28 July 2017

Jalan-jalan Sandakan Sabah

Jalan-jalan Sandakan Sabah | Assalamualaikum kamu semua.. Allahmdulilah baru siap bersihkan habuk-habuk kat blog...Memandangkan unni tak tahu nak share apa hari ni so nk share kisah Unni kat Sandakan. Hujung minggu lalu unni habiskan masa jalan-jalan kat Sandakan sebab cousin Nasa Mulia balik Sabah dan ada majlis Kahwin Keluarga. Sebenarnya tak ada pun plan jalan-jalan sangat sekadar jengguk Sandakan yang lama tak pijak.

Jalan-jalan Sandakan Sabah

Day 1 : Jalan-jalan Sandakan Sabah ~ Majlis Kahwin

Patutnya plan nak datang Jumaat sebab majlis kahwin Sabtu tapi apakan daya kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya. Jadinya pagi sabtu tu baru bertolak Jam 9 pagi. Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam perjalanan mengunakan bas express.

Sampai jak Sandakan terus ke rumah pengantin perempuan majlis da mula pun. Tapi Unni duduk dalam rumah jak tak keluar pun ..Hahahahahah keluar pun kejap bila kena panggil ambil gambar. So untuk hari pertama kita duduk majlis kahwin jak tak jalan pun..hihihih

Jalan-jalan Sandakan Sabah
waktu siang - tema hijau

Jalan-jalan Sandakan Sabah
Waktu malam tema gold

Day 2 : Jalan-jalan Sandakan Sabah ~ Hiking Bukit Sim-sim

Untuk hari kedua pula, kami memang da plan nak hiking kat bukit sim-sim. Maklum la hikingkan Fav kita so wajib la tawan bukit sim-sim if datang ke Sandakan. So misi kedua Tawan Bukit Sim-sim. Tapi kami bertolak dalam sekitar jam 10.00 dari rumah. Maklum la baru abis kenduri kahwin kena la bersihkan rumah pegantin lepas tu baru kita beraksi di bukit . Hihihihi

Jalan-jalan Sandakan Sabah
Kami beada kat atas ni tengah hari terik!!! tapi view tetap cantik .... kalau petang-petang mesti lagi cantik kan.

Baca kat sini Bukit Sim-sim Sandakan

Jalan-jalan Sandakan Sabah
credit photo by Salamisimon
Lepas penat hiking tu kami pun singgah ke Bandar Sandakan!!! Benda wajib perlu rasa adalah COTO MAKASSAR HAJI ALIMUDDIN BIN INDAH. Kedai coto ni terletak di sebuah restoren cina Kedai Kopi Hub Seng kedudukannya berhadapan dengan pasaraya Genting Mas, dan terminal bas, tapi jangan risau Tauke cina tu hanya menjual minuman sahaja dan perkerja membuat minuman pun islam ( sebab unni tengok semua pakai tudung )

Pic Coto tu unni ambil dari Blog Salamisimon.. Time ni nasib kurang baik menimpah !!!! Handphone , camera semua habis cas. Simpan kat kedai cas sejam Bayar RM2.00 satu handphone.. Arrr ambil kau maklum la over selfie kat atas bukit sim-sim tadi !!! So ceritanya kita pinjam picture orang jak tapi apa yang unni makan memang sebijik macam gambar.

Dalam perancangan after makan ni nak ke jeti bambangan tapi disebabkan hujan x mengizinkan kami untuk menunaikan hajat kesana. Sabar jak la ( dalam hati time ni ). So balik rumah dengan kehampaan !! So jalan-jalan bandar Sandakan jak la.

Day 3 : Jalan-jalan Sandakan Sabah ~ Pasar Gantung Sandakan, Muzium Sandakan dan Jeti Bambangan

Hari ketiga ni best sikit !!! Seawal jam 5 lagi da bangun tau ... So misi kami sebelum ke bandar adalah mengemas rumah..

