25 August 2016

Kayu Manis si Rempah Serbaguna

Kayu Manis


Fakta

  • Nama Saintifik : Cinnamomun zelylanicum.
  • Nama lain : Cinnamon, Ceylon Cinnamon, Gui Zhi ( China ), Cassia, Sweet Wood.
  • Nama Biasa : Kulit kayu manis atau kayu manis.

Pengenalan

♥ Kayu manis  merupakan salah satu jenis rempah pelbagai guna yang selalu digunakan dalam menambah rasa masakan dan minum di seluruh dunia. Kayu manis juga digunakan sebagai tujuan kesihatan kerana mempunyai Khasiat semulajadi tanpa kandungan bahan kimia. Aromanya cukup istimewa selain dapat menambah rasa sesuatu hidangan.

♥ Pokok kayu Manis dikatakan berasal dari Sri Langka. Namun ada sumber juga mengatakan kayu manis ini merupakan tanaman asli Indonesia. Sumber lain pula mengatakan kayu manis ini tumbuh di Sumatera Barat, namun tidak popular kerana masyarakat jarang mengunakannya. Mereka hanya menyedari setelah ketibaan saudagar-saudagar dari Arab yang memperkenalkan khasiat kayu manis.

Kegunaan

♥ Kayu manis sering digunakan dalam masakan bagi menambah keenakan dalam sesuatu masakkan. Tetapi pengunaannya haruslah sebaik-baiknya bersesuaian dengan jenis masakan. Kayu manis kini boleh didapati sama ada berbentuk batang atau serbuk. Kayu manis berbentuk serbuk mempunyai aroma yang kuat namun jenis serbuk tidak tahan lama.

♥ Pada masa kini kayu manis sering digunakan dalam tujuan kesihatan kerana mengandugi khasiat pelbagai guna kepada tubuh badan ( Siap ada produk kayu manis ).

Menurut Kajian Kesihatan Masyrakat Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, kayu manis dapat mempercepatkan tindakan insulin dan melancarkan metabolisme glukosa darah sebanyak 9 kali ganda. Ketua Pusat Kajian tersebut, Richard Andersoan, PHD memberitahu bahawa peningkatan tindakan insulin amat baik terhadap jantung dan metabolisme.

♥ Kayu manis juga mempunyai ciri-ciri antikulat dan antikuman. Oleh itu minyaknya boleh dicampurkan dalam minyak wangi atau barangan pergigian dan farmasi.

♥ Menurut penemuan terbaru yang dipaparkan dalam Reuter's Helath, hasil kajian oleh Dr Daniel Y.C fUNG dari Universiti Kansas Manhattan, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa kayu manis apabila ditambahkn dalam epal dapat menyingkirkan bakteria yang terkandung dalam jus tersebut.

♥ Kajian Perubatan yang dijalankan di Kanada juga ( Jan 1995 ) Campuran Madu asli dan kayu manis ini mampu mencegah serta merawat 14 jenis Penyakit.


SUMBER : Pelbagai

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam..


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^