiq al Makhtum pada halaman 249. Dr Wahbah al Zuhailie menyokong pendapat ini dan menyatakannya di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh pada halaman 575.

Kisah Di sebalik Ramadhan 2

Hari Selasa, 17 Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah.

Tarikh ini merupakan hari Fathu Makkah iaitu Hari Pembukaan Kota Mekah. Pembukaan kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini dianggap satu kejayaan kepada Islam. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan Islam. Seperti di dalam Surah Al Fath, ayat 1;

Sungguh, kami telah memberikan kepada kamu kemenangan yang nyata

Rasulullah SAW dan umat Islam berpuasa ketika bertolak dari Madinah dan sampai di Kadid, di antara I’sfan dan Amaj, baginda berbuka puasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdul Salam Harun di dalam kitab Tahzib Sirah Ibn Hisyam, pada halaman 198.


Kisah Di sebalik Ramadhan 3

Ramadhan, tahun ke-9 Hijrah.

Berlakunya peristiwa Perang Tabuk. Terdapat beberapa peperangan Tabuk pada bulan ramadhan tahun 9 hijrah. Rasulullah SAW keluar ke Tabuk pada bulan Rejab dan kembali ketika bulan Ramadhan. Peperangan ini memakan masa selama 50 hari. Secara tepatnya, peperangan di Tabuk memakan masa selama 20 hari sahaja. Manakala bakinya berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Peperangan Tabuk ialah peperangan yang terakhir yang diikuti oleh Rasulullah SAW. Peristiwa ini telah diberitahu kepada kita melalui kitab al rahiq al Makhtum, karangan al Mubarakfourie, pada halaman 517.

Kisah Di sebalik Ramadhan 4

21 Ramadhan tahun 610M

Hari Al- Quran diturunkan buat kita sebagai petunjuk dan peringatan. Peristiwa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’ berlaku pada waktu malam. Rasulullah SAW ketika itu berusia tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari. Berlaku perselisihan dalam kalangan ulamak, peristiwa kenabian itu berlaku di bulan Ramadhan. Ada juga berpendapat ianya berlaku pada bulan rabi’ul awal. Ada juga yang mengatakan dalam bulan Rejab.Namun kesepakatan di nyatakan pada bulan Ramadhan. Seperti mana firman Allah SWT di dalam surah al Baqarah, ayat 185;

Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran

Allah juga berfirman di dalam Surah al Qadr, ayat 1

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar

Dan seperti mana yang kita ketahui, malam lailatul qadar itu jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Ia dikuatkan lagi dengan firman Allah di dalam surah al Dukhan, ayat 3:

Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati. Sungguh, kamilah yang memberi peringatan

Rasulullah SAW berada di gua Hira pada bulan Ramadhan, justeru peristiwa penurunan al Quran itu berlaku pada bulan Ramadhan juga seperti yang kita ketahui. Namun, pendapat 17 Ramadhan adalah tarikh awal penurunan wahyu adalah pendapat jumhur ulamak.

Kisah Di sebalik Ramadhan 5

Bulan Ramadhan

Peristiwa penghantaran batalion perang selepas Fathu Mekah yang bertujuan memusnahkan musuh. Kesemuanya itu berlaku dalam bulan Ramadhan. Penghantaran tersebut adalah seperti berikut :

i. Rasulullah SAW mengutuskan Khalid bin Al Walid ke a’za. Penghantaran tersebut berlaku 5 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan dalam tahun 8 Hijrah.
ii. Di utus Amru bin al A’s ke Suwa’. Lebih kurang 3 km dari Mekah.
iii. Di utus Saad bin Zaid al ashhilie ke minat bersama 20 tentera berkuda.

Kisah Di sebalik Ramadhan 6

Ramadhan tahun 9 Hijrah.

Peristiwa ini dikenali sebagai peristiwa Pengislaman Rombongan Tsaqif. Selepas kepulangan Rasulullah SAW  ke Madinah dari Tabuk dalam bulan Ramadhan, baginda telah didatangi rombongan Tsaqif daripada Thoif yang ingin menganut Islam. Hal ini telah dinyatakan dalam Sirah Ibn Hisyam pada jilid 4, halaman 141-144.

