21 November 2016

CABARAN 30 HARI BLOGGING #20 Cikgu Paling Best Di sekolah

Nampaknya Unni terlewat sikit nak update cabaran #20. Patutnya semalam da update tapi buzy sangat dan idea tak sampai so tanggung kehari ni. Cabaran #20 Cikgu Paling Best Disekolah !!! Huhuhuhuh terpaksa refesh otak, kalau zaman sekolah rendah memang da tak boleh nak ingat.

Cikgu Paling Best Di Sekolah


So Unni nak cerita sorang Cikgu/ Lecture Unni time Diploma. Unni paling suka dan harap boleh jumpa duduk semeja dengar lawak dia!! Lama tak ketawa macam kat class dia. Hanya jumpa gambar ni bersama Dia, Gambar lain banyak kat Laptop satu kat kg. Pic ni time kami Konvoi sahur 2012.

Kami panggil sir Usup atau Ucupkun, anak jati TAWAU!! Serius dengan kejujuran Unni memang tak ingat real nama!! Yang Unni tahu Yusuf jak.. Jujur penting kan, Yang penting Unni x penah lupakan sir ni yang TERBAIK!!

Sir ni ajar kami dalam subjek Pengajian Malaysia aka Sejarah la tu, dalam pengajian Unni just jumpa dia satu semester jak iaitu time sem 3. Power nya tu semua student class dia A dalam genggaman, bukan cakap dia tolong ke or apa memang usaha student tu sendiri.

Sir ni panggil Unni PITHER. Maybe sebab nama Fitriyani kot, da macam Harry Potter plak. maklumlah Unni seorang yang banyak cakap!! Hahahaha. Seorang very-very spoting tahap dewa!! Dulu time mengajar class Unni dia masih bujangan but now da ada sepasang anak.

Paling best kalau time mengajar, biasa la kalau subjek sejarah ni kan mesti boring!! But study ngan dia  memang pecah perut la ketawa, alwys buat lawak. Lawak sambil belajar.Walaupun berunsur kan lawak tapi ilmu sampai, Buktinya dia tak pernah ada student yang fail!

Paling win ayat dia kalau da jauh sangan terpesong cerita lawak, KEMBALI KE JALAN YA NG BENAR!! that means kembali ke tajuk pembelajaran!! Ya Allah rindunya nak gelak ketawa kat class.

Sepanjang kenal sir dia tak penah Nampak di marah student, Student lain pun cakap macam tu, iya la kadang ada juga lecture kalau student bermasalah sangat dia mmang marah. But dia ni bukan marah tapi dia bantu!!  Sir ni juga merupakan Penceramah kesekolah-sekolah menenggah kat Sabah ni.

Walaupun dia student beribu sir ni tak kan lupa Student dia, kami masih berhubung kat laman social macam Facebook, Instagram!! Sekarang sir ni da canggih da jadi orang POPULAR !! siap masuk #lawaksolo. Memang sesuai sangat sir ni memang bakat melawak tu tahap gila-gila!!

Kamu ada tak cikgu macam ni?? spoting yang teramat da anggap student tu kawan dia, paling respek ngan sir ni sebab tu la, dia anggap semua orang sama, pandai bodoh cantik hodoh kaya miskin semua yang, yang penting ilmu yang dia sampaikan semua dapat!!

Tu je la Unni nak share. Ringkas jak!! Ringkas la sangat kan. Cikgu paling best kan!! Sir Ucupkun.

Nak tau Sir ni lawak ke tak boleh lawat FB n IG dia. Tapi maaf la kalau kamu tak faham bahasa Sabah!!

Fb : Yusof Nur
Ig : Ucupkun

Sekian

Salam Sayang

Cabaran  #1 #2 #3 #4 #5 #6 #7 #8 #9 #10 #11 #12 #13 #14 #15 #16 #17 #18 #19 #20 #21 #22 #23 #24 #25 #26 #27 #28 #29 #30

5 comments:

  1. Mesti sporting gila lecturer Unni ni kan..bestnya org Tawau plak tu.. hehe.. best bah klu guru2 yg ada sense of humor ni..kita mo belajar pun ndak boring...:)

    ReplyDelete
  2. SUKA CIKGU YG RAJIN MELAWAK LBH MESRA N XJEMU NK BELAJAR DI KELAS

    ReplyDelete
  3. eyh masuk lawaksolo eyh? yg mane satu?

    ReplyDelete
  4. saya ada kot cikgu macam ni.. tapi x ingat nama dia.. hehe

    ReplyDelete
  5. Seronok bila ada lecturer mcm nie.. enjoy je belajar..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^