Showing posts with label Sayang Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sayang Sabah. Show all posts

07 December 2016

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau

﷽‎



Assalamuaaikum,

Sapa pernah buat spa?? Best kan.. Kali ni Unni nak share satu lagi tempat yang paling best kat Ranau, Sabah!! Semestinya tempat ni destinasi wajib kalau datang Ranau, lagi-lagi para pendaki. Apa yang best?? best buat spa original. Spa Fish.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau

'' TAGAL '' Spa Fish terletak di sungai Moroli Kg Luanti Baru Ranau. Mengambil masa 2 jam 30 minit dari Kota kinabalu. Tagal membawa maksud tidak memancing. Tagal bertujuan bagi memelihara alam sekitar dan ekosistem yang memberi manfaat kepada generasi akan datang. 'Ikan pelian' atau Mahseer Malaysia merupakan spesis Cyprinidae. Ikan-ikan mampu memberi urutan penyembuhan ( Spa ).

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Bayaran masuk setiap sorang, Kat tiket ada number giliran so kena tunggu la number anda di panggil baru boleh turun ke sungai. Setip kumpulan hanya 10 minute sahaja.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Tambah RM3.00 caj camera. Bayar RM3 jak lepas tu nak bawa 10 camera pun tak apa. Then beli makanan ikan RM0.20 sebungkus.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Kaunter pembelian tiket. Teringat pulak adik baju putih peramah sangat, time Unni pi beli tiket dalam keadaan kalan terhinjut-hinjua ( kaki sakit lepas mendaki Gunung Kinabalu ) then dia tnya baru lepas mendaki ka kak?? Tau-tau jak ko dek!! bila borak-borak, rupanya tempat memang destinasi wajib selepas pendakian.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Peraturan itu wajib kat semua tempat.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Ruang menunggu nombor giliran da macam Jabatan Kerajaan pulak kan siap tunggu number giliran.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Kredit Picture : sayang sabah
Image Penuh gambar Sg. Morolo. ini la sungai tempat spa fish. Tapi time Unni datang tempat ni ada Line merah means lepas line tu adalah kawasan air dalam.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
See muka dorang ni, muka takut ka geli?? cer teka demi nak berselfie.. so gagahkan diri. Baju hijau Aiman berasal dari Kelantan dan sebelah tu Zaini asal Perak. kat sini cuaca sejuk tak kira time sebab dorang dua ni guna sweater.


Alahai buruknya muka kat situ !!! hahahaha.. jangan risau yerr ikan-ikan ni semua selamat, tak mencederahkan kami orang. Ikan-ikan ni just makan sel kulit-kulit mati kat kaki, tu la makanan spesis ikan ni.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Yang paling best, jangan susah-susah panggil ikan sebab kamu turun jak kat sungai tu, ikan yang serbu kita !! macam Train to Busan, nampak jak manusia ramai-ramai datang serbu. so ikan ni ibarat zombi la. Hahahahahaha.

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Jangan risau pasal makan semua ada jual kat sini !! Banyak gerai dibuka yang penting harga tak mahal sama dengan tempat biasa. Tempat makan pun ada , kat kauter beli tiket tadi. Lot parking pun luas. Then kat sini ada sebuah jambatan gantung!!

Tagal Spa Fish, Sg Morolo, Kg Luanti Baru, Ranau
Sempat juga naik atas bergambar. Kuat penagan selfie ni kaki sakit pun gigih jugak naik sini semata-mata nak bergambar.

Macam mana best ka?? kalau nak merasai sendiri spa fish tu macam mana, wajib la datang sini!! listkan destinasi wajib anda kesini ketika melancong ke Sabah. #MYTRAVELOKAESCAPASE kan ada !! Hahahahahah.

Sekian.


19 November 2016

Esplanade Sidek Kudat

 ﷽‎

Assalamualaikum,
Masih berada di Kudat !! Now Esplanade Sidek. Secara kejujuran Esplanade Sidek ni tak lawan Esplanad Sepitang yang jauh lebih cantik !! Haaa jujur kan. Sebenarnyaa kami kat sini just ambik gambar jak, Sebab bergegas nak ke Tanjung Simpang Mengayau melihat Sunset.
Esplanade Sidek merupakan tempat reaksi penduduk tempatan terutamanya pada waktu malam. Terdapat sebuah menara jam ikonik yang menandakan pintu masuk ke kawasan Esplanade, dan beberapa stuktur bangunan lain. Tapi kami tak sempat menikmati waktu malam.