Kisah Di sebalik Ramadhan 7


Hari Jumaat, 25 Ramadhan, tahun ke-479 Hijrah.

Pada subuh hari tersebut, telah berlaku Perang Al Zilaqah ( laut yang terletak berdekatan dengan Portugal sekarang ini). Peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Portugis yang memiliki kekutan sebanyak 1000 tentera di bawah pimpinan Alfonso ke 6, raja Qisyhtallah. Peristiwa ini disebut di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh, karangan Dr Wahbah al Zuhailie, jilid 2 halaman 572.

Di dalam kitab Tarikh al Islam, karangan asan Ibrahim Hasan, jilid 4 halaman 118 menyatakan, seandainya Yusuf bin Tashfin yang menerima seruan jihad tersebut dan mengetuai tentera muslimin dalam peperangan Al zilaqah dan menang dalam peperangan tersebut, nescaya eropah kini sudah menganut Islam. Lihat sahaja kesan tersebut, beberapa universiti di Moscow, Berlin, London dan Paris telah menyediakan ruang untuk menyelidik al Quran.

Kisah Di sebalik Ramadhan 8

Hari Jumaat, 15 Ramadhan, tahun ke-658 Hijrah.

Peperangan Ain Jalut ini berlaku di Ain Jalut ( perkampungan diantara bisan dan Nablus di Palestin ). Dalam peperangan tersebut, tentera Monggol telah kalah dengan tentera kerajaan Mamalik. Kekalahan tersebut adalah titik penting berhentinya penguasaan tentera Monggol terhadap asia barat. Malah peristiwa tersebut telah membawa kepada kemerdekaan Mesir dan penggabungan antara Mesir dan Syam. Peristiwa ini telah digarap dengan teliti di dalam kitab al Alam al Islami fil asr al Mughulie, pada halaman 48.

Kisah Di sebalik Ramadhan 9

28 Ramadhan, tahun ke-92 Hijrah.

Peristiwa pembukaan Andalus ini diketuai oleh Thoriq bin Ziyad selepas kekalahan tentera pimpinan Roderick dalam peperangan yang cukup getir iaitu peperangan al Buhairah. Peperangan tersebut berlaku selepas tentera muslimin menawan Jabal thoriq atau Jabraltar. Kemudian, berlakulah penawanan Cordova ( Qurtubah ),Granada ( gharnatah ) dan Thulaitolah di Andalus. Sejarah ini boleh dirujuk melalui kitab al Tarikh al Siyasie Liddaulah al Arabiah, karangan Dr Abdul Mun’im Majid, jilid 2 halaman 204.

Moga kisah-kisah ini kita terus hayati dan jadikan pengajaran. Siapa tahun mungkin merupakan Ramadhan terakhir kita. Mari la kita berlumba-lumba dalam mengejar amal kebaikkan. Kisah ini Unni simpan sejak setahun yang lalu ( Penulis asal tidak dapat di kesan ).

Sabda Rasulullah SAW : 

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.” 

[ HR Bukhari dan Muslim ]

Wallahualaum

Moga bermanfaat 


29 May 2017

Perkara Sunat Di Bulan Ramadhan

Perkata Sunat Di Bulan Ramadhan | Amalan di bulan Ramadhan akan mendapat pahala yang berganda-ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Terdapat banyak perkara sunnat di bulan Ramadhan ini yang boleh kita amalkan.

Dalam menyempurnakan ibadah puasa yang wajib marilah kita menambahnya dengan amalan-amalan sunnah. In shaa Allah moga amalan kita sentiasa di redhai oleh Allah SWT. Tambahan pula bulan Ramadhan ini hanya datang sekali dalam setahun.

Antara Perkata Sunat Di Bulan Ramadhan

1. Segerakan berbuka puasa setelah yakin masuk waktu ( Magrib )

Di galakan menyegerakan waktu berbuka puasa setelah di yakini matahari telah terbenam. Namun jika was-was di wajibkan melambatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sabda Rasulullah SAW
Manusia itu akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan waktu berbuka puasa

[ HR Bukhairi dan Muslim ]
2. Berbuka dengan buah Kurma

Apabila di bulan Ramadhan, Rasulullah SAW akan berbuka dengar kurma basah, jika tiada kurma basah baginda akan berbuka dengan kurma kering ( tamar ) namun jika tiada kurma kering, Baginda akan berbuka dengan beberapa teguk air [ HR Abu Daud ]

