Showing posts with label diskaun. Show all posts
Showing posts with label diskaun. Show all posts

31 October 2016

Bajet 2017 ~ Diskaun Bayaran pinjaman PTPTN

Assalamualaikum dan happy Monday..

Emmm kalau dengar diskaun mesti semua suka termasuklah Unni. Sapa yang tak nak diskaun kan. Sapa tengok bajet 2017?? serius kata Unni tak follow pun pasal bajet2 ni..

But hari ini, dapat info dari rakan blogger diskaun PTPTN dalam bajet 2017!!! Apa lagi laju jak tangan ni tanya Cik Google kita.. Ingatkan PTPTN di mahsuhkan rupanya diskaun tapi bersyukur la..
Pembentangan Bajet 2017 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 21 Oktober 2016 (Jumaat) turut memberikan insentif berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Diskaun PTPTN bayaran balik dari 22 Oktober 2016- Disember 2017


Pemberian diskaun 15% dan 10% ini adalah layak diterima oleh peminjam berkuatkuasa mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017

Bagi urusan penyelesaian keseluruhan hutang dan penyelesaian 50% daripada hutang, peminjam perlu membuat semakan baki hutang melalui Penyata Online di portal rasmi www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Careline 03 - 2193 3000. 

Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui potongan gaji, perlu berunding melalui Careline dan melengkapkan Borang Permohonan Potongan Gaji yang terdapat di portal rasmi PTPTN. 

Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui direct debit, borang tersebut boleh diperolehi di semua kaunter PTPTN mulai 1 November 2016.

SEKIAN

Salam Sayang

Unni Anje