Showing posts with label Dapur si pemalas. Show all posts
Showing posts with label Dapur si pemalas. Show all posts

13 December 2016

#FoodWritingChallenge ~ Day 7 Try One Recipe From One Of Your Favorite Food Blogger

#FoodWritingChallenge ~ Day 7 Try One Recipe From One Of Your Favorite Food Blogger


Assalamualaikum,

Horey!!! kini berada di garisan penamat.. Hihihiihi, Nampak hari ini tamat la #FoodWritingChallenge yang telah berlansung selama seminggu ( 7 hari ) da macam drama tv pulak. So untuk cabaran terakhir ini memang mencabar!! hahahaha. Day 7 Try One Recipe From One Of Your Favorite Food Blogger.

Terlewat dua hari kerana Unni mencari resepi yang senang dan simple!! Dan akhirnya.... So Favorite Food Blogger adalah pangasas #FoodWritingChallenge ini, tak lain tak bukan Busyra !! Jatuh cinta dengan satu resepi Busyra ni.

#FoodWritingChallenge ~ Day 7 Try One Recipe From One Of Your Favorite Food Blogger
Tara.. da siap !! Sardin Masak Pedas by Unni resepi pengolahan Busyra baca kat SINI. Sedap sangat!! Makan kat Office habis licin, siap officemate minta resepi. So Unni share la resepi Busyra kat dorang dan request tuk makan lagi esok !! Hahahahahaha, tak sangka air tangan orang yang malas ni sedap juga kan ( bangga jap ). Hihihihi

#FoodWritingChallenge ~ Day 7 Try One Recipe From One Of Your Favorite Food Blogger
Bahan - bahan yang Unni kumpul selama 3 hari !!! haahahah hari ni baru berkesempatan nak masak.

#FoodWritingChallenge ~ Day 7 Try One Recipe From One Of Your Favorite Food Blogger
Kicap tu hiasan jak tak ada kaitan pun dengan masakan Unni.

Bahan-bahan:

1. Sardin - 1 tin
2. Serai - 3 batang (diketuk)
3. Bawang merah - 2 ulas (dihiris)
4. Cili padi - 2 biji (di potong serong)
5. Cili kisar - 5 sudu besar
6. Bawang besar - 1 ulas (dihiris bulat)
7. Asam Gelugor - 1 keping
8. Gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan sedikit minyak
2. Tumis bawang merah bersama serai
3. Masukkan cili kisar
4. Masukkan sardin (digoreng terlebih dulu sebelum dimasak) dalam 3-4 minit
5. Masukan gula, garam, dan asam gelugor
6. Masukkan cili padi dan bawang besar
7. Siap! sedia untuk dimakan dengan nasi putih dan telur dadar.

Sumber : Busyra 

#FoodWritingChallenge ~ Day 7 Try One Recipe From One Of Your Favorite Food Blogger
Unni makan dengan telur dadar yang kosong jak!! Busyra maaf yerr resepi tu Unni copy paste je masuk sini. Hihihihi, kenyang ni sampai malas nak menaip!! Ampunkan hamba 😍😍

Kamu boleh la cuba if inginkan resepi yang simple tapi sedap !!! I love it.. Maka tamat la kisah kami #FoodWritingChallenge. Kamu nak join geng #FoodWritingChallenge di persilakan.

Sekian.
#FoodWritingChallenge
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

- TAMAT -

10 December 2016

#FoodWritingChallenge ~ Day 6 Your Best Recipe

#FoodWritingChallenge ~ Day 6 Your Best Recipe

Assalamualaikum,
Allahmdulilah kini da masuk cabaran second last day !!! That means cabaran hari ke 6 iaitu Your Best Recipe. Yummy !!! tinggal sehari jak tamat la kisah Unni berperang masuk dapur [ kembali makan nasi bungkus ] Haahahahaha, so lazy!!
So menu simple Unni yang paling the best adalah makanan tradisional kat Sabah. Ambuyat aka Kepurung.. 
#FoodWritingChallenge ~ Day 6 Your Best Recipe
Ambuyat aka Kepurung adalah salah satu makan yang terkenal kat sabah iaitu SAGU. Makanan yang menggunakan sagu kalau sagu tak ada boleh ganti dengan tepung kanji. Unni guna ni tepung kanji sebab sagu susah nak dapat kat sini. Yang kamu tengok anak panah tu la sagunya.
Video ni Cara buat sagu, kalau bagi tunjuk gambar nanti susah nak faham so Unni belaja video ni yang Unni ambik dari Youtube. Caranya sama jak macam Unni buat.
Setiap tempat pasti ada makanan tersendri kan, ni merupakan salah satu makanan kegemaran Unni dan makanan tradisional di Sabah mahupun Brunei, tapi cara setiap orang kat Sabah ni berbeza  ada dua cara makan.
#FoodWritingChallenge ~ Day 6 Your Best Recipe
 Cara 1 : Makanan macam ni sagu kat tengah-tengah then lauk tepi, ambil masing-masing la kirannya.
#FoodWritingChallenge ~ Day 6 Your Best Recipe
Cara 2 : Semua bahan-bahan di campur sekali, then sagu tu di bulat kan menjadi seketul seketul. Rujuk gambar dibawah.
#FoodWritingChallenge ~ Day 6 Your Best Recipe
macam ni la, akan di bulatkan seketul-seketul. Unni selalu makan cara kedua tu, lagi cepat dan mudah!! Nak buat ambuyat ni dari cita rasa masing-masing nak guna lauk apa. So Unni nak share cara Unni buat dan lauk apa yang Unni suka.







