Showing posts with label Aku budak baru belajar. Show all posts
Showing posts with label Aku budak baru belajar. Show all posts

11 March 2017

Template Berwajah Baru By Mayy Jie

Template Berwajah Baru By Mayy Jie



Assalamualaikum,

Allahmdulilah kini blog berwajah baru.. Setelah sekian lama ingin menukar mood template. Sangat menepati citarasa Unni dengan pink-pink then susun yang menarik.

Lawa kan?? mesti la tengok la sape buat.. Seorang yang sangat kreatif. Satu lagi nikmat yang Allah kurniakan memiliki seorang sahabat yang baik dan sentiasa menghulurkan bantuan di saat kita memerlukan, walaupun hanya di Alam Maya. So kita sebagai sahabat jangan pula nak ambil kesempatan di sebalik kebaikan orang lain 😊.

Thanks Mayy Jie atas template yang comel loteh ni. Terasa nak lepak je depan blog ni, tapi apakan daya hanya mampu mencuri masa bersama blog buat masa ini. Sayang May ketat-ketat 💕💕.
Mayy Jie
Sapa belum follow Mayy Jie boleh la terjah blog May. Macam-macam toturial, tip dan cerita ada. Singgah then tinggal jejak tau!! Nak full toturial tukar template  pun ada. 

Template Berwajah Baru By Mayy Jie
Wajah Baru Template Unni Anje

Coretan Hati

18 November 2016

Tukar Mood Template

Test.. test.. test.!!

Welcome to my New Template !! Hahahahaha.. Berjaya ke ni?? semalam tengok Mellya belajar Guna responsive blog template kat SINI sebab nak tengok responsive selepas tukar template. Sebelum ni dengan entry Mai Pageview meningkat selepas tukar template kat SINI.

So Unni pun nak try la, masih megekalkan unsur pink, side tepi tu semua Unni belajar guna koding baru. Terasa best pulak godam-godam koding ni.

Now projek belajar buat Header!! dan seterusnya .. Kalau dapat pertanyaan dari Unni kat kotak komen kamu mohon tunjuk ajar yar.

Hati-hati yer CCTV on !!

P/s : Mana comel template baru atau lama?? hihihihihi


Salam Sayang




28 October 2016

Tukar Template Baru- Free Download

Morning..

Pagi ni buat entry dengan templet baru. Mencabar la juga ada yang lari seting mujur ada sifu Reen. Alhmdulilah satu persatu masalah dia selesaikan. Seharian buat templet ni semalam. Siap kena belajar HTML. Nak seribu daya tak nak seribu dalil kan.

Selalu kalau buat blog walking jeles jak tengok blog korang yang comel-comel, penah juga tepikir nak beli templete tapi malas la. Lepas la tengok Reen update entry pasal Cara untuk dapatkan template blogspot percuma. Unie Follow kat situ jak. Tak pandai nak ajar sebab Unie pun dalam proses pembelajaran lagi.

Alhmdulilah semalam sebelum terlena depan Laptop Unie Berjaya selesaikan masalah hasil bantuan sifu. So pagi terus up post. Semangat ni!!

Ok selamat tinggal design Template lama.. Dulu memang serabut sikit nak baca. Bila buka Url https://unnianje.blogspot.my kena scroll banyak2.


Selamat datang template baru. Nampak template baru ni lagi kemas dan teratur. Sedap jak mata memandang, yang penting ciri-ciri Pink masih dikekalkan kan.. Da rasa macam nak up post jak tanpa henti.

P/S : Tapi x lawan template korang yang lagi cantik.. Btw Thanks my sifu Reenri..

Salam Sayang

Unni Anje

10 September 2016

Program World #QuranHour sambil berpuasa Hari Arafah

MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT WORLD QURAN HOUR SAMBIL BERPUASA HARI ARAFAH.

Program World #QuranHour 2016 


Assalamualaikum,

'' WORLD #QURANHOUR '' Merupakan sebuah program satu jam bersama Al-Quran yang berlansung pada 9 Zulhijjah 1437H bersama 11 September 2016 ( Ahad ) di detik 9.00 - 10.00 pagi. Pada tarikh ini, seluruh umat islam didunia akan beriktiqaf membaca Al-Quran selama 1 jam.. Hentikan segala aktiviti lain. Ambik wuduk dan dampigi la Quran selama 1 jam..

