06 August 2018

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingaron Tambunan sabah

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingaron Tambunan sabah | Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu amat terkenal dengan keindahan hutan semulajadi yang masih terpelihara sehingga hari ini. Para peminat Gunung, pasti menjadikan sabah sebagai lokasi utama dan wajib untuk mereka kunjugi. Gunung ke-4 teringgi di Malaysia kini di Sandang oleh Gunung Kaingron  yang letak di Tambunan Sabah hasil penemuan april yang lalu.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Gunung Tertinggi di Asia Gunung Kinabalu 4,095m, Gunung Kedua tertinggi di Malaysia Gunung Trusmadi 2,642m dan Gunung ketiga tertinggi di Malaysia Gunung Tambuyukon 2,579m juga terletak di Negeri di Bawah Bayu ini. Dengan penenumuan terbaru ini Gunung Kaingaron 2,476m yang menjadikan Gunung Keempat tertinggi di Malaysia juga terletak di Sabah. Seperti yang kita sedia maklum Gunung keempat tertinggi di Malaysia merupakan Gunung Murud dengan ketinggian 2,423m yang terletak di Sarawak Bumi Kenyalang.

Gunung Kaingaron, Tambunan Sabah

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Gunung Kaingaron terletak di Banjaran Trusmadi kampung Nupakan, Tambunan  25km kira-kira 54 minit perjalanan melalui jalan kaigaran dari Pekan Utama Tambunan dan 105km dari Bandar Utama Kota Kinabalu kira-kira 2 jam 38minit perjalanan. 

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Penemuan Gunung ini hasil explore masyarakat setempat,  di mana mereka telah menjelajah hutan selama 7 hari 6 malam sehingga bertemu dengan Puncak Sebenar Gunung kaingaron. Gambar di atas merupakan barisan orang yang menemukan Gunung ini. Dan hanya di wakili satu orang wanita sahaja. Beliau merupakan wanita pertama yang sampai ke Gunung Kaingaron. Menurut info yang unni dapat kak tu hanya di panggil dengan gelaran "Kak Long"

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
27 April 2018 sehingga 3 Mei 2018 merupakan tarikh Kesemua mereka menjalankan XPDC membuka trek dan mencari Puncak Sebenar Gunung Kaingaron ini. Mereka membawa segala bekalan dan kelengkapan sendiri.

Berada di dalam hutan selama 7 hari memang sangat mencabar dan bekalan makanan mereka haruslah mecukupi. Berkat usaha mereka semua,  Allhamdulilah perjalanan mereka di permudahkan walaupun telah lebih 10kali bertemu dengan puncak tipu. Akhirnya mereka berjaya sampai ke puncak sebenarnya.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Para pengemar Gunung Pasti sangat teruja dengan kehadiran Gunung ini. Di mana sepanjang perjalanan ke puncak sangat menjanjikan pemandangan flaura yang sangat indah dan mempersonakan mata yang memandang. Jangan cakap la Unni sendiri rasa tak sabar nak sampai sini. Insyaa Allah dalam list.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Bukan sekadar keindahan flaura yang sangat indah. Kehadiran Fauna juga sngat unik dan memukau mata yang memandang. Ia sama seperti Gunung Trusmadi. Kalau di kaji lebih mendalam mesti terdapat seribu satu khazana yang tersembunyi di dalam hutan ni.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Allhamdulilah setiap perjalanan mereka di mudahakan lagi-lagi dengan kehadiran Waterpoint ni. Air merupakan sumber utama untuk semua. Bekalana tenaga dan sebagainya, jadi mungkin tak ada masalah untuk orang ramai mendaki Gunung ni. 

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Puncak Gunung Kaingron 2,476m..Berapa Km perjalanan belum dapat di sahkan lagi. Di puncak korang boleh layan view yang sangat indah. Awan kapet, matahari terbit dan Kelihatan mega Gunung Kinabalu. 

Mereka amat berterima kasih kepada semua pihak yang meluluskan dan memberi permit kepada mereka semua untuk ke Gunung ini. Tahniah semua abg-abg otai dan kak Long. Kamu da buka sejarah kat Sini.

Dari info yang unni dapat Gunung ni belum lagi di buka untuk orang ramai, dan kami hanya menunggu masa untuk tiba di sini. Insyaa Allah one day. Moga Pihak yang yang bertanggungjawab luluskan permit dan membenarkan pendaki untuk menawan Gunung ini. 

Sekian info yang unni perolehi.. Semua sumber dari abg legend kita Hamengu Guntar. Moga satu hari unni dapat Tawan Gunung ni. 

Sekian, salam sayang Unni Anje

9 comments:

  1. Wah ada penemuan baru...bagusnya...ini blog kedua akak baca tentang ekspedisi..all the best..perkongsian yang sangat menarik..gambar pun cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak.. Allhamdulilah ..thksd sudi singgah blog unni

      Delete
  2. Subhanallah.. cantik betul flora dan fauna yang terdapat kat situ.. akak pun suka jugak dengan cabaran ekspedisi sebegini tapi keadaan fizikal tak mengizinkan.. welcome back Unni.. dan TAHNIAH akak ucapkan kerana minggu nie awak terpilih untuk task mingguan akak 'Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna'.. jemputlah singgah ke jurnal akak..

    https://www.shikinrazali.com/2018/08/sahabat-blogger-pilihan.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya Allah terharunya kak… terima kasih banyak.. nnti unnu bw kat sana ya

      Delete
  3. Seronok tgk unni dan kawan2 hiking jelajah tempat baru. Semoga unni dan kawan2 terus beraktiviti sihat dan selamat tau..

    ReplyDelete
  4. Mula mula cari resepi Bosou..terjumpa Blog sis ni..Best hobby yang sama..suka Hiking kita sis...all the best ada jodoh kita hiking bersama..

    ReplyDelete
  5. Salam unni..kalau da open trip tolong roger..sy nk folo kalo date cun..sy dri semenanjung..thank you..

    ReplyDelete
  6. Superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place.. This is the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^