25 August 2016

Madu asli bersama Kayu Manis

14 Khasiat kayu manis bersama madu asli



1. Jerawat
♥ Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian sapukan pada muka ( yang ada jerawat ) sebelum tidur.
♥ Pada keesokkan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut.
♥ Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain itu, kulit wajah anda akan segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit Perut
♥ Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegahkan sakit perut serta membersihkan perut.
♥ Ia akan menbebaskan angin-angin di dalam perut dan boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema
♥ Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandugi bahan bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.

4. Keguguran Rambut
♥ Bagi anda yang mengalami keguguran rambut rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambilkan campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kat kepala.
♥ Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi
♥ Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.
♥ Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit. Amalkan 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi itu.

6. Penghadaman
♥ Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada Pundi Kencing
♥ Jika mempunyai jangkitan kuman pada pundi kencing anda harus membunuh bakteria tersebut.
♥ Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan ke dalam cawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol
♥ Kolestrol boleh dikurangkan sebanyak 10% dalam masa kurang 2 jam.
♥ Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu tea teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dalam 16 auns ( 450 g ) teh dan minum bersama.

9. Sakit Jantung
♥ Selain kurangkan kolestrol, campuran ini juga boleh mengurang risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis
♥ Amalakan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

11. Sistem Imunisasi
♥ Amalan  pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunasasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

12. Masalah Kesuburan
♥ Golongan lelaki : 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan
♥ Golongan wanita : 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
♥ Minum secawa air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan setiap pagi.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
Amalkan setiap hari 3 cawan ait teh panas dengan 4 sudu manu dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Info Tambahan..
Kayu manis juga sesuai rebus bersama-sama halia dan airnya di minum. Ia mampu mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutama dibahagian kaki,tangan lutut dan pinggang akibat kesejukkan.
Air rebusan kayu manis juga sesuai diamalkan oleh wanita yang sering mengalami senggugut dan kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki.
♥ Hilangkan parut dikulit. Kulit kayu manis ditumbuk lumat, seterusnya dicampurkan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada bahagian parut. Lakukan sekerap mungkin dan parut akan beransur hilang.

SUMBER :  Muhamed Ibrahim

Salam sayang Unni Anje

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^