Showing posts with label Food & Drink. Show all posts
Showing posts with label Food & Drink. Show all posts

14 April 2017

Ayam Goreng McD


Ayam Goreng McD

Assalamualaikum,

Ayam Goreng Mcd yang tengah hangat di perkatakan la kunun..Hihihihi.. So Unni pun nak juga rasa, ada kata sedap, ada kata pedas, ada kata biasa-biasa jak?? so which one? Baik rasa sendiri kan baru tahu, bak kata orang lain manusia lain rasa.

Al-kisah jam 10 malam, mood gila-gila nak makan ayam goreng Mcd, apa lagi layan kan la tekak ni yang mengalahkan orang mengidam pulak. Nasib baik dapat Jiran yang sporting tahap gaban!! Kisah makan ayam goreng Mcd jam 10 malam.

Ayam Goreng McD
Btw pengakuan jujur Unni memang tak suka makan!! Hahahahahahah, Allahukabar nampak tak tak bersyukur?? bukan tak bersyukur kalau ikut tekak Unni memang tak sedap tapi orang lain kata sedap jak.. Tak lawan juga ayam KFC.. Lagi suka ayam KFC.

Why?? sebab tepung dia garing sangat dan tebal sangat terasa la remah ratus bagai.. So pilihan tetap kalau datang Mcd just layan burger je la.. Nak ayam pi la KFC. hahahahahahaha

Ayam Goreng McD
Selfie sikit dengan jiran ni ngan anak dia

So kamu da rasa ka?? ayam goreng Mcd ni?? Hihihihii... Lain orang lain tekak so tak sama, kot-kot kamu lagi suka.. Ke tempat Unni ni yang tak sedap? Apa pun masing-masing citarasa. Tapi haruslah syukur selalu.

13 March 2017

Pau Viral at Pulau Pinang

﷽‎ 



Assalamualaikum,

Mesti kamu semua da merasa Pau Viral ni kan. kalau dulunya Original Pau Cendawan Viral kat putrajaya sekarang macam-macam lagi pau ada, hihihihihi.Hasil jelajah Pulau Pinang, lokasi bersebelah Fort Cornwalis dan Esplaned Park Padang Kota Pulau Pinang.

Allahmdulilah berkesempatan merasa Pau Viral ni, kat Sabah memang tak dapat la merasa sebab tak penah jumpa pun orang jual. Hanya mampu berhuhuhu tengok rakan blogger share pasal ni.

Original Pau Cendawan Viral Putrajaya. 

Pau ayam Panggang. Pau yang terbaru & tersedap 2017.

Pau Kacang Tanah. Pau yang terbaru. Pau pink tu Unni lupa nama dia, kata pakcik ni pau baru sampai tuk hari tu..hihihi

Semua harga sama je sebiji RM4 ambil 3 RM10, so Unni ambik 4 biji tapi pakcik ni bagi discount RM13 je untuk orang jauh katanya.. 

Allahamdulilah rezeki kan. Unni teruja sangat sebenarnya jumpa pau ni siap ajak pakcik ni bercerita pasal kawan-kawan blog aysik share pasal pau ni, padahal da ketinggalan zaman pun!! Ramah sungguh pakcik ni melayan karenah orang Sabah ni. Siap buka tong pau tu satu-satu bagi kami ambil gambar. Btw orang Utara memang ramah 💕.

Kata kawan Unni rasa biasa-biasa jak pun, yang gila sangat beli kenapa?? sebab bendala ni tak da kat negeri kita hahahahahahaha. Tapi pau ayam dan cendawan tu memang sedap.

Coretan Hati

05 December 2016

KFC Bersistem Baru

KFC Bersistem Baru


Assalamualaikum,

Tempat kamu KFC da upgrade ka?? Kat tempat Unni baru jak siap Update system baru KFC. Sistem yang sangat memudahkan customer. Lagi cepat dan sistematik.KFC kat sini baru buka semula setelah dua minggu tutup kerana renovation.

