10 July 2018

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1 | Pembukaan Tahun 2018 membawa unni bersama rakan-rakan yang untuk menawan Satu-satunya Gunung yang di buka kepada orang awam di Tawau, Sabah iaitu Gunung Lucia. Gunung ini baru sahaja di buka semula selepas lebih kurang setahun di tutup kepada para pendaki kerana faktor keselematan dan pembaikpulihan setelah semua selesai, Allahmdulilah kami merupakan kumpulan kedua yang merasmikan pembukaan Gunung ini.

Gunung Lucia terletak di Taman Bukit Tawau atau di kenali sebagai Table bagai masyarakat umum Tawau. Taman Bukit Tawau ini terletak 24KM dari Bandar Utama Tawau kira-kira 28 minit perjalanan. Gunung ini mempunyai ketinggian 1 240 meter dari aras laut 13.25KM perjalanan. Gunung Lucia terletak berhampiran dengan Gunung Maria  dan Gunung Magdalena namun kedua Gunung ini ditutup kepada orang ramai
Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Untuk mendaki Gunung ini terdapat dua pilihan yang akan di berikan sama ada ini bermalam di asrama Lucia atau mendaki naik turun. Namun kami di nasihatkan untuk bermalam di asrama Lucia bagi memudahkan perjalanan dan menikmati keindahan yang ada sepanjang perjalanan nanti. Kami seramai 24 pendaki dan di temani dengan 4 guide.

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Part 1

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Hari pertama tepat jam 6.00pagi  kami semua berkumpul di depan Pejabat Taman Bukit Tawau untuk segala pengurusan sebelum memulakan pendakian. Setelah di berikan sedikit taklimat, kami di beikan tag pendaki dan kami pun memulakan perjalanan dalam lebih kurang jam 9.30 pagi dan penjalanan kami hanya sampai ke Asrama Lucia iaitu 10.7KM dari Taman Pejabat Taman Bukit Tawau.
Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Sebenarnya perjalanan untuk ke Gunung Lucia merupakan laluan yang agak santai namun terpaksa melalui trail bertangga terus menerus macam kinabalu kalik lebih kurang 3KM dan lebih, apa yang memenatkan apabila terpaksa membawa beban barang-barang makanan sendiri. Kat Asrama Lucia hanya di sediakan kelengkapan dan peralatan untuk memasak. Bahan makanan untuk 2 hari 1 malam di sediakn sendiri oleh pendaki.

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Dalam perjalanan ke Asrama Lucia kamu akan melalui 2 pondok rehat yang di lengkapi air paip dan tandas so tak payah risau nikmati saja perjalanan kamu semua. Kamu boleh take time kat sini nak lunch pun boleh. tak perlu kejar masa pun just santai-santaikan saja perjalanan kamu semua.. Kalau just hiking sekadar hiking tak makna pun. Kita hiking bukan sekadar puncak tapi keindahan yang ada sepanjang puncak. Samapi awal ke lambat ka sama jak bukan nak kejar Sunset pun..Hihihihihi.. Di nasihatkan membawa bekalan air yang betul-betul mencukupi.


Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1

Antara Trail bertangga, kamu akan naik terus naik turun dan naik  tanpa jalan lurus iaitu la cabaran untuk Gunung Lucia ini, di tambah lagi dengan keadaan Pacat yang yang begitu comel nak mengisap darah.. Sabar jak la. Dalam keadaan hujan panas hujan panas memang buat keadaan perjalanan kurang selesa.
Adalah di maklumkan bahawa kawasan ini jarang di tawan kerana kehadiran pacat. Bak kata pepatah kawasan ini merupakan LUBUK PACAT. Segala macam jenis saiz bentuk ada kat sini. Sebab tu ramai bergelar hikers Tawau tapi tak berani nak datang. Sebab apa?? hanya kerana Dracula kecil ini,


Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Bila jumpa signabout ni tu bermakna kamu da mendekati Asrama Lucia hanya perlu meneruni dan menaiki anak tangga lagi. Time kat sini hujan menemani kami so hanya sekadar singga mengambil gambar. Lepas je signabout ni kami yang mulanya 6 orang bersama akhirnya semua berpecah ada yang slow ada yang cepat. Hahahahahaha, nasib la. Kat sini entah unni da rasa nak give up. 3 bulan x pernah hiking top-top naik Gunung tekejut kaki.. Last hiking masa Gunung Silam lepas tu rehat yang panjang.

