29 July 2017

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah | Assalamalaikum, Allahamdulillah misi Julai berjaya di laksanakan, kalau kamu semua ingat dalam entry Unni 1 Hill 1 Month bersama Team Muslimah Hikers. Setiap bulan Team Unni akan menawan satu bukit. So untuk bulan ini lokasi pilihan kami adalah Taman Bukit Tawau atau lebih dikenali dengan gelaran TABLE oleh masyarakat Tawau. Destinasi ini merupakan salah satu destinasi tempat menarik di Sabah. Walalupun semua dalam kesibukan namun kami gagah kan menyempurnakan misi untuk Julai.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Misi kami kali ini agak mencabar sikit walaupun tempat hiking mempunyai Trail yang senang di jejak namun kawasan hiking kami merupakan ''LUBUK PACAT''. Selain itu juga Taman Bukit Tawau mempunyai 3 destinasi tempat yang bakal kami tawan di mana setiap tempat mempunyai Trail tersendiri. So kiranya kena naik turun. Antara destinasi kami adalah :

1. Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia - 900M
2. Air Terjun Bukit Gelas - 2400M
3. Kolam Air Panas - 3200M

Namun Signboard terakhir adalah 3300M dan total perjalanan kami adalah 4788M so jum tengok macam mana kiraan Meter perjalanan kami.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Kiraan perjalanan bermula starting point adalah Air Terjun Table Kami memulakan langkah ke Pokok TropIka Tertinggi setinggi 900M. Kemudian Turun semula 488M untuk ke starting Point Air terjun Bukit Gelas 1988M lagi. Setelah tiba di Air Terjun Bukit Gelas 2400M, kemudian untuk ke Kolam Air Panas kami harus turun semula 1000M untuk ke starting Point Kolam Air Panas dan menerukan perjalanan 1800M lagi. Kolam Air Panas 3200M. Haaa, harap kamu faham cara kiraan Unni.

Taman Bukit Tawau TABLE

Taman Bukit Tawau TABLE terletak 24KM kira-kira 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Utama Tawau. TABLE merupakan satu pusat rekreasi peduduk tempatan di mana kawasan ini bukan saja menjadi tumpuhan untuk para hiking tetapi menjadi tumpuhan masyarkat Tawau untuk beriadah. Kali ini seramai 17 hikers yang melibatkan diri.

Pelbagai aktiviti boleh di adakah di sini mandi manda, BBQ, hiking dan sebagai nya. Pusat ini akan dipenuhi setiap hujung minggu, so kalau nak buat aktivit kat sini kena la datang awal sikit. Nanti kamu tak dapat tempat. Bayaran masuk RM3.00 sahaja dan RM1.00 budak sekolah.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Starting point kami bermula di sini. 0M nampak semua memulakan muka yang ceria. Mau taknya lama sangat kami tak hiking, last misi kami adalah bulan 5 kat Bukit Sungai Udin hampir dua bulan tu. Tambahan pula kami ni semangat lain sikit sebab apa?? sebab kami da ada baju Team !!! Lawa kan.

Taman Bukit Tawau TABLE ~ Kebun Botani Bukit Tawau 150M


Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Kebun Botani Bukit Tawau merupakan salah satu tempat yang berada di Taman Bukit Tawau TABLE, namun kami tak jejak tempat ini sebab sini hanya untuk melihat spesis tumbuhan sahaja. Gambar kat atas tu Unni ambil time Sabah Roud Trip Day 3.

Taman Bukit Tawau TABLE  ~ Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia 900M


Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Starting Point untuk ke Pokok Tropika Tertinggi jalan santai jak. Maaf bab pacat unni skip yerr, hilang mood nak cerita sebab masih tak move on. Hahahahaha just pesanan datang sini kena redha dan tawakal jak la dengan pacat tu. Hahahahahah

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah
200M Taman Bukit Tawau
Setiap perjalanan kamu akan nampak juga signboard macam ni. So jangan risau tapi kena peka la sebab benda ni pendek ka, kadang-kandang tak jumpa.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Wajah ceria menemani pejalanan kami. Arr time kamu kena naik tangga depan tu lagi da jumpa pokok tropika tertinggi. Yang lain da mendahului kami.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah
Pokok Tropika Tertinggi Taman Bukit Tawau TABLE
Destinasi pertama Pokok Tropika Tertinggi di Dunia 900M. Pokok Seraya Kuning Siput ( Shorea Faguetiana ) dengan ketinggina 88.32 anatara 10 pokok tertinggi Di Dunia. Pokok ini berada di tangga ke 8.

