Terburu-buru Mengejar Cinta Manusia
Assalamualaikum,
Allahamdulilah dengan izin Allah SWT masih mampu menikmati hari ini. Harap kamu semua sihat-sihat belaka. Today Unni nak share tentang apa terjadi jika Terburu-buru Mengejar Cinta Manusia. Khas buat yang belum bergelar isteri atau suami.
Golongan remaja pada hari ini yang kebanyakannya 'terburu-buru' dalam mengejar sebuah perhubungan cinta dengan manusia berlainan jantina merupakan golongan yang sangatlah RUGI.
Kerana apa dikatakan mereka itu rugi ? Kerana kita sendiri tahu bahawa sifat 'terburu-buru' itu datangnya daripada syaitan laknatullah. Maka sifat ini lah yang disukai syaitan.
Rasulullah SAW bersabda :
التَّأَنِّى مِنَ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ
“Sikap perlahan-lahan(sabar) itu dari Allah, dan sikap tergesa-gesa itu dari syaitan.”
[HR Al-Baihaqi dari Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu, Ash-Shahihah: 1795]
Ruginya seseorang yang terburu-buru dalam percintaan adalah kerana dia hanya melihat seseorang yang ada di hadapannya ketika itu sedangkan dirinya pada ketika itu masih belum mencapai ilmu yang cukup untuk memahami tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar. Masih jauh perjalanan hidup yang patut ditempuhinya.
Sebab itu lah bila kita lihat kebiasaanya apabila seseorang itu bercinta di alam persekolahan, kemudian dia menyambung pengajiannya di menara gading lalu bertemu dengan orang baru & lantas jatuh cinta & berubah hati. Sungguh cinta yang dibina itu tersangatlah 'murah' nilainya.
Yang hairannya, mengapa kita boleh mecintai Allah tanpa melihat fizikalnya sedangkan apabila kita hendak mencintai manusia, pastinya kita ingin melihat dirinya sentiasa berada di sisi kita ?."
Nurkilan ini Khas buat sahabat-sahabat, janganlah kita menjadi manusia yang rugi dengan sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita. Apa yang kita sayang itu juga milik Allah, satu saat dia pergi jua walaupun dengan keadaan yang menyakitkan. Maka pujuk hati, berSABAR lah.
Tepuk dada tanya Iman.
Moga bermanfaat.
Coretan Hati
Thank you for the sharing^^
ReplyDeletebw here sekejap, salam jumaat penuh barakah amin ^^
Nice sharing Unni..
ReplyDeletebest nya entri unni kali ni..
ReplyDeleteterima kasih kerana mengingatkan. sentap pula hati ni sebab tipu la kalau cakap xpernah teringin nk ada org yg kita cinta. tapi alhamdulillah, nasib baik ainaa jenis yg susah nak jatuh cinta dan tak pernah pun sebenarnya. bila difikirkan balik, xpatut aina nak rasa cemburu ke apa, sebab Allah syg kita. Allah jaga hati Ainaa ni utk xmudah jatuh cinta yg sia2. Allahu, alhamdulillah. :)
ReplyDeleteSALAM JUMAAT UNNI NIK,ATI CINTA YG SEJATI
ReplyDeleteSo true. Yang penting sekali kejar cinta Allah, lepastu yg lain2 dgn sendirinya akan datang. Of course dgn usaha jugaklaa kan. :)
ReplyDeletejom join segmen ni http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/02/segmen-follow-me-februari-2017-my-first.html
ReplyDeletejom join segmen ni http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/02/segmen-follow-me-februari-2017-my-first.html
ReplyDeletebila kejar cinta Allah, kita tak perlu lagi terkejar2 cinta manusia :)
ReplyDeletebetul tu. kalau jodoh tak kemana. jauh berobu batu pun, sampai masa, Allah akan bagi dekat si pemilik hati
ReplyDeleteTersangat betul ! Kalau hati dh rosak, bnyknye akn ikut syaitan buat kptsan. Smoga kita semua dijauhkan drp mcm tu :)
ReplyDeletenice share unni
ReplyDeleteBetul tu Sis. Saya pun salah seorang insan yang alpa dengan duniawi semasa zaman percintaan dahulu. Hope Allah SWT mengampunkan jika telah melakukan dosa-dosa dahulu
ReplyDelete