Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

17 February 2018

Cara Yang Betul Memakai Serum - Delia Gold Serum

Cara Yang Betul Memakai Serum - Delia Gold Serum | Assalamualaikum, kulit berminyak merupakan masalah utama Unni, lebih-lebih lagi bagi seorang gadis berpurdah yang aktiviti melakukan aktiviti Outdoor. Bukan itu sahaja bekas jerawat pun makin banyak. Walalupun  rajin cuci muka, scrub seminggu dua kali, dan tidak lupa pelembab pagi dan malam.Namun itu saja tidak cukup.

Allhamdulilah pelancaran Produk Oleh Puan Sarzielawatie Samad telah memperkenalkan Unni dengan sebuah produk yang boleh membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan bekas jerawat. Ia memberikan lebih banyak lagi kebaikan untuk kulit dengan hanya menambahkan satu produk ke dalam ritual perawatan kulit wajah iaitu serum wajah.

Cara Yang Betul Memakai Serum - Delia Gold Serum

Serum wajah adalah sebotol kecil gel eliksir berwarna jernih, bertekstur ringan, dan bebas minyak. Sebotol serum mengandung sejumlah bahan aktif ( vitamin hingga antioksidan) yang bertujuan untuk menembusi ke bahagian terdalam kulit muka lebih cepat, mudah, dan merata daripada pelembap wajah biasa. Namun dalam pemakaian serum wajah perlulah dengan cara dan teknik yang betul agak kesan lebih cepat dan mengelakkan pembaziran.

Cara Yang Betul Memakai Serum


Untuk menggunakan serum wajah, kamu hanya perlu menggunakan 1-2 titis kecil cairan serum dan ratakan pada seluruh bahagian wajah dan leher, terutama bahagian yang bermasalah dua kali sehari ( pagi dan malam  ). Serum tidak akan bekerja efektif jika kamu berlebihan atau salah dalam menggunakannya.

Panduan Memakai Serum
  1. Cuci muka seperti biasa, bilas dengan air kalau boleh menggunakan air suam kemudian keringkan.
  2. Bersihkan wajah kalau boleh guna la toner bagi menanggalkan kotoran dan kulit mati yang degil. Ia juga membantu dalam menyeimbangkan pH kulit. Tunggu 1-2 minit sampai kulit dalam keadaan masih lembap, namun tidak terlalu basah dari toner.
  3. Segera aplikasikan serum. Kulit yang lembap lebih mudah ditembusi daripada dalam keadaan kulit yang kering. Aplikasikan serum pada telapak tangan terbuka, bukan dengan jari, untuk lebih efisien melepaskan bahan-bahan aktif serum ke dalam kulit. Tunggu 2-3 minit.
  4. Selesai, kamu boleh memakai meneruskan dengan memakai krim muka da sebagainya.

Pemakaian serum muka secara teratur dan betul akan membuatkan muka kita menjadi lebih lembab, tekstur kulit muka pun semakin cantik dan menyamarkan bintik-bintik hitam pada wajah.Bukan itu sahaja,  tanda-tanda penuaan pada muka kita pun secara perlahan-lahan akan pudar. Pemilihan serum yang sesuai untuk wajah juga perlu di utamakan.

Delia Gold Serum Pilihan Terbaik Untuk Wajah


Bila ingin kan kulit wajah yang betul-betul sihat, Delia Gold Serum merupakan serum yang terbaik untuk wajah. Bukan sahaja untuk mengatasi kulit berminyak namun ia turut membantu masalah kulit wajah yang kering, jerawat, mengurankan garis/kedutan halus pada wajah dan kerosakkan wajah, kulit kusam dan tak bermaya, megurangkan tanda penuaan dan kulit kelihatan  halus dan berseri. Serum ini juga sesuai di gunakan oleh golongan lelaki.

Cara Yang Betul Memakai Serum - Delia Gold Serum


Antara kelebihan Delia Serum

ARBUTIN - Kandungan Arbutin yang mempunyai manfaat seperti berikut (seperti i katakan diatas, ianya adalah selamat)
  • Agen pemutih dan pencerah yang selamat
  • Memperbaiki pigmentasi
  • Kaedah terbaik untuk mengurangkan parut jerawat
  • Anti penuaan
  • UVB
  • Anti inflamasi
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas
  • Paling cepat menyerap dan tiada kesan toksik

Kenapa perlu guna Delia Gold Serum?