Allahamdulilah semua berjaya sampai keatas. Selepas ni kami akan turun semula 488M untuk ke starting point Air terjun Bukit Gelas.

Taman Bukit Tawau TABLE  ~ Air Terjun Bukit Gelas 2400M


Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Starting Point menuju ke Air Trjun Bukit Galas adalah 1988M selepas turun dari Pokok Tropika tertinggi. Ok kat gini Pacat da mula menganas dengan kami semua. Namun semua tu tolak tepi yang penting sampai gitu !!!

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Untuk destinasi ke Air Terjun Bukit Galas ni, ada di sediakan pondok untuk berehat. Singgah kejap bersihkan pacat. Hahahahaha. Maklumlah penganasan pacat telah bermula. Nasib la ada segelintir dari kawan-kawan tak takut.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah
700M Ait terjun Bukit Galas
ATBG Air Terjun Bukit Galas 700M.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Sebelum sampai ke Air Terjun Bukit Galas kamu mestilah meyusuri anak sungai ni. Tak ada titi namun mempunyai batu-batu yang membantu kamu meyeberangi anak sungai ini agar kasut tak basah. 13 Orang jak time ni 4 lagi telah mendahului kami di hadapan.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah
Air Terjun Bukit Gelas Taman Bukit Tawau
Allahamdulilah destinasi kedua semua pun berjaya sampai.. Air Terjun Bukit Gelas 2400M .. Air Terjun Bukit Gelas ini merupakan salah destinasi kegemaran Orang Tawau mandi mand kat sini. Nasib la tak bawa baju kalau tak boleh juga terjun. Hahahahaha. Air dia memang sejuk sangat-sangat.

Seterusnya kami akan meneruskan destinasi ke Kolam Air Panas dan turun semua 1000M untuk ke starting point Kolam Air Panas.

Taman Bukit Tawau TABLE ~ Kolam Air Panas 3200M


Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Starting point ke Kolam Air Panas menyusuri jambatan gantung. Meneruskan perjalanan 1800M lagi selepas turun dari Air Terjun Bukit Galas. Time ni memang letih sangat selalunya hiking sebelum ini sebelum zohor kami da habis selesaikan pendakian namun pendakian kali ini berteruskan hingga azan asar.


Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah

Keadaan laluan kekolam Air Panas agak melecekan, sebab tu mungkin ramai hanya sampai ke Air terjun sahaja. Keadaan tanah yang licin, pacat tak payah cakap la makin bermaharaja lelah. Hahahahaha. bahagian ni kena hati-hati sikit, kena lalu tepi-tepi sebab bila pijak tanah tu kaki kamu akan tenggelam itu la yang di alami oleh adik Nur Saidah salah sorang ahli team kami.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah
900M Kolam Air Panas Taman Bukit Tawau Table
KAP Kolam Air Panas 900M kami menghampiri penamat perjalanan.

Taman Bukit Tawau TABLE Tempat Menarik Di Sabah
Kolam Air Panas Taman Bukit Tawau TABLE
Allahamdulilah destinasi terakhir Kolam Air Panas 3200M. Nampaknya hanya 10/17 sahaja yang berjaya sampai kedestinasi terakhir yang lain mengambil keputusan untuk terun turun ke bawah selepas dari Air Terjun Bukit Galas. Di sebabkan faktor Pacat dan kekurangan bekalan air. Unni bawa 2L sungguh tak cukup !!!

So misi kami pun berjaya di laksanakan Namun kat taman bukit tawau ni ada dua lagi destinasi yang bakal kami tawan tak lama lagi iaitu Gunung Lucia 13250M dan Gunung Magdalena 1700M. Buat masa ni dua Gunung ni di tutup sementara akan di buka semula dalam masa terdekat. So nantikan entry Taman bukit Tawau seterusnya di puncak Gunung Lucia dan Magdalena.. In shaa Allah.


5 comments:

  1. wahh..best nya unni...dapat hiking di kawasan yang cantik-cantik..

    ReplyDelete
  2. untungla tgl d tawau byk bukit boleh d naik hhahaha

    ReplyDelete
  3. Dulu kak pip pigi table, setakat taman botani tu jak lah kak pip sampai, mau hiking2 mcm unni ni memang ndak la ...kagum dgn korang semua...

    ReplyDelete
  4. Menarik..tapi bila baca bab Lubuk Pacat tu terus rasa scary sangat...

    ReplyDelete
  5. https://kualaketildhomestay.blogspot.com/search?q=sabah

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^