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Trail terakhir sebelum kamu bertemu Asrama Lucia. Kat sini la betul-betul terasa cabarannya , unni pun tak tau kenapa kamu kena menuruni tangga then menaiki lagi macam bentuk V. Memang nak nagis rasanya. Unni siap krem kaki kat sini la tewas. Allhamdulilah tepat jam 11.58AM Unni tiba di sini.

Time ni sampai Asmara sorang-sorang yang lain da kat depan dan ada juga kat belakang jarak kami lebih kurang 100m jak sorang. Masing-masing bawa diri ikut kemampuan memang da tak boleh guna istilah tunggu menunggu. Bayangkan la bila kau da tengok asrama tu tapi kau tak pandai nak sampai.. Hahahahahaha.. sakit tau sakit...

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Kat asrama ni terdapat 5 bilik yang menempatkan 6 orang setiap bilik. Sebab tu hanya 30 orang maximum untuk mendaki Gunung Lucia pada satu trip. Jangan risau bilik kat sini di lengkapi dengan selimut bantal dan tilam. Diingatkan kat sini tak ada bekalan elektrik so pandai-pandai la hidup ok. Setiap bilik agak luas dan selesa.

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Sampai Asrama benda pertama yang kami buat adalah rehat seketika, hilangkan segala pacat yang melekat kat kasut.. Ini paling tak boleh move on, buka je kasut, Allahuakbar pacat macam air menitis berjatuhan. Allahamdulilah kaki selamat dari gigitan pacat dengan bantuan stoking pacat, walaupun rupa stoking pacat ni buruk tapi 100% membantu dari serangan pacat.

Da siap bersihkan diri solat dan sebagainya kami pun ambil la tugas masing-masing tak perlu la nak terima arahan kan sebab sama-sama pun makan. Pastikan kamu sediakan bekalan air masak untuk hari esok. Sebelum malam kami menyaipkan makanan sementara menanti pendaki yang lain. Da masak kami meninjau-ninjau keadaan sekeliling memang cantik dan rugi la kalau kamu sampai kat sini then tidur. Hahahahahahah.

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Selesai menunaikan solat Fardu Magrib kami pun menikamati hidangan makan malam bersama-sama. Selepas itu kami hanya santai-santai sambil menyaksikan pertunjukan dari salah sorang pendaki yang agak terkenal dan pernah viral satu ketika dahulu iaitu cikgu Alif atau lebih di kenali sebagai Magic Tawau. Boleh la santai-santai masak manggi minum kopi sambal layan keindahan malam tu. Time malam ni la kamu boleh sembang-sembang dengan kawan-kawan baru lepas entah kan bila lagi dapat jumpa.

Kami hanya di temani cahaya lampu masing-masing.

Pengalaman Mendaki Gunung Lucia Tawau Part 1
Lepas tu masing-,masing kembali ke bilik untuk berehat kerana esok kami harus menneruskan perjalanan menawan puncak dan kembali ke Pejabat Taman Bukit Tawau. Sunyi sepi malam tu di tepi bunyi-bunyian yang tidak sepantutnya sampai menggangu tidur yang lena. Hahahahahahaha sokey begitu lah lumrah berkongsi bilik kamu kena tabah dengan segalanya.

Allhamdulilah dapat juga melunaskan Craving untuk menawan Gunung kat Tawau ni. Lama tau tunggu mau dekat setahun. Nanntikan pengalaman unni menawan puncak pula yang meyaksikan view yang sangat cantik.

Sekian untuk pengalaman Part 1 ini. baca seterusnya untuk Part 2 menuju Puncak Gunung Lucia.



4 comments:

  1. Hihi kalu akak la..mmg akak surrender awal2 nak daki bukit..dah tua2 nie lutut sakit..😂😂

    ReplyDelete
  2. bestnya mendaki gunung.. teringin sangat nk daki.. tpi last mendaki pun 5 tahun lepas.. :(

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  3. tahniah unni.. kipidap... (sayur bening)

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Perlukan guide atau cuma follow trail saja. Dan perlu booking utk mendaki atau boleh walk in bila2. Terima kasih

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^