04 October 2017

Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Bukit Lipan Tinagat, Tawau | Allahmdulilah pembukaan bulan Oktober 2017, kami dahulukan dengan menawan Puncak Bukit Lipan. Bukit Lipan merupakan sebuah Bukit yang diketogorikan dalam Tempat-tempat menarik untuk hiking di Tawau yang terletak di Tinagat Tawau. Bersama geng Muslimah hikers Allahmdulilah 1 lagi bukit berjaya kami tawan bersama.

Misi 1 Hill 1 Month untuk oktober kami telah sepakat memilih Bukit Lipan sebagai destinasi bulan ini. Selepas malam tersebut kami hiking dan Camping di Bukit Panchang. Untuk misi 1 Hill 1 Month untuk september kami telah memilih Bukit Panchang sebagai destinasi namun kami selitkan program camping sekali.

Misi 1 Hill 1 Month September dan Oktober Unlock.

Bukit Lipan Tinagat, Tawau


Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Bukit Lipan terletak di Batu 6 Tinagat, starting point di lorong 10 Tinagat Batu 6. 11 KM kira-kira 12 minit perjalanan dari Bandar utama Tawau. Merupakan sebuah bukit yang berhampiran dengan Bukit 38 dan Bukit Panchang. Kebiasanya para hikers Tawau akan menawan 3 Bukit sekali gus dalam 1 hari. Bukit 38, Bukit Panchang dan Bukit Lipan kerana ketiga-tiga bukit ini berhampiran yang berbentuk 3 segi.


Staring Point Bukit Lipan dan Bukit Panchang adalah tempat yang sama. Di sertai seramai 10 muslimah Hikers dan 4 orang Guide Lelaki ( termasuk tukang ambil gambar ). 

Untuk naik kesini kamu dinasihatkan untuk naik awal pagi bagi mengelakan cuaca yang agak panas, kahadiran kami di sini sekitar jam 8 pagi namun matahari pun terasa bahang nya seperti jam 12 tengah hari. Seperti gambar di atas hanya kawasan ini sahaja kelihatan separa pemandangan Bandar Tawau selebih nya merupakan pemandagan pokok-pokok yang tumbuh membesar. Kehijauan yang sungguh mendamaikan.


Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Permulaan pendakian merupakan kebun kelapa sawit. Kalau hiking Bukit Panchang kita akan melalui tepi-tepi kebun kelapa sawit ini tetapi untuk pergi ke Lipan kita hendakkan masuk melalui kebun kelapa sawit tersebut. Jalan terus sampai keatas.

Sepanjang perjalanan unni dapati kat sini juga trailnya agak nyata dan mudah di hafal. Tapi di nasihatkan untuk kedatangan kali pertama kamiu digalakan membawa orang yang berpegalaman untuk kesini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Bukit Lipan ni trail santai jak dan tak adalah mencabar dan tinggi sangat. Tapi kalau hujan jalan tu agak licin juga, tapi Allahmdulilah perjalanan kami dipermudahkan semuanya. Di jamin jalan memang santai namun sepanjang perjalanan banyak pokok-pokok berduri.

Sebenarnya hanya memelukan lebih kurang 30 minit atau kurang untuk sampai ke atas, namun langkah kami agak perlahan kerana beban yang di bawa dan tidur yang kurang. Maklum la kalau bercamping ni rugi sangat kalau tidur. Hahahahaha, walaupun melanggar fitnar sebenar kerana malam untuk rehatkan diri. Tapi betulkan niat kita kerana Allah SWT.

Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Salah satu destinasi yang menarik kat Bukit Lipan. Terdapat satu Gua kecil kat sini, kamu wajib la singgah kat sini. Agak tinggi untuk naik kat atas dan orang-orang gayat di nasihatkan tabahkan hati untuk naik. Mempunyai sebuah gua kecil yang menyambung kan terus ke Puncak Lipan ( kata guide kami la ) tapi masa dan keadaan kami tidak mengizinkan kami untuk masuk kedalam. Bergambar kat tepi-tepi saja la mampu.