Mampu membantu menghilangkan garis-garis halus, kedutan dan juga bintik-bintik hitam di muka. Serum diperbuat daripada bahan aktif, yang mana molekul-molekul kecil yang terkandung di dalam serum membuatnya menjadi lebih mudah diserap ke dalam kulit. Ini juga mudah di mana kemana-mana, yang paling best senang di mana ketika sedang melakukan aktiviti Outdoor.

Cara Yang Betul Memakai Serum - Delia Gold Serum

Dengan erti kata lain, serum dapat membantu meremajakan kulit agar kelihatan sentiasa muda dan bebas daripada masalah kulit. Impian anda untuk mempunyai kulit sehalus bayi mampu tercapai dengan penggunaan serum.

Selain daripada pelancaran Produk Delian Gold Serum, Puan Sarzielawatie Samad  turut melancarkan satu lagi produk kecatikan dalaman wanita iaitu Sis Perapat. Sebuah produk penjagaan Miss V dan boleh merapat Miss V yang Longgar, namun bukan hanya sesuai digunakan untuk orang yang sudah berkahwin, anak dara pun sesuai mengunakan kerana mempunyai kelebihan yang yang selain merapatkan Miss V.

Cara Yang Betul Memakai Serum - Delia Gold Serum

Pelancaran 2 produk ini dilancarakan di di Hotel Ming Garden  Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini oleh Puan Sarzielawatie Samad Beliau merupakan Pengasas Produk Sis Delia juga Pengurus Del Billionare Sdn.Bhd. yang berasal dari Sabah Negeri Dibawah Bayu. Beliau memrupakan seorang yang berkeyakinan tinggi dan sentiasa berwajah ceria dalam azam mencari rezeki yang halal dan terus mengeluarkan produk yang di yakinan keberkesanannya.

Cara Yang Betul Memakai Serum - Delia Gold Serum
Majlis pelancaran ini juga turut di hadiri oleh rakan-rakan blogger yang lain

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan sebarang pembelian boleh terus hubungi

WhatsApp
010-9377805

Laman web






06 September 2017

Lanafira.com Butik Muslimah Online

Lanafira.com Butik Muslimah Online | Assalamualaikum semua, sapa sini pengemar baju muslimah seperti jubah?? ada tak geng Unni ?? So unni ada berita baik buat semua terdapat sebuah butik online yang menjual pakaian muslimah. Butik menjual pakaian sesuai dengan tuntutan yang di syariatkan.

Lanafira merupakan sebuah butik online, Butik muslimah yang menjual pakaian muslimah trend terkini. Butik muslimah ini menampilkan tema sendiri TRENDY, AFFORDABLE, QUALITY.

TRENDY, AFFORDABLE, QUALITY
We are a passion-driven company with a mission to create stylish yet affordable clothing without comprising quality.

Our focus is on women and Muslimah clothing which includes long dress, baju kurung, jubah, tops, skirt, scarves and tudung.

Lanafira.com Butik Muslimah Online

Butik Muslimah ini menawarkan pelbagai jenis pakaian dan warna yang menarik.. Tambahan pulak butik muslimah online ini menampilkan reka bentuk pakaiaan yang mudah untuk di gayakan di mana sahaja ( mengikut syariat ).  Bagi wanita muslimah sememangnya pemilihan pakaian amat di utamakan bagi mejamin pakaian yang di pakai betul-betul menepati syariat , tapi dengan Lanafira tak usah ragu-ragu lagi ( walaupun model tidak mengayakan gaya muslimah ). Cara yang di gayakan oleh model bukan yang utama tapi jenis dan kualiti baju itu lebih utama.