Cara Membuat Ambuyat Aka Kepurung

Bahan- bahan

1. Sagu / tepung kanji
2. sayur kacang panjang dan kangkung
3. Kacang Tanah
4. Ikan masak / sardin
5. Lada
6. Garam secukupnya
7. Limau

Cara membuatnya sagu

1. Bancuh sagu/ tepung kanji [ rujuk video di atas ]
2. Bulat kan seketul-seketul [ letak dalam besen yang berisi sedikit air ]

Cara Menbuat lauknya

1. Goreng kacang tanah dan tumbuk sampai halus
2. Rebus sayur kacang, bersama-sama sayur kangkung.
3. Jika guna ikan, ikan ditumbuk sampai lumat kalau guna sardin hancurkan isi sardin guna sudu.
4. Bila kedua-dua sayur sudah masak, masukkan ikan / ikan sardin yang telah tumbuk[ api perlahan ]
5. Masukkan kacang kedalam sayur
6. Letak garam secukupnya danbiarkan mendidih
7. Campurkan sayur bersama-sama sagu [ macam gambar cara 2 kat atas ]
8. Lada dan limau letak ikut suka ke mangkuk masing-masing
9. siap!!

Harap Bahasa penerangan Unni boleh difahami.. Hihihihi. Susah-susah nak buat meh dating Sabah Unni buat tuk kamu!! Hahahahaha.. Jum sapa lagi nak join geng kami #FoodWritingChallenge. Dipersilakan klik SINI.
#FoodWritingChallenge
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

09 December 2016

#FoodWritingChallenge ~ Day 5 Kitchen Toturial


Assalamualaikum,

Hampir terlupa dengan cabaran #FoodWritingChallenge. Allahmdulilah hari ni da masuk day 5 so lagi dua hari tamat la cabaran #FoodWritingChallenge ni, wah cepatnya masa berlalu, macam baru semalam jak mulakan cabaran da nak habis.

Bahagianya kan kalau dapat kitchen idaman kita .. Lagi-lagi yang suka duk dapur tu, rasa tenang je hati. Unni nak kitchen macam ni simple dan pink.. Hahahahahaha.. wajib la pink ok. Hope En. Pemilik hati nak hadiahkan kita kitchen macam ni. Amin kan tau.. Hiihihi

Hari ni masuk cabaran Kitchen Toturial !! kalau Busyra share tips potong bawang kat SINI, so Unni cara nak siang ikan dengan mudah. Unni selalu buat cara ni nak siang ikan, btw gambar ni Unni ambik dari Google then Unni edit  je sebab tak mampu nak tunjuk toturial sendiri. Hihihihi.


Unni suka siang ikan guna gunting lagi mudah dan senang, yang ada sisik tu guna yang buang sisik punya tu, entah tak tau apa nama dia.

A - Rupa ikan sebelum di siang. Apa2 ikan pun sama jak.
B - Gunting la semua tu sisip-sisip iakn then ekor nya [ kalau tak nak buang ekor pun ok ]
C - Potong bahagian bawah mulut antara dua insang sampai putus.
D - Belah perut ikan tu sampai pangkal perut.
E - Ok, sekang keluarkan la semua isi perut ikan tu.
F - Now boleh la cuci ikan, make sure bahagian dalam tu di cuci bersih.
G - Tara da siap.

Senang kan!! kalau guna pisau ni payah sikit, walaupun Unni ni jenis tak masak but Unni still sediakan satu gunting khas tu kitchen.

So Unni ada persoalan kat sini?? kamu yang mana satu kalau siang ikan ?? Hihihi

Allamdulilah sempat juga habiskan cabaran 5 #FoodWritingChallenge ni. So sapa nak join boleh lah join jadi geng kami !!! boleh klik SINI kalau nak join.

P/s : Sape baca #FoodWritingChallenge day 4 kat SINI semalam Unni ada cakap menanti insan baru, Allahmdulilalh semua dipermudahkan Baby boy :)
#FoodWritingChallenge
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

08 December 2016

#FoodWritingChallenge ~ Day 4 Cookbook Review

#FoodWritingChallenge ~ Day 4 Cookbook Review



Assalamualaikum,

Selamat larut malam, nak test power buat blog guna handphone, entah jadi ke tak!! Hahahahaha.. bile teringat kat #FoodWritingChallenge gagah juga nak buka blog, Nampak tak Unni usaha Unni nak tepati masa?? Hahahahaha..

Day 4 Cookbook Review. Buku masakan?? hahahahah memandangkan cabaran ni sangat simple so Unni nak juga buat entry ni !!! Jawapannya dalam hidup ni selama 25 Tahun tak penah beli buku masakan atau baca buku masakan.. Hahahahahaha.. Power kan..

#FoodWritingChallenge ~ Day 4 Cookbook Review
So tak ada buku tak ada review la kan!!!hahahah. It's ok, sebelum datangnya 2017 untuk nak miliki satu buku masakan. Biar diri ni rajin sikit nak masak.

P/s : Bersiaran di Hospital Tawau with Samsung note 3. Tangguh BW seketika yer, menanti kehadiran Insan baru ke dunia ni. Wish Luck to my friends.

Sekian
#FoodWritingChallenge
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

07 December 2016

#FoodWritingChallenge ~ Day 3 What I Ate Today Including Recipe

#FoodWritingChallenge ~ Day 3 What I Ate Today Including Recipe

Assalamualaikum,

Tahniah buat diri sendiri, buat kali pertamanya masak malam sendiri !! Hahahahaha.. Semua penagan #FoodWritingChallenge. Rajinkan diri !! Now clearkan peti ais kali kedua. Day 3 What I Ate Today Including Recipe. Ok malam ni Unni masak Telur Goreng Masak Asam. Campak-campak jak.

Ada best juga Unni join #FoodWritingChallenge ni, clear juga peti ais tu. Telur ni tak silap beli hujung bulan 9 hari tu, nasib masih ok !!
#FoodWritingChallenge ~ Day 3 What I Ate Today Including Recipe
Taraaa......Telur Goreng Masak Asam. Letak je apa ada !! Sedap tau. Makan dengan nasi putih jak. Masak banyak sikit esok pagi leh panaskan then bawa gi keja, jimat kan! Resepi ni sesuai tuk orang-orang bujang macam Unni ni. So meh Unni share resepi.

Telur Goreng Masak Asam

Bahan- bahan

1. Telur
2. Air Asam jawa
3. Halia - hiris
4. Bawang Merah - hiris
5. Cili - hiris
6. Garam secukupnya

Cara membuatnya

1. Goreng telur ( telur mata sapi )
2. Tumis bawang sampai naik bau, then masukkan halia.
3. Bila da sebati, masukkan air asam jawa dan lada yang telah di hiris.
4. Bila da mendidih masukkan telur yang sudah di goreng.
5. Masukkan garam secukupnya dan biarkan sampai mendidih
6. Siap !!

Anda malas?? Bila la try resepi ni!! hihihihi. Selama mencuba ^_*.

Sekian

| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

06 December 2016

#FoodWritingChallenge ~ Day 2 Favorite Recipe From Your Childhood


Assalamualaikum,

Yeahh day 2 Favorite Recipe From Your Childhood. So hari Unni nak share fav makanan Unni masih kecil hingga la hari ini!! Dua ni walaupun Unni ni ni jarang masuk dapur, tapi terre tau buat.. Hihihihi. Sebut pasal kanak-kanak rindu la pulak terasa nak kembali ke zaman kanak-kanak. Favorite Unni ni memang femes kat Sabah, kalau orang sabah tau la tu.

Favorite pertama

Ini adalah Sanggar Peppek makanan tradisional kami. Perhhh rindunya selalu buat dulu if ada pisang mentah selalu buat dengan cousin-cousin. Tea Time!!! Nak tahu apa ni kamu klik SINI. Unni da penah penah share resepi.

Favorite kedua

Ok yang ni pulak, kami panggil Bergedil aka Perkedel. Kalau belah semenanjung panggill cucur kot!! Unni pun tak pasti. Yang paling suka sampai ke tua ni pun suka. Then makanan ni paling pemes time kenduri wajib ada.

Wajib la guna jagung, selalunya orang campur udang biar sedap, tapi Unni sebab alergik. Meh Unni share resepi.

