Showing posts with label Kudat. Show all posts
Showing posts with label Kudat. Show all posts

19 November 2016

Esplanade Sidek Kudat

 ﷽‎

Assalamualaikum,
Masih berada di Kudat !! Now Esplanade Sidek. Secara kejujuran Esplanade Sidek ni tak lawan Esplanad Sepitang yang jauh lebih cantik !! Haaa jujur kan. Sebenarnyaa kami kat sini just ambik gambar jak, Sebab bergegas nak ke Tanjung Simpang Mengayau melihat Sunset.
Esplanade Sidek merupakan tempat reaksi penduduk tempatan terutamanya pada waktu malam. Terdapat sebuah menara jam ikonik yang menandakan pintu masuk ke kawasan Esplanade, dan beberapa stuktur bangunan lain. Tapi kami tak sempat menikmati waktu malam.

View yang menarik Unni ambik guna Handphone samsung s4 jak tu blur sikit. Cantik port kapal tu kat kat sini menambah keindahan pemandangan.

90% view Esplanade Sidek
Suka Suki Kami berlima
View Sekitar Kawasan

Hiasan Google
Terdapat Sebuah Menara Jam yang terletak nedekatan pintu masuk kedalam sini. Ok time kat sini kami Tepat jam 3.15PM.

Hiasan Google
Disni juga terdapat taman permainan kanak-kanak dan aktiviti-aktivti banyak di lakukan disini.

Hiasan Google
Orang kata malam banyak buka tempat makan best, tapi kami tak sempat hanya mampu singgah sebentar. Kalau kat Esplanad Sepitang dapat menikmati Satay yang sedap, kat sini pula menikmati makanan laut/ seafood yang fresh. Pelbagai hidangan disediakan.

So datang Nak datang Kudat wajib la lawat tempat-tempat menarik ni Esplanade Sidek, Maranjak LongHouse, Padang Terbang dan Tanjung Simpang Mengayau. Best tau mengenali tempat orang sebab memang jauh berbeza dengan tempat sendiri.

Salam Sayang
>>Unni&Travel<<

Padang Terbang Kudat

﷽‎


Assalamualaikum,

Padang Terbang Kudat merupakan destinasi kedua kami dalam Sabah RounTrip Day 7. Pernah dengar tak pasal Padang Terbang Kudat ni?

Padang Terbang Kudat adalah Lapangan Terbang Kudat. Lapangan Terbang yang paling kecil. Terletak di utara Bandar Kudat.

Hanya Syarikat Penerbangan MASwings sahaja yang beropersi, Menyediakan penerbangan dari Kudat ke Kota Kinabalu yang mengambil masa 40 minit dan Kudat ke Sandakan yang mengambil masa 50 Minit..

View Inside


View Outside

Tu je nak share, Bagi Unni Lapang Terbang ni salah satu daya tarikan orang datang Kudat sebab nak temgok lapangan terbang yang comel ni macam kami la, kalau nak pi Tanjung Simpang Mengayau atau Maranjak Rungus Longhouse boleh la datang kesini sekali. Dan ada lagi satu tempat, entry seterusnya ya.

Sekian

Salam Sayang



17 November 2016

Maranjak Longhouse Lodge ~ Rungus Longhouse Lodge & Park Kudat

﷽‎


Assalamualaikum,

Dalam perjalanan Day 7 Sabah RoudTrip sebelum menyaksikan SUNSET di Tanjung simpang Mangayau, pagi tu kami singgah di Maranjak Longhouse Lodge ~ Rungus Longhouse Lodge & Park merupakan rumah tradisional kaum Rungus salah satu etnik di sabah. Kaun Rungus kebanyakannya berada di bahagian Utara Borneo Sabah.

Maranjak Longhouse ini terletak di kampung Bavanggazo Matunggong di Kudat. Merupakan sebuah rumah panjang yang Unik yang didiami oleh Kaum Rungus.

Bayaran yang dikenakan oleh setiap pengunjung.

Ingkodon [ tempat yang kami duduk tu ] Ingkodon digunakan sebagai kedua mempelai yang diletakkan diluar rumah panjang dan digunakan ketika majlis perkhawinan berlangsung suatu ketika dahulu oleh Kaum Rungu.

