Showing posts with label Aktiviti Hujung Minggu. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Hujung Minggu. Show all posts

06 November 2016

Pasar Minggu Merotai


Morning..

Selamat berhujung minggu kamu. Hari ni aktiviti pergi ke pasar minggu. Pasar minggu adalah pasar yang di buka setiap hari ahad di Dewan Terbuka Dato Sri Najib Merotai, Tawau. Semalam officemate Unni bermalam kat umah Unni.. Kebiasaan hujung minggu dia selalu datang. Unni dok sorang so tak kisah la, lagi best ada kawan.



Tak sure la jin mana yang merasuk pepagi gerakkan hati nak pigi pasar minggu. Ini adalah kali pertama Unni jejak kaki ke pasar minggu kat sini setelah 1 tahun lebih tinggal kat sini.. Pasar ni dengan umah sewa Unni dekat jak dalam 10 minit jalan kaki.

Sebenarnya kehadiran kami masih awal, gerai pun masih banyak belum buka, masih sibuk mendirikan kemah masing-masing. Semangat ni!! orang kata macam-macam ada, tapi motif utama just nak cari sarapan pagi. hahahah

 Pelbagai jenis kuih muih

Ini adalah makanan tradisional orang Bugis. Burasak !! selain kat Sabah kat Johor pun banyak kot. Burasak ni selalu jumpa time raya jak. Kalau hari-hari biasa memang susah nak jumpa.

 Burger Tawau, yang pasti murah dan sedap. Office boy penah belikan kat sini.

 Laksa, tapi tau laksa apa.. Yang pasti Unni memang x minta laksa Sabah ni, kuah cair jak, tapi ikut air tangan orang juga la. Hahahahaha.. I Like Laksa Orang Utara. Selalu makan time keja KL dulu.

 Ini pulak jualan jajan aka kerepek. Buatan Orang-orang merotai.

 Yang tepi tu gado-gado, makanan asli orang jawa dan sebelah nya tu gogos atau pun pulut panggang. 

 Minum hanya RM1.00 satu cup.

Kalau bekas segi empat tu da biasa makan, kek chesee dan kek coklat. Tapi yang bekas bulat tu yang unik sikir Kek Zombi. Hahaha sebab colour dia kot macam warna Zombi. Unni pun first time dengar.

Kedai ni baru buka, jual mangga, jagung rebus dan pop corn.. Sempat beli mangga then abiskan terus. Pagi-pagi layan mangga.. Mujur la perut ni kebal.

Semua ada tau. Tapi barang-barang ni 100% buatan indonesia.

Telur yang di jual mengikut gred.

Sebenarnya ni motif utama juga. Office mate Unni nak beli sayur nak bawa balik umah dia. Sayur kat sini segar2 yang pasti banyak sayur2 kampung, macam jantung pisang, bunga betik, daun ubi kayu dan banyaklah. So lepas beli sayur dia terus balik umah then Unni balik umah Unni.

Dan hasilnya!!!

Kek Zombi jak ni la terbeli dan kuih, tapi kuih da abis!! Hahahahaha

Banyak lagi jualan kat sini macam kraftangan, jualan bandel, pakaian, barang elektronik dan sebagainya tapi masih dalam proses membuka kedai masa Unni datang.

Sebenarnya jatuh cinta kat beg merah tu.. Kemas ayaman dia tapi bila fikir-fikir beli pun mesti tak guna sebab kat umah banyak da, so simpan dalam hati jak niat.

Korang buat apa hujung minggu ni??

Sekian..

Salam Sayang

Unni Anje

01 September 2016

Program Kraf Tangan 2016 by Nisa Tawau


Assalamualaikum,

Alhmdulilah dengan izin Allah SWT inilah calon-calon yang terpilih oleh Allah untuk menghadirkan diri menimba ilmu Allah..

Satu lagi program anjuran Nisa Tawau yang telah di jalankan dengan jayanya.. Terima kasih dan syabas buat para Ajk Program dan juga sahabat-sahabat yang hadir. Nisa merupakan satu gerakan Khas untuk Para wanita contohnya macam usrah ( mungkin anda lebih tahu ). Ilmu takkan pernah habis dan tuntut la ia selagi kita masih mampu.

Hujung minggu yang lalu, Alhmdulilah Unie dan sorang Sahabat Sam ( Bukan nama sebenar ) Berjaya hadirkan diri walaupun sibuk berkerja. Ilmu Allah sapa ndak mau kan. Dengan semangat yang berkobar-kobar pagi-pagi lagi da terpacak kat depan KD Sri Tawau. Get pun ndak buka lagi bah... jgn ckp get orang lain pun belum ada, semangat tau bukan senang orang yang berkerja macam kami dapat curi masa macam ni...  Tapi sebenarnya dari diri sendiri sama ada mahu atau tidak...

