28 July 2017

Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sabah | Assalamualaikuam selepas melawat Rumah Agnes Keith dan Afternoon Tea kat English Tea House, petang tu kami pun meneruskan perjalanan ke Jeti Kg Bambangan Sandakan. Sejak akhir-akhir ini tempat ni memang agak popular so kami pun mengambil peluang datang kesini.

Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Jeti Kg Bambangan


Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Jeti kg Bambangan terletak di Jaln Seguntor Batu 11 Sandakan, Sabah.  28.7 KM kira-kira 37 minit perjalanan dari Pusat Bandar Sandakan. Sepanjang perjalanan masuk ke kampung ini kami di temani dengan kehijauan ( pokok kelapa sawit ) kalau kamu da jum signboard Kg Bambangan teruskan ke kehadapan jangan belok-belok.

Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Subahanallah ini la suasana kg Bambangan. Tempat ini telah menjadi tumpuhan kerana memmpunyai daya tarikan yang tersendiri, orang kampung pun mesra-mesra. Like kata pepatah masuk kandang harimau megaum masuk kandang kambing megembek. 

Kehadiran kami agak kurang baik sikit sebab air surut, kalau air pasang tadi mesti cantik. Tapi suasana kampung memang mendamaikan. Perkampungan atas air di Sandakan memang berbeza dengan tempat-tempat lain. Kawasan laut mereka memang bersih dan tak ada pun sampah sarap yang di buang merata-rata berbeza dengan perkampugan atas air daerah lain yang unni pernah datangi.


Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Penduduk di kg Bambangan yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan di mana sumber laut adalah punca utama rezeki mereka. Mereka turut membina empagan di tengah untuk memelihara ikan dan di jual di pasaran. Rasanya boleh naik sampan melawat kawasan dorang tu tapi kena yakin lagi-lagi kalau tak pandai berenang baik batalkan niat. Kemudahan jaket keselamatan tidak disediakan. Time ni kami tak jumpa pun sampan so tengok dari jeti jak la.

Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sabah
  
Jeti ini sebenarnya telah di bina bagi memudahkan para nelayan turun menangkap ikan. Jeti nelayan lama yang usang dan roboh telah diganti dengan pembinaan satu jeti yang baharu dari peruntukan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin. Jeti ini telah di bina pada tahun 2014.

Kemudahan yang baharu siap dibina ini telah dirasmikan oleh Datuk Linda sendiri ketika mengadakan lawatan ke kampung ini. Terdapat lebih dari 70 buah rumah di perkampungan berkenaan iaitu majoriti daripada penduduk bergantung kepada tangkapan hasil laut untuk kehidupan seharian mereka.

Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Bukan itu saja, tempat ini juga menjadi tumpuhan kerana kamu boleh meyewa tapak kat sini untuk mengadakan aktiviti seperti BBQ. RM10 tanpa arang dan RM15 arang di sediakan. Barangan mentah pula bergantung dengan kamu nak bawa sendiri atau beli fresh kat sini. Harga memang harga kasih sayang. Info dari abang berbaju kuning tu, alang melawat ke sini mesti la tahu kan sedikit sebanyak tentang kawasan ni. Hihihihihi.

Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Suasana senja menemani kami hingga ke maghrib. Allahuakbar memang cantik cuma sayang kawasan ni sunset tak nampak, sunrise mungkin nampak tak tak pasti unni tak reti tengok mana barat mana timur. Yang pastinya ambil gambar sambil di hiasi langit yang mulai gelap memang membuat unni teruja.

Ciptaan Allah yang begitu sempurna dan mengajar erti hamba bersyukur. Allahamdulilah dengan izin Allah masih mampu merasai nikmat Allah yang begitu sempurna. So kamu if datang Sandakan singgah la kat sini.

Oya ya lupa nak bagitahu tempat ni di kenakan bayaran RM2.00 untuk orang luar masuk ke Jeti. Tapi kami masuk free je sebab apa?? sebab kaunter tiket buka sampai jam 7 am -5 pm je so lepas jam tu masuk adalah percuma. So datang la time kaunter di tutup.Hahahahahaha
Jeti Kg Bambangan Sandakan Tempat Menarik Di Sandakan

1 comment:

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^