Apabila kamu ingin berbuka, berbuka dengan kurma kering dan jika kamu tidak mendapatinya maka berbuka lah dengan air. [ HR Abu Daud ]

3.  Bersahur

Sabda Rasulullah SAW
“ Makanlah sahur, sesungguhnya pada waktu sahur itu terdapat keberkatan
[ HR Bukhairi dan Muslim ]

 Bersahurlah walaupu hanya seteguk air
[ HR Ibn Habban ]
4. Melewatkan waktu sahur

Digalakan melambatkan waktu sahur tetapi tidak telalu lewat dan di sunat kan waktu imsak ( waktu berjaga-jaga ) menahan diri daripada memakan sesuatu sekitar tempoh bacaan 50 ayat ( lebih kuran 15 minit ) sebelum waktu fajar.

Sabda Rasulullah SAW
“ Umat ku terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan waktu berbuka puasa dan melewatkan sahur

[ HR Ahmad ]
5. Bedoa/Zikir ketika berbuka puasa

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ. ذَهَبَ الظَمَأُ، وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الْأجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِيْ فَأَفْطَرْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَلِيْ

Kemudian, berdoa dengan apa sahaja yang dimahukan.


Ertinya : 

“Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka. Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau ampunkanlah aku”.

[ Doa ini diriwayatkan awalnya oleh Abu Daud dan akhirnya oleh Ibnus Sunni ]

6. Perbanyakkan sedekah

Memperbanyakkan amalan-amalan yang baik, seperti bersedekah. Rasulullah di tanya sedekah manakah yang paling afdal??

Lalu Rasululla SAW bersabda
“ Sedekah pada Bulan Ramadhan
[ HR Al-Tirmizi ]

 Rasulullah SAW adalah seorang yang pemurah dan lagi pemurah ketika bulan Ramadhan
[ HR Bukhari ]
7. Solat Tarawih 

Lakukan solat tarawih secara berterusan sama ada di rumah atau di masjid sehingga akhir Ramadhan. Baca SINI untuk tahu Solat Tarawih Zaman Rasulullah SAW dan Cara Solat Tarawih Di rumah baca kat SINI.

Sabda Rasulullah SAW
“ Barangsiapa yang berqiam (mendirikan Solat Tarawih) di Bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan menghitung ganjaran, nescaya diampunkan baginya dosanya yang telah lalu

[ HR Bukhairi dan Muslim ]
8. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa

Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa mempunyai ganjaran pahala yang sangat besar.

Sabda Rasulullah SAW
“ Barangsiapa yang menjamu orang berbuka puasa, nescaya dia beroleh sama pahala seperti orang yang dijamu itu, tanpa berkurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu

[ HR Al-Tirmidzi ]
9. Membaca Al-Quran

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran sambil bertadabbur (menghayati) maknanya. Ramadhan merupakan bulan Al-Quran kerana ayat-ayat pertama Al-Quran di turunkan pada bulan Ramadhan.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :
“ Ramadhan adalah ( bulan) diturunkannya Al Qur'an , sebagai panduan untuk umat manusia , juga tanda yang jelas untuk bimbingan dan penilaian ( Antara benar dan salah ) . Selanjutnya ,jika salah seorang dari kamu mencapai bulan itu,maka ia harus berpuasa
10. Beri'tikaf di masjid atau Surau

Di sunatkan beri'tikaf di Masjid atau Surau pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 187
“ Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam masjid
Dari Abu Hurairah RA berkata
“ Rasulullah SAW biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari

[ HR Bukhari ]
Dari Aisyah RA berkata:
“ Rasulullah SAW beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda menyuruh isteri-isteri baginda pun beri’tikaf 

[ HR Bukhari dan Muslim ]
Mari lah kita mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk berbanyak ibadah kerana pahala yang diperolehi lebih banyak dari bulan-bulan islam yang lain..

Wallaualam

Moga bermanfaat


28 May 2017

Cara Solat Tarawih Di Rumah

Cara Solat Tarawih Di Rumah | Islam itu sangat mudah, solat tarawih bukanlah hanya perlu di lakukan di Surau atau masjid sahaja tetaapi boleh di lakukan sendirian di rumah seperti yang Rasulullah SAW pernah lakukan baca kat SINI. Dengan itu Unni akan kongsikan cara solat tarawih.

Seperti yang kita ketahui pengertian solat Tarawih yang mana solat dalam keadaan senang, hati yang lapang dan tidak tergesa-gesa. Tambahan pula wanita lebih di galakan untuk solat di rumahnya sahaja sama ada solat wajib atau sunat. Solat ini juga boleh di lakukan sepanjang malam selepas isyak dan sebelum subuh.


Islam sangat memudahkan umatnya, jadi tiada alasan dalam tidak menunaikan solat Sunat Tarawih ini. Ada anak kecil, masjid jauh, tak sempat la, ini semua bukanlah alasan untuk tidak melaksanakan. Tiada perkara yang susah melainkan diri kita sendiri.

Siapa yang boleh Solat Tarawih Di Rumah

Tiada golongan yang di khas untuk solat Tarawih dirumah, sesiapaa pun boleh terutama kaum wanita yang lebih baik solat di rumah sahaja. Namun kaum lelaki boleh juga solat tarawih dirumah tetapi lebih di galakkan solat berjemaah di masjid atau surau.


Cara Solat Tarawih Di Rumah

Pastikan ketika ingin solat tarawih di rumah keadaan adalah tenang, lapang , selesa dan tidak tergesa-gesa. Bagi yang mempunyai anak boleh la menidurkan anak terlebih dahulu bagi yang mempunyai kerja bolehlah menyiapkan kerja terlebih dahulu kerana waktu tarawih adalah panjang selepas solat isyak sehingga lewat malam.Apa yang penting ia dilakuka ssetelah kamu melaksankan solat fardu isyak.

1. Niat ( Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Taala )
2. Tiada had bilangan rakaat. Buat la mana yang mampu. Paling ringkas dilakukan 11 rakaat dengan 3 witir, di mana setiap 2 rakaat 1 salam dan witir 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
3. Cara adalah sama seperti menunaikan solat fardu subuh namun tak ada doa Qunut, di mana bacaan surah Al-Fatihah adalah wajib dan surah seterusnya adalah wajib ( baca mana yang kamu tahu )
4. Selepas solat, bacaan di luar daripada solat seperti selawat, zikir dan bedoa tidak termasuk dalam amalan solat tarawih. Namun setiap 4 rakaat yang telah di lakukan di galakan berdoa dan di galakan berhenti berrehat seketika ( zikir, selawat ) setiap kali salam.

Witir Solat Tarawih di Rumah

Solat witir adalah penutup solat-solat sunat. Solat witir merupakan solat sunat yang di tuntut ( Sunat Muakkad ). Solat Witir di lakukan Maximum 11 rakkat 6 salam namu sebaiknya di lakukan 3 rakaat 1 salam. Namun jika berniat ingin melakukan solat sunat Qiyamullai solat witir boleh di tangguhkan selepas solat Qiyamullai di laksanakan.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
 
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [x3 ]

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai''.

Mudahkan. Boleh lah kaum-kaum hawa mula melakukan solat sunat tarawih ini di rumah sahaja tanpa perlu ke masjid. Namun hal demikian bukanlah melarang kamu untuk pergi kemasjid solat berjemaah. Solat tarawih di rumah adalah lebih mudah dan selesa, kemungkinan juga kamu lebih khusyuk kerana hanya kamu dan Allah ketika itu tanpa sebarang gangguan.

Wallahualam.

Moga bermanfaat.





27 May 2017

Solat Sunat Tarawih Zaman Rasulullah SAW

Assalamualaikum, bila di tanya tentang Bulan Ramadhan, pasti mempunyai seribu satu nikmat. Salah satunya adalah Solat Sunat Tarawih. Namun tahukah kita akan Solat Sunat Tarawih Zaman Rasulullah SAW ? Sebelum itu mari kita ketahui dahulu tentang Solat Sunat Tarawih

Solat Sunat Tarawih Zaman Rasulullah SAW

Rasulullah bersabda

Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.


 Apa itu Solat Sunat Tarawih?

Tarawih membawa maksud rehat-rehat manakala solat tarawih membawa maksud solat secara rehat-rehat. Di mana dalam melaksanankan solat Tarawih di sunnat berehat seketika ( duduk ) selepas memberi salam. Di galakan perbanyakkan berzikir selepas rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, senang dan tidak tergesa-gesa.

Di lakukan 2 rakaat 1 salam. Tiada had rakaat dan di tutupi dengan solat witir 3 rakaat. Ibadah ini di lakukan selepas solat Fardu Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Solat Sunat Tarawih di Zaman Rasulullah SAW.

Pada Zaman Rasulullah SAW solat sunat Tarawih dikenali sebagai Qiam Ramadhan yang mana di lakukan oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat di Masjid Nabawi. Menurut Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW hanya menunaikan solat Tarawih di masjid hanya beberapa malam sahaja ( selebinya di lakukan di rumah ) hadis riyaway Bukhari dan Muslim.

Bila di tanya para sahabat kenapa Rasulullah SAW kenapa tidak datang ke Masjid untuk berjemaah bersama para sahabat lalu baginda bersabda “Sesungguh aku melihat sambutan kamu, aku tidak hadir kerana takut solat itu diwajibkan keatas kamu’’.

Solat Sunat Tarawih pada zaman Rasulullah lebih banyak di lakukan secara solat sendirian berbanding berjemaah. Pada zaman Rasulullah SAW juga, Baginda solat 8 rakaat dan witir


Kenapa Qiam Ramadhan di tukar kepada Solat Sunat Tarawih ??

Pada zaman pemeritahan Kahlifah Umar Al-Khattab, beliau telah menukar Qiam Ramadhan di tukar kepada Solat Sunat Tarawih. Bukan setakad nama, waktu solat, rakaat juga turut di tukar oleh beliau. Yang mana pada asalnya Rasulullah SAW melakukan 8 rakaat dengan 3 witir, beliau menukarnya kepada 20 rakaat dan 3 witir. Pada zaman Rasulullah di lakukan pada waktu tengah malam, zaman Umar dilakukan selepas solat fardu isyak.

Hal ini demikian kerana pada zaman pemerintahan Umar semakin ramai umat islam melakukan solat sunnat Tarawih ini. Pada zaman pemerintahan Umar juga, beliau melihat ketidakseragaman dalam melakukan solat tarawih. Dimana beliau melihat umat islam solat secara berkelompak, lalu beliau telah pun mengubahnya dn menyuruh mereka solat secara jemaah yng diimankan oleh seorang iman yang mepunyai bacaan yang paling baik. Hal demikian agar dapat menyatukan umat islam supaya solat jemaah tarawih lebih bersatu.

Begitu juga dengan bilangan rakaat yang diubah disebabkan pada zaman pemerintahan Umar, umat islam kini lebih berilmu mana yang mana tahu bezakan mana wajib dan sunat.

Solat sunat tarawih ini juga telah di nyatankan oleh Umar bahawa ‘’ini termasuk dalam Bid’ah yang baik, tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu’’.

Ayat tersebut membawa maksud bahawa solat di akhir waktu ( tidur dahulu seketika seperti yang dilakukan oelh Rasulullah SAW ) mendapat pahala yang lebih besar dari solat tarawih berjemaah di awal malam.

Bid’ah pula membawa maksud solat tarawih ini sama sahaja solat yang pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW walaupun di ubah sedikit hanya untuk kebaikkan agar dalam menghimpunkan orang ramai untuk berjemaah.

Wallahualam.

Moga bermanfaat
kayu manis semanis hidupku

Keistimewaan Bulan Ramadhan


Assalamualaikum, Marhaban Ya Ramadhan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan bulan Ramadhan Al-Mubarak merupakan bulan yang paling dinantikan oleh seluruh umat islam di dunia. Pelbagai keistimewaan  Bulan Ramadhan yang bakal dinikmati dan kedatangannya adalah amat di senangai manakala pemergiaan bulan Ramadhan adalah satu kesedihan bagi umat islam.

Ramadhan, bulan ke-9 dalam kalender Islam , adalah bulan yang paling penting dan suci bagi umat Islam. Para fuqoha mengatakan bahwa bulan Ramadhan adalah sebuah bulan yang berlimpah pahala dan mulia, di mana ramai umat islam yang menghargai dan menghabiskan waktu dengan ibadah , memperoleh pahala sebanyak pahala ibadah seperti 80 tahun .

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalender islam dimana pada bulan ini Ayat pertama Al-Quran telah diturunkan. Allah SWT memerintahkan seluruh umat islam untuk menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan ini.

Apa itu Bulan Ramadhan??

Ramadhan membawa maksud ''Penghulu Bulan'' kerana turun ayat-ayatr pertama dalam Al-Quran

Ramadhan membawa maksud '' Membakar '' dalam bahasa arab yang berasal dari kata ''Ramda'' yang membawa maksud panas yang terus menjadi panas atau tanag yang menjadi semakin panas. Maka Ramadhan di ertikan '' Membakar'' kerana ia membakar dosa- dosa.

Ramadhan membawa maksud ''Hujan'' dalam bahasa arab yang beasal dari kata dasar ''Ramadiyu" iaitu pada akhir musim panas , pada awal musim gugur dan membersihkan bumi dari debu . Seperti hujan  yang mencuci permukaan bumi , bulan Ramadhan mensucikan orang beriman dari dosa dan membersihkan hati mereka.

Ramadhan merupakan bulan puasa, di mana Umat Islam di Wajib berpuasa di siang hari dari terbit fajar ( subuh) sehingga tenggelam fajar ( magrib ) selama sebulan.

Keistimewaan Bulan Ramadhan

1. Turunnya ayat-ayat pertama dalam Al-Quran

Ayat-ayat pertama Al-Qur'an diturunkan pada bulan ini . Allah SWT ingin Muslim untuk menunaikan puasa pada bulan ini dan seperti yang dinyatakan dalam hadits ,Allah SWT memberikan lebih banyak pahala untuk ibadah dan rahmat di bulan ini .

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :
“ Ramadhan adalah ( bulan) diturunkannya Al Qur'an , sebagai panduan untuk umat manusia , juga tanda yang jelas untuk bimbingan dan penilaian ( Antara benar dan salah ) . Selanjutnya ,jika salah seorang dari kamu mencapai bulan itu,maka ia harus berpuasa
2.  Bulan  ibadah, amal kebaikan  dan diampunkan Dosa

Rasulullah apabila memasuki 10 malam terakhir Ramadhan, Baginda akan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan dan membangunkan kelurganya. Pada bulan Ramadhan juga Baginda merupakan orang yang paling murah hati dan lagi murah hati pada Ramadhan akan datang
“ Barangsiapa yang berdiri solat pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala maka akan diampuni dosa – dosanya yang telah lalu
HR Bukhairi dan Muslim
3.  Gandaan Pahala

Bila datang bulan Ramadhan, maka segala ibadah, amal kebaikkan akan di gandaakan segala pahala.

Sabda Rasulullah SAW
“ Pahala Umrah di bulan Ramadhan menyamai Pahala ibadah haji HR Bukhairi dan Muslim manakalah dalam [ HR muslim dinyatakan ] ...Ibadah haji bersamaku
4.  Pintu langit dibuka dan pintu Negara ditutup

Maka terbuka la pintu-pintu langkit dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya yang hanya ada di bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila telah datang bulan Ramadhan, pintu – pintu langit dibuka, sedangkan pintu – pintu neraka akan ditutup, dan setan dibelenggu
[ HR Bukhari dan Muslim ]
5.  Lailatur Qadar

Lailatur Qadar merupakan malam kemulian adalah satu malam dalam 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Di mana pada malam itu lebih baik dari seribu bulan.

Rasulullah SAW bersabda
“ Sesungguhnya bulan (Ramadhan) telah datang kepada kalian, di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, barang siapa yang tidak mendapatinya maka ia telah kehilangan banyak sekali kebaikan
[ HR Ibnu Majah ]
 
5.  Sharul Al-Quran

Sahrul Al-Quran membawa maksud bulan Al-Quran seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :
“ Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah

6.  Bulan penuh keberkatan, rahmat dan di makbulkan doa

 Di bulan yang mulai ini maka terbuka luaslah pintu keberkatan, rahmat dan pintu-pintu doa ( doa yang dimakbulkan )

Sabda Rasulullah SAW
“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan penuh berkah
[ HR An Nasai dan dishahihkan oleh Albani ]
“Apabila telah masuk bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu rahmat, sedangkan pintu – pintu neraka jahannam ditutup, dan setanpun dibelenggu
[ HR Bukhari dan Muslim ]
“Sesungguhnya setiap muslim pada tiap siang dan malam hari,pada bulan Ramadhan, memiliki doa yang mustajab
[ HR Al Bazzar ]
7. I’tikaf di Masjid

I'tikaf di masjid di lakukan pada malam 10 terakhir Ramadhan, di mana perlu tinggal di masjid selama itu, jikalau dia keluar daripada masjid tersebut maka terbatal la niat i'tikaf tersebut.

