Coto Makassar Tamu Gum-gum Sandakan | Hari terakhir di Sandakan melaksanankan craving Unni untuk menikmati semula Coto Makassar ini. Pernah datang sekali ke gerai ni dari Round Trip Sabah tahun lalu. Semalam plan nak datang sini selepas melawat Jeti kg Bambangan tapi telajak masa kat sana so batalkan niat jak la.
Coto Makassar
Bila sebut pasal Sandakan dan makanan best semestinya Coto Makassar menjadi pilihan menu utama dan menjadi kegemaran Unni sendiri. Memang sedap sangat-sangat. Bila buat sendiri pun still tak sama macam makan coto kat sandakan ni.
Harga Murah jak RM5.00 nak tambah kuah pun boleh free jak. Unni suggest kamu makan Coto Makassar Perut , memang terasa sangat kelazatannya. Unni siap order sekali lagi.
Harga Murah jak RM5.00 nak tambah kuah pun boleh free jak. Unni suggest kamu makan Coto Makassar Perut , memang terasa sangat kelazatannya. Unni siap order sekali lagi.
So kali terakhir berada di bumi Sandakan di hidangkan dengan sajian kegemaran Coto Makassar. Coto Makassar ini berasal dari Sulawesi Indonesia. Mengunakan kacang sebagai menu utama dan di makan bersama ketupat atau buras. Ditambah dengan ayam, daging atau perut. Perhhhhggg macam craving balik ni.
Lokasi yang paling stategik. Senang sangat nak jumpa tempat ni sebab berada di tepi jalan jak. Tamu Gum-gum ini terletak di Batu 16 Sandakan so kamu boleh la singgah kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Bandar Sandakan.
Bila masuk Tamu Gum-gum ni memang banyak sangat gerai-gerai makan so kamu mesti la pilih gerai No3 ni . Gerai Makan dan Minum A3. Nampak jak biasa-biasa tapi rasanya Cotonya luar biasa. Tempat ni Unni bagi tempat pertama.
Ada lagi satu tempat makan coto di Bandar Sandakan tapi tak sempat nak ambil gambar sebab time tu bateri hp dan camera da habis. Hihihihihi. Dan satu lagi kat Batu 24 ( kat sini yang paling ramai orang kata sedap ) Unni pun tak sempat nak pi merasainya.
Yang berniat nak datang Sandakan tu boleh la singgah-singgah gerai ni.. Kupi-kupi urang sabah bilang sambil rasa tu Coto. Memang di jamin puas!! Tapi kalau tukar owner unni tak jamin la kesedapannya !! Hahahahahaha. ... Datang tau jangan tak datang Rugi !!
tengok makanan jer terliur la unni... tp dh kena diet semula akak ni... hikhik
ReplyDeletetak pernah makan..selalu dgr depa cerita..
ReplyDeleteSalak singgah sini dik Uni.....coto makasar sandakan memang sedap...
ReplyDeleteMacam sedap aje coto ni...coto ni soto ker =)
ReplyDeleteMacam laksa tgk gambar tu
ReplyDelete