Bergerdel aka Perkedel

Bahan-bahan

1. Jagung
2. Daun Sup
3. Tepung gandum
4. Garam secukupnya
5. Air
6. Telur

Cara Membuatnya

1. Hiris jagung tersebut [ rujuk gambar ]
2. Hiris daun sup
3. Campurkan hirisan daun sup dan jagung
4. Masukkan telur dan gaul sehingga sebati
5. Masukkan garam secukupnya
6. Masukkan tepung gandum
7. Gaul dan masukkan ssedikit air.
8. Siap Untuk di goreng.

Ok selamat mencuba ^_*

Ini la resepi kegemaran Unni dari kecil sampai la sekarang, Kalau rajin memang suka buat.! Ada sapa-sapa nak jadi geng #FoodWritingChallenge ka ?? Masih belum terlambat tau.. Hiihihihi

Sekian
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |

04 December 2016

Sahut Cabaran untuk 7 Day Food Writing Challenge!!

Sahut Cabaran untuk 7 Day Food Writing Challenge!!

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu semua dan salam 4 Rabiul Awal 1438H. Memandangkan hari ni hari Ahad Unni da janji kat Busyra Takiyudin nak join dia sekali Cabaran 7 Day Food Writing Challenge. Start hari isnin lagi senang nak kira kan !! hahahahha. walaupun jarang masuk dapur, but nak sahut cabaran by  Busyra Takiyudin.

Lagi pun cabaran ni ajar juga kita erti displin !!Displin dalam diri tu penting, lagi- lagi MASA.. Masa itu emas. Hargai la masa yang ada. Displin kan masa dalam diri kita semua. Unni ni kalau bab makan memang RATU !!

Sahut Cabaran untuk 7 Day Food Writing Challenge!!

Ok ini la senarai cabaran yang bakal Unni tempuhi Minggu ini yang bermula hari Isnin !!! So satu hari satu cabaran macam Cabaran 30 Hari Blogging dan 7 Days, 1 Week Blog Challenge yang Unni penah buat. I like eat so i like #FoodWritingChallenge.

Kamu, kamu dan kamu meh la join sekali jadi geng #FoodWritingChallenge. Moga displin Unni!! harap dapat habiskan cabaran dengan jayanya!! Hahahahaha.

Sekian.

04 November 2016

Cabaran 30 Hari Blogging #2 Resepi

Cabaran #2 adalah resepi. Unni bukan jenis reti masak sangat pun so Unni nak share resepi paling simple!! sangat simple hihihi iaitu Taufu berlauk. Unni dapat resepi ni kat Facebook dari page resepi masakan Terkini bulan puasa lalu. Memang sedap, time bulan puasa suka makan ni jak. Cara makan dua versi, makan macam tu je cecah sos ke apa ke atau makan dengan nasi dengan lauk2 lain. Kot2 korang da penah try

Gambar Hiasan Facebook

Resepi Tauhu Berlauk

Bahan-bahan

4 ketul tauhu
2 tiub taufu/ tauhu jepun
Udang / isi ayam
Cili merah
Daun bawang
Daun sup
Telut 4 biji
Garam
Serbuk lada putih
Secukup rasa (Maggie)

Caranya

Blande Tauhu, tauhu jepun, 2 biji telur dan udang/ isi ayam
Masukan hirisan cili merah daun bawang, daun sup, ladak putih garam dan secukup rasa.
Gaul hingga sebati
Lepas tu masukkan bahan basuhan kedalam bekas plastik
kukus hingga jadi keras dan potong ikut suka
Pukul telur 2 biji, celup then goring.
siap!!

Rujukan
Kukus macam ni [ gambar Hiasan Facebook ]


Taufu / tauhu jepun [ Gambar Hiasa Google ]

13 September 2016

Santapan Adha

Selamat Hari Raya AidilAdha


Assalamualaikum,

Almdulilah bertemu lagi kita AidilAdha 10 Zulhijjah 1437H bersamaan 12 September 2016 (Isnin). Pagi raya mak da sediakan macam2 juadah. Tapi gambar diatas tu hanya 50% santapan di pagi raya, sebab banyak lagi tak masak. Selepas habis menunaikan solat sunnat Adha rumah kami sudah dibanjiri tetamu, so sedia apa da masak jak la..

Antara Santapan Adha


Udang Galah Halia

Suo Rusuj Payau
Sambal Setan
Nasi Lalap
Ayma Likkuk

Payau Masak Lemak
Ayam Masak Merah

Burasak

Kuih Raya

Alhmdulilah, Sehari je makanan dan habis nasiblah sempat tapaukan untuk kawan-kawan kat Office.. Dimana pun anda, siapa pun anda, dengan ucapan tulus dan ikhlas Selamat Menyambut AidilAdha, Maaf Zahir dan Batin..

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam