28 November 2016

Bicara Pagi #6 ~ 7 Jenis Sahabat Tetapi Hanya 1 Sampai Akhirat


http://unnianje.blogspot.com/2016/11/bicara-pagi-6-7-jenis-sahabat-tetapi.html

1 ) TA'ARUFFAN

Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2 ) TAARIIHAN

Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3 ) AHAMMIYYATAN

Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4 ) FAARIHAN

Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.

5 ) AMALAN

Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.

6 ) ADUWWAN

Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.

Seperti Firman Allah SWT :


"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa :

"Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7 ) HUBBAN LIMAANAN

Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana Allah Ta'ala SWT jua.

Dari JENIS di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT sebagaimana dalam firman Nya:

"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan." (Surah Az-Zukhruf :67)....

Semoga kita semua bersahabat kerana Islam dan Taqwa serta Hubban Limaanan. InshaAllah.
Wallahu'alam.

20 comments:

  1. Wkmsalam.
    Semuga kita mempunyai ramai sahabat Hubban Limaanan.

    ReplyDelete
  2. Mahu mendapat yg satu itulah yg tidak mudah
    Yg pasti sebelum kita dpt yg terbaik kita kena jadi yg terbaik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu kak tiada yang percuma.. macam mn kita buat mcm tu la jgk kita dpt

      Delete
  3. alhamdulillah. memang ada sorang ni je yg paling special harap sgt moga ukhuwah yg terjalin akan sampai di akhirat. insyaAllah. aminn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya Rabbal moga sentia terjalin ukhuwah.. In sha Allah

      Delete
  4. semoga kita sama2 mendapat sahabat yg baik didunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  5. Bila kira pya sahabat yg ke7 peganglah sungguh2, moga sama2 saling menyelamatkan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah..amin ya rabbal moga kita menjadi ke7 besama shbat2 yang lain

      Delete
  6. Alhamdullillah. Semoga ukhuwah kita semua sahabat kekal hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  7. adakah saya slh seorg hubban limaanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, In sha Allah kita semau akan jadi hubban limaanan :)

      Delete
  8. InsyaAllah..hubban limaanan..in searching and be

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^