Alhmdulilah nikmat kesabaran, muncul la sorang demi sorang then in the geng.. WOW bisik dalam hati.. Lepas tu sorang adik comel tu pun ambik pendaftaran then bahagi kan kumpulan.. Yang kejam dia pisahkan Unie dan Sam. Padahal Sam je Unie kenal begitu jgk disebaliknya.. Hahahahaha ( jgn marah adik ) Biasa la bah perempuan mana mau lepas dari kawan kalau ada tu gam gajah kasi lakat jak biar ndak terlepas.. Sebenarnya ada motif, sebab dia nk luaskan silaturahim...

Selepas pendaftaran, majlis pun dimulakan. Mula-mula mesti la bacaan doakan. aktiviti kami  pagi tu ada 3 slot yang Unie ingat la sebab aturcara x dpt so just ckp apa yang Unie lalui..Slot 1 tentang ZIKIR. Slot 2 tentang 'Untuk kita pendosa harapan selalu ada'' dan Sot 3 Kraf Tangan.


Dari duduk berkumpulan then kami semua duduk dalam satu bentuk bulatan bagi memulakan Slot 1 dan slot 2.


SLOT 1

Di Sampaikan oleh : Sis Jue ( Maaf andai silap nama )
Tajuk : Zikir

Slot 1 sis ni mengupas bagaimana kita bersyukur dengan nikmat Allah??  Bagaimana kita berzikir setiap hari kepada Allah?? bukan di nilai dari segi angka tetapi keikhlasan hati..... Ilmu tu simpan ketat-ketat.. In sha Allah satu saat Kita pulak jadi penyampai. Amin..

SLOT 2

Di Sampaikan oleh : Sis Marawiah
Tajuk : Untuk kita pendosa harapan selalu ada

Slot 2 ni mengupas tentang hati.. pernahkah anda merasakan hati kosong?? bagaimana hidupkan hati.. Subahanallah.. Tajuk ni agak menyentuh hati Unie.. Sis ni sampai melalui sebuah buku bacaan beliau .. Unie da cuba cari buku tu tapi gagal.. In sha Allah ada jodoh kita jumpa ya BUKU..

ALHAMDULILAH
Setelah selesai Slot 1 & 2.. Kami pun berehat sebentar dengan sarapan pagi. Baik-baik belaka AJK ni suda aturkan program yang bermanfaat lepas tu di kasi makan lagi...


AlHAMDULILAH rezeki Allah.. Unie x sure jam brpa setiap slot sebab spnjg program memang x jenguk jam langsung.. sibuk ambik gambar...

Slot 3

Tajuk : sesi kraf tangan

Demo kraf Tangan

Inilah wajah-wajah manis yang berkongsi ilmu bersama kami semua.. satu demi satu soalan pasti dijawab dengan baik... Alhmdulilah semua yang di kongsi dapat dipelajari.. Da la manis-manis kreatif pulak tu.. Terima Kasih ilmunya ...

Hasilnya yang meraka buat..

Tak semua dapat tunjuk sebab gambar tak jumpa..hahahaha.. MAAFKAN SAYA

Sesi Kraf Tangan

Sesi buat kraf tangan bersama ahli kumpulan.. Unie dilantik kunun jadi ketua kumpulan sebab paling tua, btw sapa ketua sapa bukan, x penting yang penting semangat berpasukan.. Selepas tunaikan barang2 yang ahli perlukan masing-masing ambil tugas masing tanpa dibagi-bagi tugas.. sweetnya adik2 ni bisik dalam hati...

tengok tu busy nya mereka...


ahli kumpulan lain x kurang sibuknya..


Idea dorang kaw-kaw.. Bak kata pepatah teacher ajar step 1 dorang da sampai step 5.. memang terbaik... Maaf Unie Just bnyak gambar ahli kumpalan sendiri...

Hasilnya..



Hasil Kraf Tangan ahli Kumpulan Unie

Hasil Kraf Tangan Semua kumpulan
Hasil Kraf Tangan Unie n adik ( pic dibawah duduk sebelah Unie)

Sebelum tu Unie perkenalkan ahli kumpulan Unie.. Kumpulan 2 kunun.. Semua ni ada lah adik-adik.. Nak perkenalkan satu-satu.. Better xpayah cukup la tgk kami yang comel-comel. Salam Ukwah semua dan terima Kasih buat ahli kumpulan. Talian silaturahim terjalin lagi hari ini dan selamanya... Kami buat group wasap tau.. hahahah...The Best group semua idea mantap2.. otak mereka masih berkembang sementara otak Unie hampir tertutup.. Jiwa muda begitu la... Begitu juga buah ahli kumpulan yang lain dan para AJK program... In sha Allah ada jodoh kita jumpa lagi...

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam