10 November 2016

SABAH ROAD TRIP DAY 3 ( 17 May 2016 )

﷽‎


Tawau - Semporna

Assalamualaikum,

Alhmdulilah kejap lagi kita akan menghabiskan 2 minggu di bulan November, top-top masuk da Bulan Disember. Cepatnya masa berlalu, so sebelum minggu ni melaburkan tirai Unni nak habiskan cerita Sabah RoundTrip ni. Kali ni perjalanan Tawau - Semporna.

Tawau

Merotai



Merotai merupakan Pekan kecil yang mengambil masa 40 minit dari bandar utama Tawau. Bangun pagi so benda pertama adalah mengisi perut.

Nasi kuning merupakan sarapan favorite orang Sabah.. Yunny!!!

Taman Bukit Tawau





Taman Bukit Tawau atau lebih dikenali dengan panggilan TABLE ( gelaran masyrakat Tawau ). Kat dalam ni boleh buat macam-macam aktiviti, mandi mandi, Hiking, berkelah semua boleh..

Bayaran pun murah jak, RM3 seorang, kanak-kanak percuma, warga asing pula RM5 sorang. Saat kedatangan kamu air terjun dan air panas tu di tutup semntara kerana faktor-faktor keselamatan.. So nak selamat kena patuhi arahan..

Ok jum hiking, then abaikan orang pakai dress tu.. hihihihihihi

Kebun Botani Bukit Tawau.

Pokok Tropika Tertinggi di dunia. Pokok spesis Seraya Kuning Siput ( Shorea faguetiana Heim ) Setinggi 88.32M.

Projek mandi-manda  tapi orang lelaki je la, kami yang pompuan pandang je..

High Way Tawau



High way Tawau terletak betul-betul di bandar tawau. Tawau merupakan bandar Utama Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar yang pesat dengan penduduknya yang berbilang kaum, majotiri kaum Bugis. Bandar Tawau agak terkenal dengan keunikan makanannya yang sedap dan menarik macam Nasi lalap, Nasi Gondrong, Abc Milo, Nasi Kuning dan sebagainya.. Ada yang mengelar Tawau syurga makanan..

High Way Tawau merupakan salah satu tempat kegemaran orang Tawau. Petang-petang gini view memang lawa..

Ini juga salah satu makanan yang terkenal disini. Orang tawau mengelarnya PANTOLAN ( bebola daging/ayam buatan sendiri ). Hari pun sudah semakin senja dan kami meneruskan perjalanan ke Semporana.

Semporna


Selamat datang kesemporna. Semporna yang membawa maksud '' Hujung Hutan '' ( Tong Talun nama asal ). Sebuah daerah betul-betul terletak dipinggir laut, namun kaya dengan pulau semulajadi. unni blh gred pulau kat sini merupakan Pulau paling cantik kat Malayasia.

Penginapan kami hari ke-3 adalah kat Floting Semporna..Ni pertama kali tidur kat floting. Tempahan dilakukan secara online sahaja. Lepas Cek in, kami meneruskan misi Seafood..


Kalau da tepi laut mestilah kaya dengan makanan laut kan. Lepas tu murah pulak tu. So makan la sampai puas.. Kalau lagi nak murah pergi pasar beli seafood sendiri, then suruh je mana-mana restoren kat sini masak,  macam kami buat la. Jimat dan fresh. Lepaskan terus balik floting rehat makan diri..

Misi Pulau
Day 4 ( 18 May 2016 ) ~ Continue

Salam Sayang : Unni Anje

More : Klik kat bawa kalau nak ikut perjalanan kami
     | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |







      14 comments:

      1. wow... menarik tempat2nya, makan pun best tu.... lum pernah lgi akan sampai sabah... huhu

        ReplyDelete
      2. Waj bestbestnya yummy foods.. pernah dengar nasi kuning tu unni tapi x pernah merasa ...

        ReplyDelete
      3. CANTIK TEMPT KUNJUNGANNYA..BILALAH NK SAMPAI KESANA

        ReplyDelete
      4. Bestnya bila dapat makan seafood fresh dan murah.. Puas rasanya..

        ReplyDelete
      5. Sabah bnyk tmpt plncongan kan? Cube buat roadtrip kelantan --' bleh blnja kdai mkn je la :)

        ReplyDelete
        Replies
        1. sabah semua tempat ada keistimewaan... Ala kelantan pun best tau !! cuma ritu x jelajah sgt dtg kejap je

          Delete

      Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^