Hai..
Day 2 adalah A Movie Review iaitu cerita kan tentang sebuah movie yang kita da tengok then cerita tentang movie tu. Unni nie memang buta hiburan sikit macam dalam Day 1 da bagi fakta Unni buta dunia hiburan kiranya Movie ni salah satu hiburan la kan. Tapi ada satu Movie yang Unni suka sangat tengok da 5x tengok still mengalir air mata.
A Movie Review
Bajrangi Bhaijaan !!! Movie yang paling terbaik Unni tengok buat abad ini. Movie keluaran tahun 2015 yang memaparkan aksi tempur, lawak, kesetian, kasih sayang dan sedih. Kamu da tengok ka?? So unni nak review sikit pasal movie ni.
Review Movie Barjangi Bhaijaan
Sinopsis :
Kisah seorang budak bernama Shahida ( Harshaali Malhotra ) yang telah terpisah dengan ibunya semasa ingin pulang ke Pakistan dari India.Tujuan mereka ke India adalah melawat tempat suci di Delhi bagi menyembuhkan Shahida yang tidak boleh bercakap selepas terjatuh dari gaung. Ketika berpisah Shaida menaikan kereta api yang menuju ke India, dia mana dia telah menemui seorang lelaki yang bernama Pawan Kumar Chaturvedi ( Salman Khan ) yang juga dikenali sebagai Bajranji seorang penganut Dewa Hanuman. Pertalian berlaku antara mereka walapun berlaku beberapa konflik perbezaan agama dan negara. Pawan telah bertekad membawa Munni ( nama gelaran Shahida yang dipanggil oleh Pawan ) kembali ke Pakistan dengan menempuh pelbagai rintangan.
Pawan Kumar Chaturvedi / Bajranji seorang pemuda yang sangat taat kepada agama dan tidak pandai menipu. sentiasa ingin kan kejujuran dan kebenaran, walaupun berbeza agama, Pawan sangat menghormati agama lain. Pawan seorang pemuda yang sanggup mengorbankan dirinya demi menyatukan Munni kembali bersama orang tuanya. Sanggup menggunakan duit simpananya untuk membeli rumah sebagai syarat agar di boleh berkahwin dengan Rasika ( Kerena Kapor ) dan sanggup dipukul demi keselamatan Munni. Mengorbankan dirinya demi Munni.
Shahida atau Munni seorang kanak-kanak Pakistan yang telah terpisah dengan ibunya. Seorang yang tidak boleh bercakap setelah jatuh gaung. Seorang budak yang beragama Islam, menampailakn pelbagai watak lucu dan sedih. Seorang yang cintakan negara sendiri. Melakonan watak tanpa sebaris ayat pun tapi mampu mencairkan dan mencuri hati ribuaan penonton hanya dengan reaksi lagak gayanya.
Rasika ( Karena Kappor ) menampilkan watak sebagai kekasih Pawan. Dimana kali ini menampilkan watak yang agak sopan ( maklumla banyak lakonan dia yang agak seksi ). Seorang yang mempunyai sifat kemanuasia, walapun ayahnya Dayanand ( Sharat Saxena ) seorang yang pentingkan diri, hanya ingin dan bantu orang segamanya sahaja. Rasika telah mengadaikan semua duit pendahuluan rumah dia bersama pawan demi mengembalikan Rasika kepada Ibunya. Sentiasa mengembirakan Munni di saat Munni menagis ketika menrindui Ibunya.
Chand Nawab ( Nawazuddin Siddiqui ) menampilkan hero kedua selepas Pawan. Chand Nawab seorang wartawan yang mengejar Pawan kerana Pawan dianggap sebagai Mata-mata India yang datang ke Pakisatan, segalanya berubah apabila melihat kesungguhan Pawan melindungi Munni, dan mula menceritakan kepada Dunia kisah seorang lelaki India yang meyelamatkan Kanak-kanak Pakistan, dengan menempuh pelbagai rintagan agar Munni selamat kembali kepangkuan Ibunya.
Seorang lelaki Tua , Guru Madrasah yang mengaja di masjid Orang kampung yang di kenali sebagai Maulan ( Om Puri ), Dia telah meyelamatkan dan menyembunyikan Pawan, Munni dan Chand daripada tentara yang mengejar Pawan yang kononya Pawan seorang penceroboh India. Seorang Islam yang mebantu Pawan tanpa mengira agama.
Dalam usaha mengembalikan Munni kepada Orang Tua nya, ada Pihak yang telah mengambil kesempatan di mana seorang ejen perlancongan yang berjanji akan membawa Munni pulang ke Pakistan dan meminta jumlah bayaran yang mahal. Pawan tidak berjaya mendapatkan Passport ke Pakistan kerana berlaku konflik kedua negara. Setelah Pawan menyerahkan wang tersebut, Munni bukan dikembalikan ke Pakistan, tetapi telah di jual di rumah pelacuran dan membuat kan Pawan sangat marah then lihat la gambar di mana lelaki itu berada.
Antara Gambar Movie ni
Harap kamu gigih la baca yer, Unni sebenarnya tak reti sangat nak review ni so ayat agak kelaut sikit. Rasanya ramai da tengok cerita ni kan, so bab pengajaran korang boleh tangkap sendri dari pembacaan dan lihat sendiri.
P/s : Kalau kamu boleh bagi tips yang senang nak review Movie , tolong tunjuk ajar ya sebab Unni memang tak pandai.
Sekian
Salam Sayang : Unni Anje
7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE
Nice review..
ReplyDeleteSebenarnya review ini bergantung pada apa yang kita faham mengenai filem tu.. Tak kisahlah macam mana pun sebab sudut pandangan manusia nie berbeza-beza..
tu la first time review.. thk kak sha
DeleteSuka cerita ni jugak.. pandai budak tu berlakon.. comel nyaaa
ReplyDeletecomel kan.. memang sllu tgk kalau boring
DeleteBetuullll. ain ulang2 byk kli dah cerita ni. heheh lpastu nagis :') Review ni pandangan kita sendiri unni. takkesah la apa org ckp. nama pun review. suka hati kita lah. ehhehe
ReplyDeletethks ain..mana tau review unni ni x btl.. hahahahaha.. best kn jalan cerita ni
DeleteMai suka movie ni, bnyk pengajaran terselit.
ReplyDeleteOkay je Unni review, review dari hati dan kefahaman ni lagilah orang suka baca daripada paste sinopsis cerita je, tak menarik. hahaha.
hahahahaha, kan mai..thks.. movie ni jgk mbuat islam di hormati.. mbantu tnpa mgiri siapa pun dia
DeleteDah tengok banyak kali tapi tak pernah bosan. Banyak pengajaran. Saya yang takda perasaan pun touching habis :'(
ReplyDeletekan:) unni da tau plot cerita ttap mgalir air mata tgk
DeleteFilem yang membuatkan akak menangis tiap kali tengok. Sedih betul tengok shahida. Bercucuran eh air mata tengok filem ni .
ReplyDeleteReview je unni. Tak kisah apa pun unni cakap. Review maksudnya pandangan kita mengenai sesuatu. Kalau ada berlainan dgn orang lain tu, takpelah. Dah nama pun review kan. Nice review btw :)
WAHH THKS KAK SIQAH!! bestkan kisah ni :( kena sedia tisu kalau nk tgk
DeleteMovie ni best, Rii tengok sampai menangis haa.
ReplyDeletebtl tu Rii sapa yng tgk x nagis memang x da persaan btl !! hahaha
Delete