More detail tentang Rungus Longhouse

Antara View Rungus Longhouse ( Outside )


Ini la antara keunikan Rungus Longhouse jauh beza dengan rumah panjang Kaum Iban 

Antara View Rungus Longhouse ( Inside )

Rehat kan diri disini !!! best walaupun cuaca panas yang teramat dalam seyes x rasa panas maybe sebab bumbung bukan diperbuat dari zink kot, dari daun nipah maybe !! hihihiihi

Homestay Maranjak House

Rungus Longhouse juga turut di jadikan Homestay dengan package yang best-best, kamu boleh bermalam disini by group dengan harga serendah RM400++ selama 2 hari 3 malam. Bukan saja bermalam turut disajikan tarian tradisional Kaum Rungus dan pelbagai aktiviti menarik. Harga satu bilik juga serendah 

Seterusnya kami  ke karaftangan Maranjak Hall

Ruang perjalanan Maranjak Hall

 Zaman sekarang da canggih guna sofa kan tapi kat sini still guna ni, masih megekalkan ciri tradisional, just penambahan elektrik.. Dulu mana ada elekrtik kan tempat ni da kena upgrade bekalan elektrik kalau x memang xda orang nak datang maklum la zaman da moden.

sila ambaikan penyapu tu !!ini adalah gong, korang pun mesti tahu kan!! terletak di karaftangan Maranjak Hall.

Maranjak Hall

 Ini adalah kakak yang bertanggunjawab menjaga tempat ni.. Nama lupa.. hahahaha.. Dia ni yang Guide kami dari awal sampai habis. Kraftangan kat sini bukan di buat just saja-saja tau, tapi setiap corak memberi maksud yang tersediri, time dia tengan bagi penerangan kat kami satu persatu.

 Yeah dia nak angkut Maranjak Hall ni balik rumah.

semua penjual kraftang kat sini ramah tahap dewa!! Ko tnya apa jak la mesti dijawab, tapi ada tak fhm sangat berbahasa melayu, nasib kak Ann( sebelah Unni ) dan kak Aerin boleh berbahasa Rungus. tak jugak terpinga-pinga.

Salam Sayang : Unni Anje



16 November 2016

The Tip Of Borneo~ Tanjung Simpang Mengayau Kudat

﷽‎


Assalamualaikum,

Dalam Sabah RoundTrip Day 7 kami telah menyaksikan keindahan SUNSET di Tanjung Simpang Mengayau, Subahanallah ucapan syukur yang tidak terkata melihat keindahan Allah. Tempat ni memang da lama terkubur di hati nak datang, Allmdulilah kali ni untuk berkesempatan tuk datang kesini.

Hiasan Google - Image Full Tanjung Simpang Mengayau
Tanjung Simpang Mengayau secara am nya membawa maksud ''Mengembara Persimpangan Tanjung''. terletak betul-betul kat hujung Utara Borneo, yang merupakan Pulau ke 3 terbesar di Dunia. Dimana penghujung Utara Borneo Ini merupakan Titik pertemuan 2 Laut besar ( Laut China Selatan dan Laut Sulu)  Mengambil masa selama 40 minit dari Bandar Kudat.

Sekitar kawasang Tanjung Simpang Mengayau. Datang sini kena la excise siki naik naik atas tengok sunset.

Ini sebenarnya Bumi aka Dunia, tapi kebanyakkan penduduk sini panggil bola golf. Maybe bentuk macam bola golf.



 Posing Maut!! hahaha

View cantik  sekitar kawasan Simpang Mengayau


Koleksi yang ada.

Sunset kian mendatang !!! So kami pun beralih ke sebelah tempat agar tak terlepas peluang menanti keindahan Ciptaan-NYA

Port paling best melihat Sunset. Jelas sangat.

Menanti Sunset


Sunset Is Come

So biar la gambar berbicara kan.. Kalau datang Sabah boleh la, senanraikan tempat ni sebagai salah satu destinasi wajib, sebab ramai kawan Unni dari Semenanjung da datang sini.

Sekian

Salam Sayang : Unni Anje