KFC Bersistem Baru
Sistem order dah berubah, 3 kaunter akan sentiasa di buka .. Order kat sini, settle payment tak payah lagi tunggu order kat kaunter.

KFC Bersistem Baru
Lepas da order tunggu number giliran da masuk kat hospital!! hihihi tp ok la lagi cepat sebab bukan cashier lagi yang packing makanan, sistem ni da macam serupa macam system Mcd. Lagi memudahkan keja cashier.

KFC Bersistem Baru
Lepas tu Papar order keluar terus kat skrin kat kitchen tu. Nampak x anak panah tu, sebab tu Unni kata macam system Mcd. Lepas order, orang kitchen yang terus sediakan.

KFC Bersistem Baru
Ruang ni belum digunakan tapi bakal digunakan. Lepas ni tak ada lagi la botol sos kat meja, ambik kat sini jak semuanya.

KFC Bersistem Baru
Layan kan adik sorang ni.

KFC Bersistem Baru
Layan ni, yeahh sedap !! tak tahu la kenapa suka sangat makan KFC. Wajib datang KFC, lepas tu baru cari makan tempat lain. Hihihiii.

Tempat kamu KFC da system macam ni ka?? ke Unni jak yang ketinggalan zaman sikit !! Hahahahaha. Tapi Unni memang suka system baru ni, cepat dan mudah!

04 December 2016

Sahut Cabaran untuk 7 Day Food Writing Challenge!!

Sahut Cabaran untuk 7 Day Food Writing Challenge!!

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu semua dan salam 4 Rabiul Awal 1438H. Memandangkan hari ni hari Ahad Unni da janji kat Busyra Takiyudin nak join dia sekali Cabaran 7 Day Food Writing Challenge. Start hari isnin lagi senang nak kira kan !! hahahahha. walaupun jarang masuk dapur, but nak sahut cabaran by  Busyra Takiyudin.

Lagi pun cabaran ni ajar juga kita erti displin !!Displin dalam diri tu penting, lagi- lagi MASA.. Masa itu emas. Hargai la masa yang ada. Displin kan masa dalam diri kita semua. Unni ni kalau bab makan memang RATU !!

Sahut Cabaran untuk 7 Day Food Writing Challenge!!

Ok ini la senarai cabaran yang bakal Unni tempuhi Minggu ini yang bermula hari Isnin !!! So satu hari satu cabaran macam Cabaran 30 Hari Blogging dan 7 Days, 1 Week Blog Challenge yang Unni penah buat. I like eat so i like #FoodWritingChallenge.

Kamu, kamu dan kamu meh la join sekali jadi geng #FoodWritingChallenge. Moga displin Unni!! harap dapat habiskan cabaran dengan jayanya!! Hahahahaha.

Sekian.

27 November 2016

KFC Crispy Tenders



Assalamualaikum

Hari ni tak tahu nak makan apa!! KFC ada menampilkan produk baru mereka so nak cuba la!! huhuhu, nampk iklan macam meyelerahkan, kalau sebelum ni Cheezy Onion Crunch kali ini Crispy Tenders pulak.

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/kfc-crispy-tenders.html
Ok kalau bab makan sorang-sorang pun tak kisah. Janji dapat makan apa Unni nak!! Unni order set Kombo Sensasi Chrispy Tenders tapi air tu minta tukar dengan pepsi jak sebab tak minat minum lemon, then wajib ada Cheesy Wedges.

Tapi rasanya Unni lagi suka Cheezy Onion Crunch . Unni kan peminat  Cheese. Tapi yang ni pun sedap Colour warna putih, manis-manis. Tapi Unni memang peminat KFC, tak tau la kenapa, kalau kebandar wajib makan KFC.

Tapi KFC sekarang dalam Upgrade style stylo!! Sistem pun da baru, dulu cashier tu buat order then ambik order, sekarang tak da. Kat sini baru jak update maybe tempat kamu da lama update. HIHIHIHI. Apapun janji KENYANG !!


http://unnianje.blogspot.com/2016/11/kfc-crispy-tenders.html