 Dalam Surah  Al Baqarah ayat187

“ Di halalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu.

“Adalah Rasulullah SAW telah beri’tikaf pada 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan, sampai Bgainda wafar, kemudian isteri-isteri Baginda pun beri’tikaf setelahnya“ ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ) Anas RA berkata : Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan Makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam mAsjid. Itulah larangan Allah, Maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa
Maka sambutlah bulan yang penuh keberkatan ini dengan penuh keimanan. Jangan sesekali mengsia-siakan bulan yang hanya dating setahun sekali. Penuhi la ia dengan amal ibadat dan perbanyakkan la bertaubat dan berdoa agar kita sentiasa hidup dalam redhaNya.

Wallahualam,

Moga bermanfaat.



21 May 2017

30 Menu Lazat Bulan Ramadhan

﷽‎


Assalamualaikum,

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Jum Sediakan 30 Menu Lazat Disepanjang Bulan Ramadhan

  1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.
  2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
  3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
  4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji Kurma setiap hari.
  5. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
  6. Solat Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
  7. Sunat dhuha setiap pagi minima 2 rakaat. 
  8. Sedekah setiap hari minima seringgit dan pastikan sahur setiap hari.
  9. Iftikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit ( 10 malam terakhir )
  10. Tadarus Al-Quran sambil berusaha memahami maksudnya.
  11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
  12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar Ramadhan.
  13. Pilih makanan sunnah sebagai menu utama setiap hari.
  14. Elakkan membeli makanan dari tangan-orang orang yang fasik.
  15. Jauhkan aktiviti yang sia-sia. 
  16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
  17. Lazimi bibir dengan beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.
  18. Ajar diri dengan sifat rendah hati kerana Allah. 
  19. Mudah memohon dan memberi maaf.
  20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
  21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tapi bertelanjang)
  22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati dari perkara-perkara yang Allah Murkai. 
  23. Tidak berlebih2an mahu pun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka puasa. 
  24. Perbanyakkan amalan-perbanyakkan solat sunnag rawatib.
  25. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami dan anak-anak lelaki)
  26. Lazimkan untuk kawal diri dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
  27. Basahi lidah untuk sentiasa berzikir dan memperbanyak kan bersyukur pada Allah di kala senang atau pun susah.
  28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
  29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
  30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah didalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir kita.
In Shaa Allah dengan Izin Allah. Moga Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang cukup bermakna buat kita semua dan bakal bertemu kembali dengan Ramadhan-Ramadhan yang akan dating.

Moga Bermanfaat.
                                                                                                                               

11 May 2017

Apa Nifsu Sya'ban

﷽‎

 
Assalamualaikum,

Dalam Bulan Sya'ban ada satu malam yang dinamakan Malam Nifsu Sya'banNisfu Sya'ban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah, malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Sya'ban iaitu siangnya 14hb Sya'ban.. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


Apa itu Nifsu Sya'ban??

Nifsu Sya'ban membawa maksud dalam bahasa Arab bererti setengah  ( Nifs bermaksud separuh ) Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Sya'ban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Syaaban juga dikenali : 

1. Lailatul Mubarakah (malam keberkatan), 
2. Lailatul Baraah (malam pelepasan), 
3. Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan) 
4. Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa). 
5. Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa), 
6.Lailatul Syafaah (malam syafaat) 
7. Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat). 
8. Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Keistimewaan Malam Nifsu Sya'ban

1. Malam Pengampunan

Pada malam Nisfu Sya'ban, Allah SWT turun ke langit dunia dan memberi syafaat (bantuan) bagi siapa saja yang meminta pada malam itu hingga terbit Fajar.

