Showing posts with label Auratku. Show all posts
Showing posts with label Auratku. Show all posts

20 April 2017

7 Jenis Aurat Wanita

﷽‎

7 Jenis Aurat Wanita
  
Assalamualaikum,

Allamdulilah hari ini Unni di beri kesempatan untuk  akan berkongsi satu ilmu yang tak seberapa berkenanan 7 JENIS AURAT  WANITA.

Apa yang kita faham tentang Aurat??

Aurat diambil dari perkataan Arab iaitu ''AURAH'' yang bermaksud keaiban manakala dalam istilah pulu bermaksud bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Namun dalam islam, ada golongan-golongan yang tentu kita dibenarkan membuka aurat.

Dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, Allah berfirman :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."

Allah juga menegaskan dalam Surah Al-Ahzab ayat 33, dengan berfirman-Nya :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."


Dengan ayat ini kita sendiri maklum bahawa hukum menutup aurat adalah wajib seperti mana kita melakukan Solat 5 Waktu, Puasa di Bulan Ramadhan dan Berzakat.

7 Jenis Aurat Wanita

1. Aurat di hadapan suami.
2. Aurat di hadapan wanita Islam.
3. Aurat di hadapan wanita bukan Islam.
4. Aurat di hadapan mahram.
5. Aurat di hadapan ajnabi.
6. Aurat di hadapan kanak-kanak.
7. Aurat wanita tua

Aurat dihadapan suami

Aurat di hadapan suami adalah tiada. Dengan kata lain,tiada batas aurat seseorang wanita di hadapan suaminya. Suami boleh melihat dan menyentuh seluruh tubuh isterinya tanpa pengecualian. Begitu juga sebaliknya.

Aurat diantara wanita islam

Di antara pusat dengan lutut. Maka tidak berdosa mendedahkan anggota dari lutut ke bawah dan dari pusat ke atas. Namun demikian, lebih baik dan lebih sopan jika ditutup melepasi dada.

Aurat di hadapan wanita bukan islam

Majoriti ulama-ulama - aurat wanita Islam di hadapan wanita bukan Islam ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Sebahagian pengikut mazhab syafi'i - Anggota tubuh wanita Islam yang lazimnya terdedah sesama wanita sewaktu melakukan kerja-kerja dirumah adalah bukan aurat ketika bergaul dengan wanita bukan Islam. Anggota tubuh itu ialah kepala, leher, tengkuk, tangan hingga ke paras siku dan kaki hingga ke paras lutut.

Mazhab maliki - aurat wanita Islam dengan wanita bukan Islam adalah sama dengan aurat wanita sesama Islam iaitu anggota diantara pusat hingga lutut.

Pendapat sebahagian pengikut mazhab syafi'i - mengambil kiraan 'uruf setempat, iaitu wanita Islam tidak dapat tidak akan bergaul dengan masyarakat wanita bukan Islam. Kadar anggota yang didedahkan itu tidak dapat menjatuhkan maruah seseorang wanita Islam apabila dia bergaul dengan wanita bukan Islam.

Aurat dihadapan mahram

Mahram ialah lelaki yang haram berkahwin dengan wanita berkenaan.

Mahram terbahagi kepada dua iaitu:-
  • Mahram kekal - mahram berkahwin selama-lamanya.
  • Mahram sementara (mahram berkahwin buat sementara waktu shj kerana sebab-sebab tertentu. Apabila sebab tertentu sudah tiada,maka halallah berkahwin dengannya.
Mahram kekal terdiri daripada:-
° Golongan yang haram dengan nasab, iaitu bapa, datuk, abang, adik, anak, cucu, cicit, anak saudara, bapa saudara dan seterusnya.
° Golongan yang haram dengan sebab susuan. Golongan ini sama dengan golongan yang haram dengan sebab nasab.
° Golongan yang haram dengan sebab perkahwinan atau persemendaan. Mereka terdiri daripada bapa mentua, menantu, anak tiri dan bapa tiri.

Batasan aurat antara wanita Islam dengan mahram kekal adalah di antara anggota pusat hingga lutut, dengan syarat aman daripada fitnah. Namun demikian, mengikut 'uruf dan budaya setempat, lebih baik dan lebih sopan wanita memelihara dan menutup anggota selain antara pusat hingga lutut seperti dada,belakang dan betis.

