29 November 2016

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik AS

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US

Seorang gadis yang berasal dari Somalia, Halima Aden 19 tahun telah berjaya mencuri perhatian orang ramai setelah tampil dengan imej bertudung dan mengayakan  Burkini ( baju renang Muslimah ). Dengan penampilan itu Aden telah mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari para penonton.

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US
Tindakan Aden tidak dapat sebarang batahan dari pihak juri, Pertandingan ini disertai oleh 44 ratu cantik lain.

Sebelum ini, Aden pernah memberi kenyataan penyertaan dalam pertandingan Ratu Cantik itu bukanlah untuk menimbulkan kontrovesi ataupun menghina wanita Islam seluruh Dunia, tetapi mahu mengangkat martabat wanita Islam dan Somalia yang kecantikan itu tidak terletak kepada yang terdedah dan seksi. 

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US
“Saya mahu menjadi diri saya sendiri. Bila ada banyak wanita di negeri ini memakai hijab, kita sepatutnya nampak itu semua ( termasuk pentas pertandingan ini ),” Katanya, dipetik dari portal Star Tribune.

Menurut seorang pengarah pertandingan Miss Minnessota '' ADEN TELAH MENCIPTA SEJARAH PADA MALAM ITU ,''

Menurut Laporan The Huffington Post, Aden telah berjaya ke separuh akhir Miss Minnessota namun tidak berjaya mara ke Pusingan akhir.

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US
Aden merupakan anak kelahiran Somania namun telah berpindah ke Amerika Syarikat sejak kecil lagi.

Dua perkataan yang menyebabkan entry ini tersiar.

Kebanyakan orang gagal melihat kecantikan kamu hanya kerana kamu menutupi rambut dan tubuh. Saya terpaksa bekerja keras untuk membuktikan wanita berhijab juga mempunyai bakat, kemahiran dan kepintaran sama seperti gadis lain,”.

Saya sering mendengar penjelasan peserta ratu cantik yang jika kamu mahu diterima dan kelihatan cantik ialah dengan mengubah diri kamu. Itu tidak betul sama sekali!”

Keyataannya dalam  Star Tribune.

Walaupun Aden tidak mengayakan cara berhijab dengan betul tetapi kenyataan Aden amat mendalam, niat dan usaha. Bagaimana dengan kita sendiri Umat Islam, mampu kah kita pertahanan kan Martabat Islam dan diri sendiri dengan berhijab?? Namun masih ramai lagi Bergelar Islam, tapi tidak berhijab / berhijab dengan cara yang betul. Wallahualam.


Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US

Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US
Imej Berhijab Dalam Pertandingan Ratu Cantik US

16 comments:

  1. bagus la cam ni kan.... kalau juri terima apa salahnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kadang kala perkara yang selalu berlaku di AS sering megecam org2 yang berhijab

      Delete
  2. Setiap dari kita akan dipersoalkan kelak ataa segala sesuatu 😃 maznee pun tak tahu nak komen

    Kena lihat apa kata ahlinya

    ReplyDelete
  3. Wow hebatlah aden.. lagi cantik dari yang HOT tu kan... mana - mana orang yang menilai kecantikan itu bukan hanya seksi2 sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu suka dengan kyataan dia.. cantik bkn pada y seksi2 shja

      Delete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^