03 January 2017

Bicara Pagi #24 ~ Diam


Diam

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi menegur
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan

TAPI..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya

KERANA

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud

MAKA

jika merasakan DIAM itu terbaik
seharusnya kita DIAM
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak
berkatalah sehingga mereka DIAM..

Sumber : Wana Azmi

3 comments:

  1. Betul. Diam tue bukan hanya pada diam semata. "Diam" tue boleh jadi dalam pelbagai cara even tanpa perlu BERSUARA. Posting nie pun salah satu cara pesanan secara Diam.

    ReplyDelete
  2. Memang betul apa yang Unni perkatakan.. Selamat pagi Unni... =)

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang DIAM Xde makna.
    Kena berkata2 biar orang lain faham.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^