Aktiviti yang patut dilakukan selama 1 jam..

1. Baca Al-Quran
atau
2. Baca terjemahan atau tafsiran ( bagi yang tak pandai membaca Al-Quran / berhadas )
atau
3. Berbincang atau belajar tentang Al-Quran dengan yang mahir.
atau
4. Apa sahaja yang boleh kita menafaatkan apabila berdampingan dengan Al-Quran.

Dalam setahun kita ada 8760 jam. Hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen ini World #QuranHour ..

*Dampingi la Quran*
*Kasihi la Quran*
*Hayati lah Quran*
*Jadikan Quran Panduan*

Mana yamg dah lama tinggalkan *JADIKANLAH* ini sebagai suatu *PERMULAAN*..

Jum gegarkan *SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL-QURAN*

Jom Puasa Hari Afarah.


Puasa Sunat Hari Afarah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia.. Tarikh yang sama dengan program World #QuranHour 9 Zulhijjah 1437H bersamaan 11 September 2016 ( Ahad ). Yang dikhusus kan kepada mereka yang tidak mengerjakan Ibadat Haji.

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan secara rasmi bahawa 1 Zulhijjah bagi negaranya telah di tetapkan pada 3 September 2016 Masihi ( Sabtu ), Maka hari Arafah yang dikenali Hari Wukuf merupakan kemuncak ibadat Haji, Pada 11 September 2016 Masihi ( Ahad ) bersamaan 9 Zulhijjah 1437H.

Jom kita sama-sama hidupkan program ini sambil berpuasa, jangan jadikan tak pandai membaca Quran sebagai alasan kerana terjemaan ada. Jangan malu dalam menuntut ilmu Allah.. WALLAHU..

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

01 September 2016

Program Kraf Tangan 2016 by Nisa Tawau


Assalamualaikum,

Alhmdulilah dengan izin Allah SWT inilah calon-calon yang terpilih oleh Allah untuk menghadirkan diri menimba ilmu Allah..

Satu lagi program anjuran Nisa Tawau yang telah di jalankan dengan jayanya.. Terima kasih dan syabas buat para Ajk Program dan juga sahabat-sahabat yang hadir. Nisa merupakan satu gerakan Khas untuk Para wanita contohnya macam usrah ( mungkin anda lebih tahu ). Ilmu takkan pernah habis dan tuntut la ia selagi kita masih mampu.

Hujung minggu yang lalu, Alhmdulilah Unie dan sorang Sahabat Sam ( Bukan nama sebenar ) Berjaya hadirkan diri walaupun sibuk berkerja. Ilmu Allah sapa ndak mau kan. Dengan semangat yang berkobar-kobar pagi-pagi lagi da terpacak kat depan KD Sri Tawau. Get pun ndak buka lagi bah... jgn ckp get orang lain pun belum ada, semangat tau bukan senang orang yang berkerja macam kami dapat curi masa macam ni...  Tapi sebenarnya dari diri sendiri sama ada mahu atau tidak...

Alhmdulilah nikmat kesabaran, muncul la sorang demi sorang then in the geng.. WOW bisik dalam hati.. Lepas tu sorang adik comel tu pun ambik pendaftaran then bahagi kan kumpulan.. Yang kejam dia pisahkan Unie dan Sam. Padahal Sam je Unie kenal begitu jgk disebaliknya.. Hahahahaha ( jgn marah adik ) Biasa la bah perempuan mana mau lepas dari kawan kalau ada tu gam gajah kasi lakat jak biar ndak terlepas.. Sebenarnya ada motif, sebab dia nk luaskan silaturahim...

Selepas pendaftaran, majlis pun dimulakan. Mula-mula mesti la bacaan doakan. aktiviti kami  pagi tu ada 3 slot yang Unie ingat la sebab aturcara x dpt so just ckp apa yang Unie lalui..Slot 1 tentang ZIKIR. Slot 2 tentang 'Untuk kita pendosa harapan selalu ada'' dan Sot 3 Kraf Tangan.


Dari duduk berkumpulan then kami semua duduk dalam satu bentuk bulatan bagi memulakan Slot 1 dan slot 2.