Duduk sini pun memang da nampak pemandangan yang indah. Subhanallah sesungguhnya Dia lah Maha Pencipta sekalian alam. Sebelum kepuncak boleh ambil nafas berehat kat sini, sebab kat atas tak ada pun tempat nak berteduh hanya kawasan batu yang lapang.

Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Cabaran terakhir sebelum sampau ke puncak. Jalan naik ketas ni banyak cabang, tapi ini merupakan jalan yang paling selamat dan nyata, walaupun talinya kecil jangan risau tak lagi orang jatuh sebab tali ni. Terima kasih sangat buat hikers-hikers Tawau yang terdahulu menyediakan tali ni untuk memudahkan orang lain. Salah satu sedekah yang tetap berjalan walapun kita di alam kubur. Allahuakbar.

Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Rekod Hiking 1 Hill 1 Month yang paling sedikit di catatkan buat masa ini. Hanya 10 muslimah Hikers yang menyertai mungkin di sebabkan program camping. Tambahan pula orang-orang kuat Muslimah Hikers dua orang beradik Juju dan nana telah berhijrah ke Negeri Johor. Namun program ini tetap kami teruskan walaupun hati ni seribu satu kesedihan.

Sahabat bersama, tubuhkan Muslimah Hikers bersama, hiking bersama namun untuk misi kali ini sungguh berasa kehilangan kerana buat kali pertamannya mereka tidak bersama lagi dan seterusnya. Allahu memang unni terasa sangat kehilangan.

Allahamdulilah walaupun sedikit kami tetap ada. In shaa Allah akan di gantikan yang lebih baik. Di awal oktober misi ke tujuh Berjaya di laksanakan. Itu bermakna hanya 2 bukit lagi kami akan berjaya dengan misi 1 Hill 1 Month. In Shaaa Allah.

Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Kat Puncak Bukit Lipan juga jelas kelihatan Puncak Bukit Panchang ( rujuk anak panah ) kalau mata power memang nampak orang kat atas, tapi selama ni naik ke Bukit Panchang memang tak pernah pun nampak batu besar ni, tak perasan kot. Tenang hati memandang kelihatan kehijauan menemani kami di sini.

Kalau ketinggian Bukit Panchang adalah 1800M, manakalah ketinggia Bukit Lipan pula adalah separa dari Bukit Panchang. Dalam anggaran 800M atau kurang dari itu. Rendah je, naik sini turun balik tak bawa air pun its ok. Tapi wajib juga bawa tau.

Bukit Lipan Tinagat, Tawau

Kembali ke markas masing-masing. Bagi pengemar bukit, kepayaan sesuatu bukit bukan menjadi penhalang untuk mencapai kejayaan. Semakin susah cabaran semakin lah di minati. Itu la Hikers yang sejati. Jangan pernah mengalah. Biar gagal setelah mencuba jangan gagal sebelum mencuba.

Kalau kamu naik ke Bukit Panchang Unni saran kan untuk kamu turun melalui trail Bukit Lipan ni. So dalam sehari boleh la menawan  2 Bukit sekali gus. .

Tips hiking di Bukit Lipan


1. Pakai kasut yang bersesuaian
2. Bawa bekalan air yang cukup.
3. Naik di awal pagi.
4. Hormati peraturan hutan. jangan buang sampah sesuka hati.

Selamat mendaki.


7 comments:

  1. Betul unni..kalau naik gunung memang kena jaga perilaku kan...cakap jangan besar, jaga diri, jaga kebersihan..sebab kawasan macam ni bukan x ada yang jaga kan...

    ReplyDelete
  2. Nacam2 nama bukit kan..takut nak naik ada LIPAN ..hehehe

    ReplyDelete
  3. Hakak tak minat hiking hiking ni UA....lagi pun lutut dah semakin longgar haha... Kalau pun mampu naik sampai ke puncak, belum tentu dpt turun pulak hihi.....

    ReplyDelete
  4. seronoknyaa unnie. kalau ada rezeki laaa nak join unnie hehe
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete
  5. asalam...datang lagi ke blog orang Sabah..tahniah

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^