Lanafira.com Butik Muslimah Online
Baju Melisa
Baju Melisa yang bestnya Mesra wuduk, boleh di gayakan di semua tempat seperti event ke dan sesuai juga buat para ibu-ibu yang myusuhkan anak. Saiz pula dari S hingga XL. Material pula tidak panas. Unni ni aysik menjeguk2 Lanafira.com ni sampai tak sedar masa, banyak sangat pilihan sampai nak semua ( seandainya biasa ).  Antara baju muslimah yang lain yang menjadi pujaan Unni adalah

Lanafira.com Butik Muslimah Online

Lanafira.com Butik Muslimah Online

Lawa kan... Harga pun semua mampu milik. Namun hanya mampu berhuhuhuhu bila kebayakan baju yang di ingikan SOLD OUT so tips nak shopping kat Butik Muslimah Online ni pastikan tiada istilah Nantilah, tunggulah sebab nanti melepas!! Kan diri sendiri yang rugi.

Ada beberapa tip yang kamu kena tahu jika ingin membeli butik online


  1. Pastikan kamu tidak membeli melalui laman web yang mencurigakan dan tidak berdaftar dengan SSM. 
  2. Sebelum membeli sila usul periksa.. Contohnya pastikan tengok review ka, tnya pengalaman orang yang sudah membeli ka.Lebih-lebih lagi yang angka 3. Baik tak payah beli.
  3. Elakkan membeli pakaian yang hanya memaparkan ukuran secara umum seperti saiz S, M, L, XL dan sebagainya tanpa ukuran terperinci. 
  4. Mengetahui Jenis Fabrik

Sebelum melakukan pembelian, anda perlu mengetahui jenis fabrik bagi pakaian tersebut kerana ia menentukan ciri-ciri seperti

  • Panas atau sejuk
  • Lembut atau kasar
  • Jarang atau tebal
  • Ketat atau longgar
  • Serap peluh atau tidak
  • Mudah berkedut atau tidak berkedut
  • Meregang atau tidak
  • Mudah dibasuh atau memerlukan penjagaan khas
  • Mudah koyak atau tahan lasak
  • Sensitif dengan kulit anda atau tidak
Maklumat ini penting kerana setiap pakaian hendaklah bersesuaian dengan fungsi seperti majlis yang ingin dihadiri dan sekiranya jenis fabrik tidak dinyatakan, anda hendaklah menghubungi pihak butik muslimah online bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana nak membeli pakaian di butik online Lanafira? 


  1. Pergi web www.lanafira.com
  2. Klik pakaian yang kamu ingikan
  3. Pilih saiz dan klik butang '' ADD TO CART''
  4. Terus buat bayaran dan isi maklumatkan yang diperlukan.
  5. Then tunggu barang sampai terus ke alamat kamu.
Kalau nak tahu sendiri kamu boleh la jengguk sendiri laman web Lanafira ni, di jamin sangat puas hati

Laman Web : www.lanafira.com
Instagram : Lanafiraofficial


25 April 2017

Penginapan Awesome Di Impiana Resort Cherating

﷽

‎
Assalamualaikum,

Kamu merancang percutian ke Pahang?? datang ke Pahang wajiblah singgah di Cherating.. Kenapa Unni kata wajib, sebab memamng rugi kalau alang-alang datang bercuti kat Pahang tapi tak singgah. Subahanallah Cherating merupakan sebuah pantai yang sangah indah..Seperti yang kamu ketahui pantai adalah salah satu tempat yang rasa boleh hilangkan segala masalah. Dengan keadaan pantainya bersih dan masih terpelihara dan tidak tercemar. So bolehlah kamu lepak  tepi pantai dan nikmati pemandangan Pantai Cherating ini.

Lepak Pantai Cherating ni da macam kena terapi minda, rasa tenang sangat. Allahamdulilah satu lagi Nikmat Allah yang masih diberikan kepada hamba-hambaNya. Pantai Cherating ini juga merrupakan Pantai yang di lindungi di Bukit Cherting. Aktiviti luncur air merupakan aktiviti pilihan dan semestinya pantai ini merupakan salah satu tempat yang disukai dan digilai oleh peluncur- peluncur dunia. Untung kalau kamu datang jumpa plak peluncur- peluncur taraf dunia.

Pantai Cherating terletak di Pahang, lokasi bersebelahan dengan Daerah Kemaman, Terangganu. lebih kurang 45 KM dari Bandaraya Kuantan (30 minit masa memandu) dan 17KM dari Bandar Chukai, Kemaman (lebih kurang 10 minit masa memandu). Bagi yang datang dari Kuala Lumpur datang melalui  Lebuhraya Pantai Timur.Masa perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit.

Kalau datang Cherating ni, tak perlulah risau pasal penginapan tau!!! Unni suggest you all tempat yang paling the best..

Banyak tempat penginapan di sekitar Cherating yang menawarkan pelbagai jenis kemudahan. Last year pergi Cherating, Penginapan Impiana Resort Cherating menjadi pilihan. Nak dapatkan harga menarik boleh je Google Amazing deal on Impiana Resort Cherating. Banyak laman web yang menawarkan harga yang menarik.

Bilik
Ruang Menunggu
Resort ini menampilkan konsep tradisional. Dari segi reka bentuk bangunan sampailah persekitarannya. Resort dan perabot yang digunakan semuanya daripada kayu.  Semestinnya tempat ini mejadi pilihan, terasa classic gitu!!

Salah lagi yang paling best persekitaran yang bersih. Review kat Google, kebanyakan pengunjung memang puji tahap kebersihan  dan persekitaran resort ini. Pekerja dia pun memang ramah dan mesra. Servis memang tip top la..Memang bagi full star 😍😍

Selain itu, ada kolam renang  yang besar dan terbuka di luar resort. Yang nak pergi bermain pantai boleh jalan kaki je dari resort ni. Tapi anda hanya boleh mandi sekiranya air surut sahaja. Buat pengetahuan kamu, Impiana Resort Cherating telah ditutup buat sementara bagi proses renovation. Bertahun juga masa untuk renovate tak silap sebab keseluruhan kawasan di resort ni terlibat. Wah, tak sabar nak tengok pembaharuan yang dibuat oleh pihak resort.. Mesti gempak kan!

Kemudahan seperti gelanggang tenis, tempat memancing, Biliard, ping pong, permainan dart dan berbasikal turut  disediakan oleh pihak resort.

Oleh kerana Cheting ni sebelah jak dengan Kemaman so sambil-sambil tu boleh lah ke Pantai Teluk Kak Nik juga dikenali sebagai Monica Bay. Pantai ini pun cantik dan terdapat banyak pokok rhu. Ambil gambar di bawah pohon rhu memang cantik! Make sure pigi waktu siang jak sebab malam Pantai ni ditutup. 

Kawasan ni lokasi penyu bertelur. So malam, pantai ini ditutup. Kamu boleh lah lawati pusat santuari penyu. Boleh dedahkan kepada anak- anak tentang hidupan laut yang jarang dilihat iaitu penyu. Pergilah ke Pusat penerangan dan konservasi penyu. Paling best kalau dapat tengok aktiviti melepaskan anak- anak penyu di pantai. Mesti rasa ndak mo balik.. Selain tu ada juga pameran pemuliharaan penyu. Masuk free kot.

Kalau nak aktiviti yang lagi best, pigi tengok kelip-kelip waktu malam kat sungai Cherating. Naik bot pada waktu malam then tengok kelip-kelip sambil menikmati udara yang nyama.. Serius nak datang lagi lepas ni. Mana yang kita tahu Chearating ni sebelah jak dengan kemaman, Terengganu, so boleh lah pigi tengok kelip-kelip  di Sungai Yak Yah Kemaman atau di Sungai Ibok, Chukai Kemaman.

Part makanan ni paling fav!! Jom tengok tempat makan yang menarik pula di Cherating ni. Banyak sangat tempat makan yang sedap di Cherating. 

Otak-otak dan Satar
Keropok Lekor
Antara makanan tradisional ialah otak-otak, sata dan keropok lekor. Bagi yang mencari sata dan otak-otak sedap boleh cuba di Warung Aziz Satar atau Che Wan Kuala Kemaman.

Nasi Dagang
Gulai Kawah
Selain itu, bolehlah nikmati makanan lain seperti gulai kawah, nasi dagang, ikan bakar dan makanan laut yang segar. Antara tempat yang famous di sekitar Cherating ni ialah Warung Awang Ikan Bakar, Warung RC2 berdekatan RNR Chenor. Tempat ni popular dengan masakan nasi kerabu, ayam bakar dan nasi minyak pelbagai lauk. 

So kalau nak cari ketenangan minda dan ingin lari dari kesibukakn kota.. Unni suggest datang la Cherating.. Kenalah rasai sendiri suasana dan pengalaman di sana. Barulah tahu best ke tak kan Cherating ni. Tak gitu? Aduh Mood Holiday ON la plak....

Sekian..


21 February 2017

Rawat Ekzema Dan Proriasis Bayi Dengan Bedak Asmak


Assalamualaikum,
Allamdulilah hari ini di beri peluang untuk memperkenalkan kepada semua tentang sebuah Bedak PELBAGAI GUNA iaitu yang mampu merawat ekzema dan psoriasis iaitu Bedak Asmak. Bedak Asmak telah dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ( MHAM ).
Sebelum kita mengetahui lebih lanjut akan keistimewaan dan keajaiban bedak Asmak, mari kita kenali terlebih dahulu apa itu Ekzema dan Psoriasis.
Apa yang kita tahu tentang Ekzema dan Psoriasis?? Mari kita kenali penyakit ini secara ringkas

Apa itu Ekzema dan Psoriasis??

Ekzema ialah sejenis PENYAKIT KULIT yang menyebabkan radang, gatal, kering, megelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini dihidapi semua lapisan umur tetapi lebih cenderung kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun ( bayi ).
Penyakit ini adalah di sebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan genetik ( diwarisi oleh ibu bapa ). Ekzema lazimnya akan terkena pada bahagian tangan, muka, leher sekiu dan belakang lutut.
Penyakit Ekzema pada Baby
Proriasis pula sejenis PENYAKIT AUTOIMUN juga bekaitan kulit yang menyebabkan kulit kelihatan bersisik dengan lapisan penebalan yang berwarna kemerahan, gatal dan pedih. Namun bila sisik tertanggal akan menyebakan bintik dan pendarahan pada kulit bawahnya.
Penyakit Proriasis sering timbul pada bahagia kuku, kulit kepala, siku, telapak tangan dan kaki. Namun pada tahap kronik penyakit ini mampu meyerang seluruh tubuh ( eritroderma ) yang boleh menyebabkab kematian.
Penyakit Psoriasis
Namun penyakit Ekzema ini lebih cenderung kepada bayi dan pastinya sebab Ibu Bapa pastinya inginkan terbaik untuk anak-anak. Kini sebuah Produk keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ( MHAM ) memperkenalkan produk yang mampu merawat Ekzema dan Psoriasi dengan harga mampu milik iaitu Bedak Asmak

Merawat Ekzema dan Psoriasisi dengan Bedak Asmak

Kenapa menggunakan Bedak Asmak??

➤ Diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi.
➤ Selamat digunakan untuk semua peringkat umur.
➤Bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman-berzaman lagi menepati saranan Rasulullah SAW berkenaan penawar dari tanah untuk masalah kulit.
Alternatif Rawatan Ekzema & Psoriasis | Bedak Asmak - Tanah Liat Putih Berkualiti Tinggi
Kegunaan Bedak Asmak??

Bedak Asmak | Bedak Pelbagai Guna
Bedak Asmak juga dikenali sebagai bedak pelbagai guna kerana bukan saja merawat Ekzema Dan Psoriasi tetapi turut merawat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan kulit.

          ➤ Ruam pada bayi
          ➤ Kudis buta
          ➤ Kurap
          ➤ Panau
          ➤ Kayap
          ➤ Gatal
          ➤ Luka
          ➤ Cacar
          ➤ Demam Campak

Selain merawat masalah kulit di atas,ia juga mampu mengecutkan jerawat,mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna selalu.Boleh dipakai setiap malam sebelum tidur ( jadikan masker ).

Turut boleh  dimakan untuk digunakan untuk masalah Cirit-birit dan gout.

Cara Mengunakan Bedak Asmak??

1. Sapu pada bahagian masalah sahaja.
2. Sapuakn pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
3. Lepas beberapa jam, sekiranya kelihatan pudar dan diserap peluh, cuci bersuh dengan air, lapkan dan keringkan kemudian sapu lagi.
4. Sekiranya bedak kelihatan kering, tambahkan sedikit air tang bertapis atau air zam-zam. ( Pastikan tidak terkena air klorin )

Apa keistimewaan Bedak Asmak ??