View yang menarik Unni ambik guna Handphone samsung s4 jak tu blur sikit. Cantik port kapal tu kat kat sini menambah keindahan pemandangan.

90% view Esplanade Sidek
Suka Suki Kami berlima
View Sekitar Kawasan

Hiasan Google
Terdapat Sebuah Menara Jam yang terletak nedekatan pintu masuk kedalam sini. Ok time kat sini kami Tepat jam 3.15PM.

Hiasan Google
Disni juga terdapat taman permainan kanak-kanak dan aktiviti-aktivti banyak di lakukan disini.

Hiasan Google
Orang kata malam banyak buka tempat makan best, tapi kami tak sempat hanya mampu singgah sebentar. Kalau kat Esplanad Sepitang dapat menikmati Satay yang sedap, kat sini pula menikmati makanan laut/ seafood yang fresh. Pelbagai hidangan disediakan.

So datang Nak datang Kudat wajib la lawat tempat-tempat menarik ni Esplanade Sidek, Maranjak LongHouse, Padang Terbang dan Tanjung Simpang Mengayau. Best tau mengenali tempat orang sebab memang jauh berbeza dengan tempat sendiri.

Salam Sayang
>>Unni&Travel<<

12 November 2016

Esplanad Sipitang, Sabah

Selamat Malam !!!

Malam ni tertarik kat gambar-gambar kat Sepitang dalam Sabah Roudtrip Day 1 dalam entry Unni baru-baru ni. Terus terasa nak buat enrty khas tuk tempat ni. Lepak kat sini petang-petang memang best, dengan keadaan tempat yang lapang air laut, wahh.. tenangnya jiwa.

Esplanad Sipitang. kami menghabiskan masa lebih kurang 5 jam kat sini sekali menikmati makan malam. Datang sini wajib dinner sini !!! kenapa?? sebab kehebatan satay Sipitang kalah saya kajang tau !! Hahaha.

Unni sangat suka kat air laut!! cakap jak pasal nak p laut pantang menolak.. Siap ada burung bangau berterbangan. Macam jiwa kat sepitang pulak time ni !!

Ada sebuah jeti.. Just jeti tempat lepak-lepak tenangkan minda!! serius best, dengan angin sepoi2.. wahhh !!! Memamng pilihan terbaik santai bersama family petang-petang kat sini,

So biarlah gambar berbicara. Unni ni ada satu tebiat ke habitat!! tak tau nak letak mana satu, Unni jenis lebih suka kepada tampal gambar dan huruf !! Sebab bagi Unni gambar tu yang penting.. Huruf pun penting juga. Minda manusia tertarik dengan perkataan bila berkenanan dengan gambar.. Betul ke tu ??


Tempat ni memang menjadi kunjugan orang luar mahupun orang-orang Sipitang sendiri. Gerai-gerai kecil pun ada.

Setiap petang tempat ni memang di banjiri pengunjung. Nampak tak macam kemah2 tu. Situ la tempatnya Satay Sepitang yang  megalahkan satay Kajang!! banyak tmpat so kena bijak memilih yang terbaik.

View kawasan sekitar...


Yang ni view belum menjelang senja.



View menjelang petang..

View menjelang petang.. Unni suka Unni macam ni, lagi2 ada laut.. Kalau stress pun blh hilang stress tu.

Belanja selfie sikit.. !! best kan view kat sini, tempat biasa-biasanya tapi mampu menenagkan jiwa.. Kalau kamu dating Sabah wajib la lawat tempat ni, tak jauh dari Kota Kinabalu pun dalam 2 jam lebih sampai la.

Oleh kerana picture banyak sangat Up kat sini so Unni rasa nak asingkan entry Satay Sepitang !! hahahahaha, entry seterusnya pasal satay pulak ya..

Sekian.


Salam Sayang : Unni Anje