SLOT 1

Di Sampaikan oleh : Sis Jue ( Maaf andai silap nama )
Tajuk : Zikir

Slot 1 sis ni mengupas bagaimana kita bersyukur dengan nikmat Allah??  Bagaimana kita berzikir setiap hari kepada Allah?? bukan di nilai dari segi angka tetapi keikhlasan hati..... Ilmu tu simpan ketat-ketat.. In sha Allah satu saat Kita pulak jadi penyampai. Amin..

SLOT 2

Di Sampaikan oleh : Sis Marawiah
Tajuk : Untuk kita pendosa harapan selalu ada

Slot 2 ni mengupas tentang hati.. pernahkah anda merasakan hati kosong?? bagaimana hidupkan hati.. Subahanallah.. Tajuk ni agak menyentuh hati Unie.. Sis ni sampai melalui sebuah buku bacaan beliau .. Unie da cuba cari buku tu tapi gagal.. In sha Allah ada jodoh kita jumpa ya BUKU..

ALHAMDULILAH
Setelah selesai Slot 1 & 2.. Kami pun berehat sebentar dengan sarapan pagi. Baik-baik belaka AJK ni suda aturkan program yang bermanfaat lepas tu di kasi makan lagi...


AlHAMDULILAH rezeki Allah.. Unie x sure jam brpa setiap slot sebab spnjg program memang x jenguk jam langsung.. sibuk ambik gambar...

Slot 3

Tajuk : sesi kraf tangan

Demo kraf Tangan

Inilah wajah-wajah manis yang berkongsi ilmu bersama kami semua.. satu demi satu soalan pasti dijawab dengan baik... Alhmdulilah semua yang di kongsi dapat dipelajari.. Da la manis-manis kreatif pulak tu.. Terima Kasih ilmunya ...

Hasilnya yang meraka buat..

Tak semua dapat tunjuk sebab gambar tak jumpa..hahahaha.. MAAFKAN SAYA

Sesi Kraf Tangan

Sesi buat kraf tangan bersama ahli kumpulan.. Unie dilantik kunun jadi ketua kumpulan sebab paling tua, btw sapa ketua sapa bukan, x penting yang penting semangat berpasukan.. Selepas tunaikan barang2 yang ahli perlukan masing-masing ambil tugas masing tanpa dibagi-bagi tugas.. sweetnya adik2 ni bisik dalam hati...

tengok tu busy nya mereka...


ahli kumpulan lain x kurang sibuknya..


Idea dorang kaw-kaw.. Bak kata pepatah teacher ajar step 1 dorang da sampai step 5.. memang terbaik... Maaf Unie Just bnyak gambar ahli kumpalan sendiri...

Hasilnya..



Hasil Kraf Tangan ahli Kumpulan Unie

Hasil Kraf Tangan Semua kumpulan
Hasil Kraf Tangan Unie n adik ( pic dibawah duduk sebelah Unie)

Sebelum tu Unie perkenalkan ahli kumpulan Unie.. Kumpulan 2 kunun.. Semua ni ada lah adik-adik.. Nak perkenalkan satu-satu.. Better xpayah cukup la tgk kami yang comel-comel. Salam Ukwah semua dan terima Kasih buat ahli kumpulan. Talian silaturahim terjalin lagi hari ini dan selamanya... Kami buat group wasap tau.. hahahah...The Best group semua idea mantap2.. otak mereka masih berkembang sementara otak Unie hampir tertutup.. Jiwa muda begitu la... Begitu juga buah ahli kumpulan yang lain dan para AJK program... In sha Allah ada jodoh kita jumpa lagi...

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

27 August 2016

Kontok-kontok Pakis



Assalamualaikum

Hari ni breakfirst dengan kontok-kontok atau lebih dikenali dengan panggilan Cucur atau cekodok Unie pun kurang pasti panggilan orang luar.. Kontok-kontok pakis merupakan panggilan suku kaum Bugis, macam Unie la. Gelaran ni memang di kenali kat sabah terutamanya kat Tawau, sebut jak kontok-kontok orang da tau, biarpun bangsa lain. Resepi ni sangat simple dan sesuai tuk orang yang pemalas macam Unie..

