Setelah tersenarai dalam 10 calon anugerah Puskas FIFA 2016, udian telah berakhir pada 02 December 2016. Semalam ( 3 December 2016 ) pengumuman telah dilakukan oleh persekutuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) dan Mohd. Faiz Subri yang menyarung Jersi Pulau Pinang kini mencipta sejarah sekali lagi setelah tersenarai dalam 3 calon akhir Anugerah Puskas FIFA 2016.
Kini impian peminat bola sepak dan harapan Negara semakin cerah.Bukan itu saja, Faiz Subri turut menyingkirkan bintang bola sepak dunia seperti Lionel Messi dan Neymar. Kejayaan ini amat membuktikan bahawa jaringannya amat berkualiti.
Dua calon lagi yang tersenarai adalah Marlone pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians dan Daniuska Rodriguez merupakan wakil tunggal wanita dari Venezuala. Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 akan diumumkan di Zurich, Switzeland pada 9 Januari 2017.
Jum pakat-pakat mngundi Mohd. Faiz Subri sebelum 9 Januari 2017 untuk memenagi Anugerah Puskas FIFA 2016.
Klik SINI untuk mengundi. Jum Undi sekarang !!!! Selamat maju jaya anak jati Malaysia.



