13 April 2017

BBQ At Ceasers Place Kundasang, Ranau


 
Assalamualaikum,

Entry yang yang tenggelam kini timbul..Hahahahaha, Boleh baca kat SINI tentang Ceasers Place. Selepas pendakian Gunung Kinabalu tahun lalu, kami sempat melawat beberapa tempat kat Kundasang, so pada malam terakhir kat sini kami semua da sepakat nak buat BBQ sebab keperluan semua lengkap disediakan pihak Homestay.

Selepas balik dari melawat sebahagian tempat di kundasang ( entri masih tenggelam ) kami singgah di sebuah pasar raya membeli keperluan BBQ. Buah-buahan tu kami beli kat SINI

Seperti sedia maklum kat Kundasang ni sejuk dia memang tahap gila-gila lagi-lagi bila da malam, so sweater memang tak tanggal la..Kami gadis-gadis hanya ikut arahan jak apa perlu di buat oleh chef kita ni.. Sebab memang fail bab masak-masak ni, kalau makan tau la.

Perkara yang kamu harus tabah kalau nak BBQ kat sini adalah menghidupkan api!!! Sangat-sanagt menguji kesabaran.. Api susah nk hidup dengan keadaan sejuk ( angin kuat ) so bertabah kamu seperti Aiman kat atas.

After 20 Minute pun api still tak hidup2.. See Aiman dari pakai sweater sampai buka sweater😂😂, tabahnya dia menghidupkan api.. Kak Aerin ( baju pink ) entah apa yang di hayalkan tu. Kak Rina pula sibuk kutip sampah-sampah ( biasalah nurse memang pembersih ) hihihi.

Da akhirnya, after 40 minute api pun dengan meganya dapat dihidupkan dengan bantuan Zaini ( baju merah ). Aiman da giveup hahahahaha.. So Zaini pun bakar la semua-semua makanan yang ada. Kami orang pompuan  tunggu nak makan je la. Best kan😝..

Taraaaaa... Tapi sayap tak siap bakar lagi.. Sebahagian jak ni ada. Gambar lain tak jumpa!! Hihihihi

Kan da kata orang perempuan ni tunggu makan je la.. Hahahahaha, time ni Unni ingat lagi, nafas semput-semput lagi masih x hilang hasil pendakian .. Kaki pun memang langkah yang terhad, sebab sakit dia memang tahap dewa ( akibat stamina x cukup tapi sibuk nak mendaki ) hahahahah.

Nak tahu detail pasal Homestay ni baca kat SINI, Unni da update last year tak silap. Memang tak rugi stay kat sini da la view lawa harga pun terbaik.. So nntikan entry seterusnya,.. Masih mencari ilham nak up yang mana lagi..

Salam Sayang : Unni Anje.

More :
  1. Keperluan Mendaki


3 comments:

  1. MAKAN RAMAI2 TAMBAH KALA SEJUK PULA AMAT MENYELERAKAN KAN UNNIE

    ReplyDelete
  2. 40 minit nn hidupkan api tu. Betul2 mencabar. Tp bila makanan dah ready, makan panas2 dengan suhu sejuk tu memang sedap sgt kan Unni

    ReplyDelete
  3. teringin nak bawak anak2 pergi kundasang...bestnya!

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^