Nampak jak sayur pakis ingat kat adik yang selalu ajak buat kontok-kontok pakis masa sekolah dulu. Time tu Unie tingkatan 5 dia pulak darjah 5 time ( 2009 )..  So Unie pun teringin nak makan.. hihihi.. maklum la rindu kat adik, tinggal pun asing-asing, jumpa pun time raya jak.. Resepi ini semudah ABC urang bilang.. Potong-potong, campak-campak, gaul-gaul dan goreng...

Mudah kan, sekarang siap untuk digoreng.. Lada tu just pencicah.. terpulang la kat korang nak cicah guna apa. Sos pun boleh... Biasalah urang Sabah ni kuat makan lada, tak kira masa mesti mau lada. 

KONTOK-KONTOK PAKIS
Sumber : Nani Tasen

Bahan-bahan

1. 1 ikat Sayur pakis - dipotong-potong-
2. 5 ulas bawang merah - di tumbuk
3. 6 ulas bawang putih - ditumbuk
4. Lada putih secukupnya - ditumbuk
5. 2 biji telur
6. Tepung gandum.
7. Sedikit air
8. Garam secukupnya.

Cara-cara membuatnya

1. Tumbuk lada putih, bawang putih dan bawang merah bersama-sama.
2. Sayur pakis di potong-potong ( macam korang potong daun sup )
3. Campurkan bahan yang telah di tumbuk tadi dengan pakis yang telah di potong-potong.
4. Masukkan 2 biji telur, tepung dan garam secukupnya
5. Gaul hingga sebati.
6. Tambah sedikit air dan gaul hingga sebati.
7. Panaskan minyak dan Goreng

Tips
# Sayur pakis di rendam seketika bersana air garam then basuh bagi memastikan tiada ulat.

Selamat Mencuba  ^_^

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

10 September 2015

AidilFitri Di Perantauan 2015

Pengalaman Pertama ku Berkerja Di AidilFitri


Assalamaualaikum,

Kisah setahun yang lalu, Aidilfitri bersama Puffy Buffy. Wajah ceria di Aidilfitri. Semua anak perantau Unie dan Sida ( Tudung biru )  asal Sabah then Ariel dan Faez dari Johor (Ariel depan, Faiz belakang ). Hanya kawan-kawan pengubat duka  ketika berjauhan dengan family. Namun kegembiraan tetap terpancar. Kerja itu tanggungjawab, so Unie tak mengeluh pun. Semat di dada '' WHY NOT '', orang boleh kita tak boleh.

Ini la Sida, BESTFRIEND duniat akhirat, perkenalan sejak di bangku sekolah sampai la alam pekerjaan. Alhmdulilah kami tetapi ceria. Bagi kami yang berkerja raya atau tak sama jak. Tapi perayaan tu tetap kami raihkan. Dengan kecanggihan di zaman moden semua dihujung jari, Suara mak pengubat rindu di Aidilfitri.

Pagi Raya.....


Alhmdulilah, walaupun berkerja di Aidilfitri, Pagi raya tu Unie masih bersama-sama dengan family. Pagi raya ni abg hantar Unie balik hostel. Mujur kerja di shift petang boleh juga luang masa seketika bersama meraka..

Bersama mereka, senyuman yang bermakna buat kami.. Kalau tahun lalu beraya kat umah kak Muli, tahun ni beraya kat umah abg pulak. Abg, ipar dan adik. Seperti cerita raya 2014 just kak muli dan abg Adda jak tak ada, tak sempat nak pigi, ruginya tak dapat rasakan masakan kak muli tahun ni sebab ada tanggungjawab yang perlu dilaksanankan..

Seperti biasa Danyel yang sombong nak ajak selfie. Danyel nak hantar auntie balik hostel....

Almdulilah 2 tahun beraya di negeri orang, pengalaman demi pengalaman mendewasakan kita. Kehidupan ini sebenarnya hanya la permulaan, dan banyak lagi yang bakal kita tempuh tuk di hari esok. Yang pasti mati tu tetap ada.. Kerana hari ini sangat bermakna buatku. 1 Syawal 1436H bersamaan 17 Julai 2015  merupakan '' PERINGKAT PERTAMA HIJAHKU ''.

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam