28 April 2017

Keistimewaan Bulan Sya'ban

﷽‎

 
Assalamualaikum,

Bulan Sya'ban merupakan bulan selepas Bulan Rejab ( bulan keagungan ) dan sebelum Ramadha ( bulan Puasa ). Namun Bulan Sya'ban juga salah satu bulan yang diagungkan dalam islam selepas Ramadhan dan Rejab dan penuh keberkatan.

Apa Itu Sya'ban??

Sya'ban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Sya'ban  adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?”

Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” 

Rasulullah SAW menjawab, “ Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”

 (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Antara Keistimewaan Bulan Syaa'ban 

1. Adanya malam Nifsu Syaa'ban

Rasulullah SAW pernah bersabda, 
Jika terjadi malam nisfu Sya'ban, maka shalatlah kamu sekalian pada malam harinya, dan puasalah kamu sekalian pada siang harinya. Karena sesungguhnya Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun pada malam tersebut ke langit dunia mulai dari terbenam matahari dan berfirman, 

"Apakah tidak ada orang yang meminta ampun, sehingga Aku mengampuninya?
Apakah tidak ada orang yang meminta rezeki, sehingga Aku memberinya rezeki? 
Apakah tidak ada orang yang terkena bala, sehingga Aku dapat menyelamatkannya? 
Apakah tidak demikian, apakah tidak demikian, sehingga terbit fajar."
2. Puasa Sunnat

dari Aisyah RA berkata :
dari Aisyah RA berkata : Tidak Pernah Rasullulah SAW berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan sya'ban ( selain bulan ramadhan ). Sesungguhnya Baginda SAW telah berpuasa Penuh
 [ HR Bukhairi dan Muslim ]
3. Bulan keberkatan ( segala amalan diangkat )

Sabda Rasulullah SAW : 

“ Itulah bulab ( sya'ban ) dimana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik seklian alam. Oleh itu aku ( Rasulullah ) amat suka kiranya amalan aku diangkat ketika aku sedang  berpuasa [ HR Iman Ahmad dan An-Nasai ]


 4. Bulan yang diampunkan dosa-dosa

Saiditina Aisyah RA berkata , Rasulullah SAW bersabda :
“ Sesungguhnya, Allah SAW turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb 
 [ HR at-Tirmizi dan Ibnu Majah ]
5. Bulan yang di kasihi Rasulullah SAW

Rasulullah bersabda :
Sucikan diri kamu dalam Syaaban dan perbaiki niat kamu untuknya. Sesungguhnya kelebihan Syaaban daripada bulan  hlain seperti kelebihanku daripada kamu [ HR Abu Umamah ] 
6. Bulan Allah SAW membuka pintu Rahmat 

Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah
Hendaklah kamu memerhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu pada malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Eidulfitri dan malam Eiduladha 
7. Bulan menambah amalan ( amalan menjadi istimewa )

Rasulullah SAW bersabda lagi :
“ Apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah SWT berfirman; ‘Sesiapa yang meminta ampun, maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya 
Pergunakanlah Bulan keberkatan ini dengan amalan-amalan yang mendapat redhaNya. Dan perbanyakkan la beribadah kepadaNya.. Jadikan Bulan Sya'ban sebagai permaidani untu ke bulan Ramadhan. In Shaa Allah.

Walla'ualam

Moga bermanfaat

5 comments:

  1. lagi sebulan nak puasa. semoga kita dah bersedia sepenuhnya untuk mengejar pahala bermula dr skrg. semoga istiqomah hendaknya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dah semakin menghampiri ramadhan! Sentiasa ternanti-nantikan bulan ramadhan dan bila tiba pada penghujungnya pula selalu hiba kerana akan dirindu. Bulan syaaban ni, boleh tingkatkan usaha lagi persiapkan diri untuk puasa. Latihan sebelum tibanya ramadhan nanti. Hehe..

    ReplyDelete
  3. smakin dkt kita dgn ramadhan.. Ya Allah.. smoga kita sama2 mendapat berkat dari setiap bulan. amin :)

    ReplyDelete
  4. Semoga bertambah amal ibadat dan dipermudahkan urusan yang diniatkan untuk ke arah lebih baik.. Aamin

    ReplyDelete
  5. Gak sabar, sebentar lagi Ramadhan, semoga bisa bertemu dan merasakan berbuka dan sahur bersama keluarga :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^