13 November 2016

Cabaran 30 Hari Blogging #13 Petua Orang Lama


Tak sedar kan da 13 hari bulan 11 beransur pergi, pejam celik da masuk bulan terakhir kat 2016 !! Fuhh sedih nya cepat betul masa berlalu. So hari ni da masuk cabaran #13. Ok petua orang lama.. Dekat 2 jam tadi perah otak nak ingat petua yang mak selalu bagitau. Alhmdulilah ada la juga ingat sikit-sikit yang boleh dikongsikan. 

Petua Orang lama

So Unni share 7 petua jak. Petua ni memang penah buat dulu-dulu la, tak ingt banyak yang ni jak yang otak mampu proses ingatkan kembali.




1. Kelihatan berseri

Basuh muka dengan bilasan air beras yang ketiga sambal selawat. Yang pasti suruh Yusuf ayat 4 memang kena amalkan.




2. Kalau batuk berkahak

Minum air daun peria.. Ini Unni tak boleh lupa, kalau sorang batuk kat rumah satu rumah kena minum.. Air daun peria tu, kamu tau la rasa apa kan!!




3. Kaki berbau

Bila kencing kencingkan kaki sendiri. Unni pun tak pasti kenapa, tapi time sekolah dulu kan rajin pakai kasut lepas tu kaki selalu berbau. Makcik Unni selalu suruh kecingkan kaki sendiri. Yes!! ia berkesan, kamu cuba la bagi yang ada masalah kaki berbau.



4. Mask muka

Guna putih telur. Paling baik telur ayam kampung.




5. Melunakkan suara

Minum air asam jawa. Jangan minum dengan ais. Dilarang minum air sejuk atau makan lada. Patut suara Unni tak sedap sebab suka sangat makan lada.




6. Legakan Stress

Rendam kaki guna air suam dan sedikit garam.. Yang ni memang melegakakn badan dan otak. ingt lagi time masih sekolah kalau otak serabut kena suruh rendam kaki guna air suam dan garam..Memang lega la.



7. Sakit Mata

Titis air susu ibu yang menyusukan anak. Sakit mata ni memang selalu kena time kecik-kecik. Kalau da kena mesti mak suruh pigi rumah orang yang meyusukan anak minta titiskan air susu. Fresh tau.


Tu jak la yang Unni tahu dan ingat yang lain, entah la.. Banyak sebenarnya petua orang-orang lama ni cuma otak tak mampu nak fikir. Hihihihi.. Moga bermanfaat.

Sekian

Salam Sayang : Unni Anje

Cabaran  #1 #2 #3 #4 #5 #6 #7 #8 #9 #10 #11 #12 #13 #14 #15 #16 #17 #18 #19 #20 #21 #22 #23 #24 #25 #26 #27 #28 #29 #30






14 comments:

  1. Petua last tu Mai pun selalu mama buat masa kecik2, kalau sakit mata je titis susu ibu..

    ReplyDelete
  2. Nana selalu stress,lepas ni nak try lah Petua kak unni bagi ni..rendam kaki dalam air suam Dan Garam.. Ok set 👌

    ReplyDelete
  3. Nice sharing unni. Banyak sebenarnya petua orang lama kita ja yang lupa

    ReplyDelete
  4. Wow! Mek baru tahu. Yg kencingkan kaki tu memang epik la !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mek.. dlu pun buat sebab terpaksa tai bermanfaat upanya

      Delete
  5. Petua no 1 tu siqah ada jugak buat. Kalau teringat masa masak nasi. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Dulu-dulu memang rajin buat yg no 1 tu.. skrg nie, asyik lupa je..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^