➤ Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA,jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan.
➤Penggunaan berterusan mampu merawat masalah kulit,mengelakkan kedutan,menghilangkan jerawat,melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.
➤ Teksturnya lebih halus,mudah serap,dan sejuk bila dipakai.
➤ Mengamalkan As-Sunnah Rasulullah
➤ Selamat dan suci.
Lihat Testimoni Pengguna Bedak Asmak
Testimoni Pengguna Bedak Asmak
Hebatkan?? MHAM juga telah mengelurkan Produk premium pada harga TERENDAH! dengan harga mampu milik dan boleh di miliki oleh semua golongan masyrakat, cuma mahu atau tidak.

Beratnya 150g+-
Harga cuma RM38

Dapatkan segera jangan Sampai Bedak Asmak Menghantui ANDA !!!

VIDEO : Hantu Bedak Asmak

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ
019 - 970 8897

Website rasmi syarikat 

Instagram 


Fb Page Produk 

Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma
Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema
Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/1591204454498940/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page


Antara Produk lain Keluaran  MHAH
By Hand

24 November 2016

Blog Review By Safirul Amar

BLOG REVIEW
ASSALAMUALAIKUM
Akhirnya Turn Segemen blog review by Safirul Amar Unni da sampai, maybe Safirul da lama Update just Unni yang tak perasan, berdebar-debar juga sebab selama tak penah ada nak review blog kita. Ada juga lah yang selalu tegur if blog ada something wrong. Teguran membawa kejayaan, Unni hargai sangat-sangat.
Review By Safirul Amar
Review By Safirul Amar
Serius baca part-part awal Unni sendiri gelak sorang-sorang. Laju-laju buang CCTV tu, tapi betul kata safirul hati-hati bergurau, sejak Unni letak CCTV📹 pageview jatuh merundum Unni pun baru perasaan. Maybe orang ingt betul kot, gerak geri anda di perhatikan padahal acah-acah jak, tak ada fungsi kot. Hahahaha.. Lawak la Unni!!!

Slogan KAYU MANIS 😍😍 itu wajib. Nak tau kena kayu Manis boleh baca SINI. Unni bukan nak berlagak tak mahu guna loghat Sabah tapi Unni sedar rakan blogger Unni lebih ramai kat sebelah SEMENANJUNG so guna bahasa yang boleh di fahami!! Karang sia sakap BAHASA SABAH na bekakai utak urg mo baca!! 😂😂😂

Nampak nya banyak lagi kena belajar kat Blog ni terutama pasal SEO, fuhh sampai sekarang masih tak katam-katam pasal SEO ni. Btw ALT dan TITLE Unni da faham. Dapat markah 59%. Jum pakat tingkatkan SEO.

Ucapan ribuaan TERIMA KASIH buat Safirul sebab sudi kongsi Ilmu, ilmu yang takkan pernah habis dan sentiasa bertambah. Boleh cek review kamu kat SINI.
Salam Sayang
UNNI ANJE

20 November 2016

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE ~ Day 7 - A Blog Review

Akhirnya !!!Alhmdulliah Unni Berjaya Menghabiskan 7 Day 1 Week Blog Challenge By Rii dengan masa yang tepat !! cehhwah, maklum la Unni da macam Full Time Blogger, Ok now day 7 iaitu hari terakhir, Day 7 A blog Review!! Wah sama macam Cabaran 30 Blogging #15 !! So kalau kat SINI Unni nyatakan 5 blogger Unni suka, so hari ni Unni nak cerita pasal sorang g yang Unni suka.


A Blog Review



Dia adalah Mai!! Meh kenal sikit-sikit pasal dia

Nama Sebenar : Noor Maizan Fauzi ( Cahaya Utama )
Umur : 23 Tahun (2016)
Asal : Kedah
Adik-beradik : Anak kedua dari 7 orang


Why Mai??

Mai ni Unni paling suka sebab TAK KEDEKUT ILMU. Selagi di mampu dia akan tolong, like me, newbie kat blog ni memang banyak benda Unni tak tau. Kalu Unni tnya automatic dia jawab.

