Showing posts with label Sayang ALLAH. Show all posts
Showing posts with label Sayang ALLAH. Show all posts

19 November 2016

Padang Terbang Kudat

﷽‎


Assalamualaikum,

Padang Terbang Kudat merupakan destinasi kedua kami dalam Sabah RounTrip Day 7. Pernah dengar tak pasal Padang Terbang Kudat ni?

Padang Terbang Kudat adalah Lapangan Terbang Kudat. Lapangan Terbang yang paling kecil. Terletak di utara Bandar Kudat.

Hanya Syarikat Penerbangan MASwings sahaja yang beropersi, Menyediakan penerbangan dari Kudat ke Kota Kinabalu yang mengambil masa 40 minit dan Kudat ke Sandakan yang mengambil masa 50 Minit..

View Inside


View Outside

Tu je nak share, Bagi Unni Lapang Terbang ni salah satu daya tarikan orang datang Kudat sebab nak temgok lapangan terbang yang comel ni macam kami la, kalau nak pi Tanjung Simpang Mengayau atau Maranjak Rungus Longhouse boleh la datang kesini sekali. Dan ada lagi satu tempat, entry seterusnya ya.

Sekian

Salam Sayang



13 November 2016

Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari


Hai kamu ..

Allamdulilah Berjaya juga Unni habiskan pembacaan walapun mengambil masa berminggu-minggu!! Power x? ni kira ok la belum sebulan da abis baca sebuku, kalau dulu dua bulan belum tentu habis sebuku.. Maklumlah sedang berjinak-jinak menjadi ulat buku.

Sebenarnya buku ni bukan la list buku yang Unni nak, terbeli sebab buku ni limited. Tapi sungguh tak menyesal beli. Buku paling sesuai tuk orang-orang yang baru nak mendirikan rumah tangga.. Nanti entry seterusnya Unni review pasal buku ni yer.

Sinopsis

SUAMI BUKAN MALAIKAT, ISTERI BUKAN BIDADARI merupakan sebuah buku yang sarat dengan inspirasi tentang ilmu berumah tangga khususnya buat anak-anak muda yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan itu bukan hanya atas dasar cinta semata-mata. Namun bagi memastikan keharmonian itu terus kekal berpanjangan, cinta itu perlu hadir bersama dengan tanggunjawab. Itulah tema yang penulis ketengahkan dalam buku ini. Tanggungjawab untuk menjaga hubungan sebelum perkahwinan, tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh bersedia sebelum berumahtangga, tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumahtangga dan tanggungjawab untuk mendidik anak dengan ilmu yang benar. 

Sekian

Salam Sayang : Unni Anje



12 November 2016

Floting Semporna ~ Dragon Inn

﷽‎


Assalamualaikum dan Selamat Malam Kamu..

Malam ni nak share tentang Floting kat Semporna.Dalam Trip Sabah RoudTrip kami macam yang Unni ceritakan kat SINI, penginapan kami pada malam ketiga adalah Floting. Ni first time Unni tidur kat Floting.. Tapi sangat-sangat berbaloi.

Ketibaa kami pada malam ketiga, nak cek in dulu.. Ini adalah laluan masuk Floting then kami cari sign About Dragon Inn.


Kena jalan kedalam la juga baru jumpa Dragon Inn ni.. Sebab kat sini banyak Hotel Flotting so korang pilih jak, tapi Dragon Inn merupakan hotel Floting yang paling murah.

Ini reception, sbila da settle boking number then ambil kunci bilik..Kami boking online jak. klik sini untuk info lebih lanjut mengenai boking room.

Kami ambil family room dua katil king!!!

Dalam bilik ni semua lengkap!! just iron jak xda, kalau nk boleh request kat reception, tapi hanya di had kan 1 jam tuk satu bilik.

Syiling Dragon Inn, semua diperbuat dari kayu dan jalur tu bamboo kecil, design memang unik..

 Nak simpan pakaian korang 1 beg besar tu pun, almari dia besar, semua kayu!!

Cermin pun puas hati

Nak buat minuman, ada ni.. lengkap tingal ambil air cucuk plug!!

Tak payah susah duduk lantai, kerusi ni ada dalam bilik.

 Tanda pun semua lengkap, tanda pun kayu tau, just lantai je simen.

Dan paling penting Plug!! tambah bekalan semua gadjet..

Pagi ni semua bangun awal, sia-sia bangun awal.. Pemandangan Floting Semporna di waltu pagi..

 indah kan cipta-NYA.. sejuk jak mata pandang macam ni pagi-pagi, ikutkan hati nak menetap je kat sini.. HUHUHU

Sebelum ke jeti, sempat ronda-ronda kawasan sekitar Dragon Inn

 Comel kan ukiran penyu ni, deperbuat dari kayu, sebelah dia pulak cengkerang.

Salah satu perhiasan di Dragon Inn


Maca swimming fool kan!! tapi ni bukan terjun kat laut tu, ni just tempat rehat-rehat nak order minuman pun boleh.

Restoran Dragon Inn.. kat sini semua makanan seafood. Time ni awal lagi so restoren ni belum buka.

Nak beli cenderahati, kat sini ada.. tak payah susah2, harga pun biasa-biasa jak

Kat sini banyak sangat lorong so setiap lorong ada label.. Block ABCD dan seterusnya.. Kami Block H, so memang jenuh jalan mencari room.

Lorong H room. Gambar di ambil depan room kami.

 Antara blok-blok room di Dragon Inn

Laluan ke Reception. tempat duduk juga disediakan

 Kat sini adalah laluan bot.. Nampak tak bot tu?? nak suruh pihat bot datang ambil sini pun boleh tak payah tnggu kat jeti utama kalau nak masuk Pulau la.

Menikmati pemandagan indah yang tak semua orang boleh merasainya.

Time cek out!! nak selfie ni sebnarya.. ada pulak g snap..

View Dragon Inn di waktu senja, sebelum menerusakn perjalanan sempat singga sini smula

Tu je la Unni dapat share pasal Floting Dragon Inn ni, pasti semau kelengkapan ada then antara yang paling murah.. Kot-kot korang nak datang sini kan boleh la cuba kat Dragon Inn ni.

Salam Sayang : Unni Anje



11 September 2016

Arafah Sebaik-baik Hari

Hari Arafah 9 Zulhijjah 1437H bersamaan 11 September 2016 (Ahad)


Assalamualaikum,

Hari ini 11 September 2016 (Ahad) bersamaan 9 Zulhijjah 1437H merupakan waktu Wukuf di Arafah antara 5.20 pagi - 11.30 malam waktu Malaysia. Berdoa lah ketika itu kerana doa waktu itu amat mustajab, moga doa kita di makbulkan. Wukuf di Arafah merupakan rukun haji yang penting, tanpanya ibadat haji tidak sah. 

Hari sebaik-baik Doa.

Sabda Rasullulah SAW,

'' Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula yang diucapakn oleh para Nabi sebelumku, adalah ucapan, 

Laa ilaha ilallah wahudahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kuli sya-in qodir


( Tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasi segala sesuatu).''

[HR.Tirmidzi no 3585]

Dan baginda bersabda lagi,

Puasa di Hari Arafah

Antara kelebihan di Hari Arafah.. Kita sebagai manusia biasa yang memang tidak lepas dengan dosa, jadi sapa yang tak mahu di ampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.. Bagi yang  tidak berpelung untuk berpuasa berdoa lah sebanyak mungkin, In sha Allah doa-doa kita akan di makbulkan.. Amin Ya Rabbal.. Sedikit perkongsian yang tak seberapa.. Wallahu..

Salam Salam Unni Anje

Wassalam