Mahram sementara terdiri daripada abang ipar, adik ipar, suami kepada ibu saudara dan suami kepada anak saudara. Batasan aurat wanita di hadapan mahram sementara adalah sama dengan batasan aurat di hadapan ajnabi iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan ke dua tapak tangan.

Aurat di hadapan ajnabi

Tiada khilaf di kalangan ulama' semua mazhab, wanita wajib menutup auratnya di hadapan lelaki ajnabi, iaitu lelaki yang halal berkahwin dengannya.

Aurat di hadapan kanak-kanak

Maksud kanak-kanak iaitu seorang belum mengerti dan memahami hal-hal yang berkaitan aurat wanita.

Aurat wanita Islam dengan kanak-kanak lelaki ada 3 keadaan iaitu :-
  • Di hadapan kanak-kanak lelaki yang belum mumaiyiz, tiada anggota dikira aurat yang wajib ditutup.
  • Di hadapan kanak-kanak lelaki yang mumaiyiz yang belum ada syahwat dan belum mengerti tentang syahwat, anggota yang wajib ditutup adalah antara pusat hingga lutut.
  • Di hadapan kanak-kanak lelaki mumaiyiz yang ada syahwat, aurat wanita yang wajib ditutup adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Aurat wanita tua

Wanita tua ialah wanita yang tidak lagi mempunyai keinginan berkahwin atau tiada lagi rangsangan syahwat. Wanita yang masih ada keinginan berkahwin atau masih ada rangsangan syahwat belum dikira wanita tua.

Pada dasarnya, aurat wanita tua adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Namun mereka diberi kelonggaran dengan dibolehkan mendedahkan kepala dan membuka pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat dengan syarat tidak bertabarruj.

Waalahualam

In Shaa Allah moga bermanfaat.

16 December 2016

With Hijab You Are A Queen

﷽‎ 

With Hijab You Are A Queen

Assalamualaikum,

Allahamdulillah bertemu lagi kita di penghulu segala hari 16 Rabiul Awal 1438H bersamaan 16 Dicember 2016. Hari ini hari yang bakal berlaku hari pambalasan dan penamat segalanya '' QIAMAT '' Wallahualam.

Wahai Wanita sudah kah kita melaksanakan Tanggungjawab kita sebagai Wanita Pada Hari Ini?? 

Dalam surah An-Nur ayat 31, Allah SWT berfirman :

'' Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.''

Aurat ku Maruahku, adakah kita masih menjaga maruah sebagai seorang wanita?? 

Apa itu AURAT??

Aurat diambil dari perkataan Arab iaitu 'AURAH' yang membawa maksud KEAIBAN manakala istilah feqah bermaksud bahagian tubuh badan yang wajib ditutup / dilindungi dari pandangan.

With Hijab You Are A Queen



Aurat itu perintah Allah sama ada suka atau tidak, ikhlas atau tidak!!! Tunggu seru baru nak pakai tudung?? bagaimana jika seru kematian menjemput dahulu?.. Hijab itu WAJIB jangan terlalu banyak alasan untuknya kelak nanti alasan tersebut membuat kita tak sampai ke SYURGA .. Wallahualam

Aurat itu AIB wanita, jagalah ia selagi masih sebaik mungkin. Jangan cemarkan maruahkan kita dengan membuka aib sendiri. Jaga aib mu dan sahabatmu, selagi itu ALLAH menjaga aib kita.

'' AKU INGIN CANTIK SEPERTI MEREKA DENGAN FESYEN TERKINI, TAPI AKU LAGI INGIN CANTIK DI MATA ALLAH, ''

Jadikan lah AURAT kita sebagai MAHKOTA kita. MAHKOTA yang bakal menjadikan kita AINUR MARDHIA. 

With Hijab You Are A Queen

Aku tidaklah sehebat dan semulia KHADIJAH, juga tidak se Taqwa AISYAH, dan tidak setabah FATIMAH. Aku hanyalah wanita akhir zaman, yang memiliki cita-cita menjadi. 'WANITA SOLEHAH ' 

Amin Ya Rabbal
Jum berhijrah 😍😍😍
Sekian.