Boleh lawat blog Mai macam-macam TOTURIAL !! Kalau Unni request mesti dapat, like my Header. Header lama pun dia tolong buatkan, baca kat SINI.

Ramai orang kata budak kidal ni memang kreatif. Mai ni kidal memang KREATIF. Sila la tengok blog Mai, kretif ke tak!! Tengok pic header yang Unni share da cukup kot..

Sangat-sangat PERAMAH!! Sifat peramah ni yang senang nak bawa berkawan, tegur walapun tak kenal. I LIKE THAT!!

Tu je kot Unni nak review.. Maybe ada di antara kamu lebih tau pasal dia, perkenalan Unni nagn Mai tak sampai sebulan pun lagi tapi da rasa macam kenal setahun. Itu la istimewanya Blog dari dunia maya yang lain.

So 3 point utama TAK KEDEKUT ILMU, TOTURIAL KREATIF dan PERAMAH.. Maaf la bab review ni memang fail sikit, so macam yang Unni dapat tip kalau nonton movie apa yang kita faham, so kalau orang apa yang kita tahu tentang dia!!

P/S : Maaf  Mai Unni pinjam Header.


Salam Sayang
7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE 
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Geng Blogger lain yang join SINI

- TAMAT -

18 November 2016

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE ~ Day 5 - A Review Book

Hampir terlupa tentang ni!! Aysik sibuk mengodam koding, maklum la Blog Under Maintenance. Ok hari ni da masuk day 5. Opsss Salam penghulu segala hari all. Day 5 A Review Book. Buku da banyak baca tapi nak review tu payah, tapi dalam Day 2 review movie ramai bagi pendapat tentang review. Thanks yerr !!! So dari apa yang kamu-kamu ckp review dari kita kan, so mari nak Review satu buku ni memang terbaik lah

A Review Book

Rasulullah is my Doctor !! Unni rasa kamu patut menghadiakan buku ni tuk diri sendri, serius wajib!! Rasanya pasal buku ni Unni penah update beberapa bulan lalu, tapi entry tu TERDELETE !! so sad. 

Rasulullah is my Doctor by Jerry D. Gray

Sinopsis

Sesungguhnya thibbun Nabawi ( perubatan cara nabi ) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah SAW berpesan dalam hadith yang derekodkan oleh Imam Bukhari 

'' sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali DIA juga menurunkan ubatnya.''

Ilmu perubatan Rasulullah SAW ini merupakan satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara pratikal sejajar dengan amalan Rasulullah SAW. Baginda bukan sahaj memberikan resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan Hadith adalah benar dan sempurna.

Review


Dalam kandungan buku ni mempunyai 3 kandungan dan 8 bab di mana semua mengulas tentang kesihatan dengan menggunakan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan. 

Bahagian 1 : Kedoktoran Rasulullah mengunakan kaedah seperti doa wuduk dan sebagainya. Susah tul nak mulakan ni, tapi yang pasti semua menggunakan keadah tradisional seperti bekam, Mengupas tentang tradisi Ruqyah dan ayat-ayat Ruqyah yang mempunyai rahsia yang mampu menyembuhkan kita dari pelbagai penyakit dan mengupas tentang Habbatusauda ( Biji Jintan Hitam ). Kamu tahu ka?? habbatusauda memiliki kemampuan menyembuhkan semua penyakit kecuali mati. Habbatusauda herba  ajaib yang mengandugi pelbagai khasiat perubatan.



Bahagian 2 : Manfaat ramuan semula jadi. Dalam topik ni mngupas tentang kebaikan tumbuhan semulajadi yang mempunyai pelbagai khasiat yang mampu mngubaiti pelbagai penyakit dan teknik panduan tajamkan mata tanpa perlu memakai cermin mata.



Bahagian 3 : Mengupas tentang perubatan moden, ubat-ubatan dan vasin yang berisiko tinggi untuk kita.


Kalau nak lagi detail miliki sendiri harga Pun mampu milik SM: RM 25.00  dan SS : RM 28.00. Tu jak Unni mampu review pasal buku ni.

Sekian

Salam Sayang



7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE 
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

Geng Blogger lain yang join SINI