14 November 2016

SABAH ROAD TRIP DAY 6 ( 20 May 2016 )

﷽‎

Sandakan - Pitas - Kota Merudu

Day 6, dalam hari ke-6 itu bermakna kami da Berjaya pusing Borneo 60%. Allahmdulilah sepanjang berjalanan sampai hari ke -6 semua berjalan dengan lancar dan kali ini perjalanan berates KM juga bermula.

Sandakan

Pagi-pagi lagi rumah da ramai. Sebab sedara-sedara nak ucap selamat jalan kat kami.. sweet kan..

Sepilok


Pusat Pemulihan orang utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Kalau masuk sini hp, beg semuanya harus ditinggalkan kat loker bg tujuan keselamatan ( dirampas oleh orang utan ). dan paling penting time datang kena betul.

Dibuka setiap Hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi Kaunter Tiket hanya di buka pada pukul 9-11 pagi dan 2-3.30 petang. Yuran serendah RM5, RM2 bagi 18 tahun kebawah dan RM30.00 bagi bukan warganegara. RM10 setiap kamera.
Semua pengunjung menanti kehadiran orang utan. Majoriti pengunjung adalah pelancong luar Negara. Semua tak sabar nk tunggu orang Utan muncul.. tunggu punya tunggu seekor pun x muncul.. so kami pun beralih tempat.

 Beralih ke Pusat Asuhan Luar OrangUtan. Kat dalam ni, Orang Utan yang terlatih dan dijaga rapi.


Antara pelancong yang mengunjugi Orang Utan frm Australia


OrangUtan yang diasuh dan dijaga dengan baik

Bornean Sun Bear Conservation Center


BSBCC ditubukan pada 2008 dan dibuka kepada orang ramai. Dibuka bersebelahan dengan Pusat pemulihan Ornag Utan Sepilok..

dibuka setiap hari dari jam 9 pagi - 3.30 petang.bayaran masuk sama RM5 Dewasa RM2 18 tahun kebawah dan RM30 bagi bukan warganegara.
Ini la berung madu (Ursus malayanus),. Berung yang terdapat di hutan hujan tropic Asia Tenggara. Picture kata bukan kami yang ambik tau.. hihihihi..

RDC SEPILOK ( Rainforest Discovery Center )


Picture kat luar jak la, tak dapat masuk kerana masa tak mengizikan... Sebelum meneruskan perjalanan kami pun da lapar sangat so misi kenyangkan perut bermula...


Ini coto makassar. makanan yang terkenal sedapnya, makanan berasal dari Indonesia oleh masyrakat Bugis. Sedap Only Made in Sabah.


dah siap makan kami akan meneruskan perjalan ke Pitas then Kota Merudu. Sebelum tinggalkn Bumi Sandakan wajib bawa oleh-oleh tau..

Pitas

160 Pitas..Pitas juga merupakan salah satu Daerah Kudat. Pada asalnya Pitas di Panggil sebagai ''Tupak'' yang membawa maksud '' seberang''. Tupak merujuk kepada tempat tinggal  momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus [ Salah satu bangsa di Sabah ]

Jauh perjalanan Luas pemandagan

Dataran Bengkako


Udang merupakan Mercu tanda Pitas. Dikenal sebagai pengeluar hasil udang paling banyak. View x berapa lawa sebab da gelap.

Disni jugak menempatkan rumah-rumah tradisi orang Sabah

Kota Merudu

Setelah menepuhi perjalanan berkilo meter kami pun time di Umah Ann. Day 6 tempat penginapan adalah nenek rumah Ann.

Pic diambil keesokkan paginya

Kesokkan harinya...
Day 7 ( 21 May 2016 ) ~ Continue

Salam Sayang : Unni Anje

More : Klik kat bawa kalau nak ikut perjalanan kami
     | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |




    4 comments:

    1. jauh perjalanan luas pengalaman kan.. bestnya dapat tengok beruang dan orang utan..

      ReplyDelete
    2. Udang.. my Feveret..
      Eh!! Ada yang Mat Salih lah.. hehehe..
      Cantik2 pemandangan nya.. Apakan daya.. Jauh diseberang..

      ReplyDelete
      Replies
      1. meh sabah kak sha :P mak Unni suppler udang, makan smpai koma

        Delete

    Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^