Jalan-jalan Sandakan Sabah
Rumah kat Kampung Kenangan Manis Sandakan, rumah ni memang kosong tak ada penghuni pun, Cousin pun jarang balik so balik sini habuk dia memang super Power ... Tapi Allahmdulilah sampai kilat kami bersihkan .. So dalam ja 10 pagi kami pun siap-siap teruskan misi.

Pasar Gantung Sandakan.

Jalan-jalan Sandakan Sabah

Mula kan misi dengan pasar gantung Sandakan, misi mencari daster ( baju batik ) untuk di bawah pulang ke seberang, unni pula ambil kesempatan nak cari cenderahati untuk kawan-kawan kat office. Kat sini semua murah-murah, tawar sampai jadi ( tapi tak semurah Tawau la ). Yang pasti menjamin kepuasan kepada semua pelanggan yang datang.

Muzium Sandakan

Jalan-jalan Sandakan Sabah

Muzium Sandakan ini terbahagia kepada dua bahagia iatu Agnes Keith House dan English Tea House & Restorent.

Agnes Keith House

Jalan-jalan Sandakan Sabah
Agnes Keith House merupakan rumah seorang penulis buku yang terkenal pada zaman penjajahan English .. Buku yang bertajuk '' Land Below The Wind ''. Rumah ni dari jauh memang Nampak mcm rumah berhantu jak !! maklum la rumah lama, berpuluhan tahun zaman sebelum kemerdekaan , tapi masuk dalam dia , terpegun sangat.

Baca kat sini AGNES KEITH HOUSE.

English Tea House & Restorent

Jalan-jalan Sandakan SabahThen lepas da puasa pusing 1 rumah AGNES KEITH HOUSE kami pun ke EBGLISH TEA.. Suasana hijau menemani di hiasi dengan view laut kat depan..Subahanallah indah nya. Kami pun lepak kejap menikmati '' Afternoon Tea'' kat sini. Nampak sangat janggal sebab first time nak makan ala-ala English. Tapi berbaloi sangat walapun agak mahal sebab pengalaman itu lebih mahal.

Boleh baca entry unni kat sini  pasal English Tea House & Restorent

Jeti Bambangan

Jalan-jalan Sandakan Sabah
Memandangkan cerita semalam cancle plan dating sini disebabkan hujan so hari ni kami gigihkan diri untuk meneruskan niat yang terampa. Hahahahahaha, untung ada drive sudi layan kehendak hati. Lagipun esok masing-masing da balik markas Unni balik tawau kak Nasa Mulia balik KL.

Memang tak sia-sia datang sini.. Subahanalah view dia memang lawa sangat-sangat. Abiskan masa kat sini sampai magrib.. Mula-mula datang tu semua tak yahu jalan tapi berkat usaha dan keberanian kami redha jak !!! Hahahahaha, tau pasal tempat ni pun sebab Outdoor wedding dorang buat kat sini bila tengook kat facebook terus mau jugak datang..

Baca kat sini Jeti Kg Bambangan Sandakan

Day 3 : Jalan-jalan Sandakan Sabah ~ Balik Markas Masing-masing

Jalan-jalan Sandakan Sabah

Ok pagi da siap masa untuk kembali ke markas masing-masing.. Hihihihihi. Cuti da habis. Kembali kejalan yan benar dan mulakan rutin harian seperti biasa. Pengalaman yang cukup bermakna.

Tapi sebelum balik tu unni sempat mehilangkan Craving makan kat Tamu Gum-gum. Baca kat sini Coto Makassar Tamu Gum-gum


Next Trip ini misi Unni Jejak Warisan Sandakan !!! 10 warisan yang unni nak jelajahi dengan berjalan kaki.. Kamu agak-agak berjaya tak?? Nantikan entry unni yang bakal keudara.. Sekian saja cerita Sandakan untuk trip ini.

Love You Alls.



2 comments:

  1. Happeningnya Di Sandakan. Kau dpt bergambar Di papan tanda Tu bestnya

    ReplyDelete
  2. best nya unni sudh sampai di sandakan..aku belum pernah lagi sampai di sandakan nih..kesian..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^