Saiditina Aisyah RA berkata , Rasulullah SAW bersabda :
“ Sesungguhnya, Allah SAW turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb 
 [ HR at-Tirmizi dan Ibnu Majah ]
2. Malam doa yang di Kabulkan

Rasulullah SAW bersabda :
“ lima malam doa tidak akan di tolak, iaitu malam pertama Rejab, malam Nifsu Sya'ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri dan malam Eiduladha
 [ HR Al-Baihaqi ]
3. Malam Penuh berkat dan Rahmat

Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah RA
“ Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki
 [ HR Al-Baihaqi ]
Sesungguhnya Allah itu Ar-rahim lagi Ar-Rahman.. Memberi syafaat kepada hamba-hambaNya yang sentiasa ingat kepadaNya.. SesungguhNya Malam Nifsu Sya'ban adalah satu malam yang membuktikan keagunganNya kepada seluruh umat islam.

Maka letakkan hati kita hanya padaNya.. Allahukbar

Wallah'ulam

Moga bermanfaat.



28 April 2017

Keistimewaan Bulan Sya'ban

﷽‎

 
Assalamualaikum,

Bulan Sya'ban merupakan bulan selepas Bulan Rejab ( bulan keagungan ) dan sebelum Ramadha ( bulan Puasa ). Namun Bulan Sya'ban juga salah satu bulan yang diagungkan dalam islam selepas Ramadhan dan Rejab dan penuh keberkatan.

Apa Itu Sya'ban??

Sya'ban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Sya'ban  adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?”

Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” 

Rasulullah SAW menjawab, “ Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”

 (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Antara Keistimewaan Bulan Syaa'ban 

1. Adanya malam Nifsu Syaa'ban

Rasulullah SAW pernah bersabda, 
Jika terjadi malam nisfu Sya'ban, maka shalatlah kamu sekalian pada malam harinya, dan puasalah kamu sekalian pada siang harinya. Karena sesungguhnya Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun pada malam tersebut ke langit dunia mulai dari terbenam matahari dan berfirman, 

"Apakah tidak ada orang yang meminta ampun, sehingga Aku mengampuninya?
Apakah tidak ada orang yang meminta rezeki, sehingga Aku memberinya rezeki? 
Apakah tidak ada orang yang terkena bala, sehingga Aku dapat menyelamatkannya? 
Apakah tidak demikian, apakah tidak demikian, sehingga terbit fajar."
2. Puasa Sunnat

dari Aisyah RA berkata :
dari Aisyah RA berkata : Tidak Pernah Rasullulah SAW berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan sya'ban ( selain bulan ramadhan ). Sesungguhnya Baginda SAW telah berpuasa Penuh
 [ HR Bukhairi dan Muslim ]
3. Bulan keberkatan ( segala amalan diangkat )

Sabda Rasulullah SAW : 

“ Itulah bulab ( sya'ban ) dimana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik seklian alam. Oleh itu aku ( Rasulullah ) amat suka kiranya amalan aku diangkat ketika aku sedang  berpuasa [ HR Iman Ahmad dan An-Nasai ]


 4. Bulan yang diampunkan dosa-dosa

Saiditina Aisyah RA berkata , Rasulullah SAW bersabda :
“ Sesungguhnya, Allah SAW turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb 
 [ HR at-Tirmizi dan Ibnu Majah ]
5. Bulan yang di kasihi Rasulullah SAW

Rasulullah bersabda :
Sucikan diri kamu dalam Syaaban dan perbaiki niat kamu untuknya. Sesungguhnya kelebihan Syaaban daripada bulan  hlain seperti kelebihanku daripada kamu [ HR Abu Umamah ] 
6. Bulan Allah SAW membuka pintu Rahmat 

Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah
Hendaklah kamu memerhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu pada malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Eidulfitri dan malam Eiduladha 
7. Bulan menambah amalan ( amalan menjadi istimewa )

Rasulullah SAW bersabda lagi :
“ Apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah SWT berfirman; ‘Sesiapa yang meminta ampun, maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya 
Pergunakanlah Bulan keberkatan ini dengan amalan-amalan yang mendapat redhaNya. Dan perbanyakkan la beribadah kepadaNya.. Jadikan Bulan Sya'ban sebagai permaidani untu ke bulan Ramadhan. In Shaa Allah.

Walla'ualam

Moga bermanfaat