15 November 2016

Usrah Wanita ~ Solat Teori dan Pratikal

Allhamdulliah, sekali lagi Unni terpilih oleh ALLAH SWT untuk menghadiri ilmu Alaah, ilmu yang tak pernah habis dan ilmu dunia akhirat. Ilmu yang membawa ke syurga.. 

Ya Allah jadikan lah kami hamba-hamba MU yang sentiasa beriman kepada MU dan jangan la ENGKAU hitam kan hati kami dan izinkan kami mencium syurga MU ya ALLAH. Amin Ya Rabbal.

Wallahualam.

Usrah wanita kali ini di Sampaikan oleh Ustaza Saidah Binti Suharto merupakan graduan Kolej Uniti dalam pengajian Islam. Kali ni ustaza mengupas mengenai SOLAT, teori dan pratikal. Menegur kesilapan yang sering kita lakukan ketika solat.

Hanya usrah dalam bulatan dan dihadir oleh sebilangan penduduk Tawau, kali ni Unni ditemani adik Saidah sama nama dengan Ustazah..hihihi.. Usrah ni hanya mengambil masa 40 minit sahaja tapi ilmu melambung-lambung Unni dapat. In sha Allah Unni akan share, satu persatu.

Ustazah menunjukkan demo cara solat yang betul. 

1. Kedudukan shaf [ wanita hendaklah bersentuh bahu manakala lelaki bersentuh kaki ]

2. Takbiratul Ihram [ Klik sini ]

3. Rukuk [ dimana yang termampu kita rukuk] 

4. Sujud [ Muka , tapak tangan kena terkena tempat sujud ]

P/S : Bahagian kain dari paras pingang hingga kaki jika menutupi tempat sujud dibolehkan, anda boleh sujud seperti biasa tanpa perlu mengalihkannya tetapi bahagian kain dari paras pinggang hingga atas jika menutupi tempat solat ketika sujud haruslah dielakkan, jika tidak tangan dan muka tidak terkena tempat sujud [ Harap korang faham ayat Unni ] Hihihihi.

Disebabkan otak ni masih fresh nak cerita so Unni nak share la, apa ilmu yang Unni dapat.. Kot2 kamu-kamu tak tahu lagi, maybe ada jugak yang da tahu kan. Disamping tu Ustaza Saidah juga mengupas tentang Hukum solat ketika azan, make up solat dalam solat dan Solat lewat mengikut Imam. 

1. Hukum solat ketika azan

Lelaki ¬ HARAM
Wanita ¬ MAKRUH

2. Make Up solat

¬ Tidak dibenarkan walaupun mesra wuduk. sedikit tip untuk liptik yang dibenarkan atau tidak dalam solat.
( Ambil tisu then calit liptik kamu keatas tisu, titiskan air kalau menyerap so liptik boleh hilang ketika ambil wuduk dan boleh di bawa solat, kalau tak wuduk tidak sah
¬ kamu buat la testimoni sebab Unni takda lipstik nak buat testimoni. Tambahan lagi walaupun liptik tu tulis boleh dibawa solat korang kena uji sendiri bagi mengelakkan perasaan was-was.

3. Lewat solat mengikut Imam.

¬ Ketika lewat tidak dibenarkan tergesa mengejar jemaah contohnya barlari ketempat solat ( tidak dibenarkan kalau boleh jalan seperti biasa]
¬ Jangan tungu imam lakukan terus apa yang imam buat ketika kamu sampai ke jemaah ( maksudnya kadang2 kalau imam tengah sujud mesti kita tunggu kan, tunggu la imam berdiri baru ikut terus )

Tambah Ustazah lagi, apa yang melalaikan kita semua, nak solat tapi kata nanti la masa masih panjang, nak solat tapi kejap la nak masak dulu, nak solat tapi nantilah nonton akasia dulu, Allahuakbar. Dunia ini yang sentiasa melalaikan kita.. 

Wallahualam..

Seterusnya sesi soal jawab kali ni hanya dua orang yang menyoal, makcik bertudung kuning tu dan Unni sendiri. Jangan lepaskan peluang bertanya dengan orang yang berilmu, sebab bukan senang nak jumpa orang yang berilmu ni so manfaatkan masa yang ada.

soalan 1 ( makcik bertudung kuning ) ¬ Bagaimana kalau kita solat, kita yakin waktu solat da masuk tapi azan dimasjid belum berkumandang di sebabkan ustaza masjid tengah berceramah atau menhabiskan bacaan mengaji?

Jawapan : Untuk soalan ini ada dua jawapan dalam dua situaisi.
  1. Jawapan 1 : situasi dalam keadaan mengejar masa, diyakini kalau tak solat time tu anda akan terlepas waktu solat seperti contoh takut tersesak dalam jem. Jadi di bolehkan solat ia di panggil solat hormat waktu. tapi kena ingat waktu solat adalah sumber yang boleh dipercayai.
  2. Jawapan 2 : Waktu bersenang-senang maksudnya anda tidak menejar masa, walaupun kita disuruh solat tepat waktunya. Kita haruslah menunggu azan berkumandang baru la solat ia di panggil menghormati Azan. bagi orang2 yang tinggal berdekatan masjid atau surau. Kalau tak ada dengar la mana radio atau tv. Sesungguhnya islam itu mudah.
Soalan 2 ( Dari Unni sendiri ) : Apa hukum ketika kita lewat solat, dalam tengah solat tiba-tiba azan berkumadang menandakan masuk waktu solat yang lain?

Jawapan : Biasanya ada satu ketika kita sangat terlewat menunaikan solat, ketika sedang solat asar tiba-tiba azan menunjukakn masuk waktu solat magrib. Ketika kita sempat mengambil rukuk pertama dalam solat maka kita harus sempurnakan solat tersebut bermakna solat itu sah tetapi jika tidak sempat mengambil rukuk pertama azan da berkumandang maka solat itu harus di Qada'.

Wallahualam..

Moga kamu-kamu faham ayat Unni, kalau ada pertanyaan lagi boleh komen or email or whatapps. In shaa Allah Unni boleh bantu yang termampu..

Sekian.

Salam Sayang : Unni Anje





4 comments:

  1. alhamdulillah. thx unnie for sharing.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Perkongsian yang sangat bagus Unni.. Ilmu yang bermanfaat.. Terima kasih atas perkongsian Unni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^